Khamis, 10 November 2011

Jawapan Pendaftar ROS Kepada Kebodohan Saifuddin Nasution


Menurut Dato Abd Rahman Othman, (Yang sebelah kiri, yang kanan tu muka lekuk kaki ampu dan penipu parti PKR)

Pembangkang kata terdapat muslihat politik apabila ROS enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka menjadi satu parti.

Mereka ini (pakatan pembangkang) tidak bersungguh-sungguh sangat pun ke arah itu (gabungan). Yang mereka kata Datuk Zaid Ibrahim (bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR) hantar permohonan tu tidak ada apa-apa pun.

Dia (Saifuddin) sendiri pun tak faham bahawa bila Datuk Zaid tidak lagi jadi ahli PKR (pada 14 November 2010 setelah umumkan keluar daripada PKR) dan tidak ada kedudukan lagi dalam parti itu, maka permohonan itu terbatal dengan sendirinya.

Bila tak faham, dia bising pada press (surat khabar). ROS tak boleh bagi kelulusan sebab individu yang memohon (untuk dibentuk gabungan) itu sudah meletak jawatan.

Cuma kita akui, ‘buruknya ROS’ sebab kita tak nasihatkan dia (pakatan pembangkang) dalam keadaan dia tak faham bahawa apabila Datuk Zaid keluar sahaja, kedudukan permohonan itu sudah menjadi tiga kedudukan.

Maksudnya yang pertama ialah kalau kita luluskan, kita sebenarnya luluskan kepada Datuk Zaid kerana dialah pemohon. Ini bermakna, kelulusan kepada Datuk Zaid tetapi kalau kita bagi, jadi bodohlah kita sebab kita tahu dia bukan lagi ahli PKR.

Yang kedua, kita tolak sahaja permohonan itu. Tetapi bila tolak nanti, pembangkang akan kata ‘kami nak buat rayuan pada menteri’. Sedangkang realitinya, permohonan itu sudah tidak ada locus standi.

Kepada pakatan pembangkang ini ialah semuanya buruk ROS sebab tak luluskan permohonan mereka namun hakikatnya Saifuddin, Dr. Hatta dan Anthony masih bicarakan berkisar permohonannya yang dahulu.

Agaknya motif apa pembangkang berbuat begitu?

Dia dok bising sebab saya tak luluskan. Yang saya pula tak luluskan sebab tidak ada apa yang saya nak luluskan sebab pemohon itu sudah tidak ada dalam PKR. Mereka juga kata saya selalu main politik sebab kononnya dengan mudah pula luluskan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diketuai Datuk Zaid. KITA ini cuma ditukar nama daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan bukannya satu parti baru.


Tetapi Saifuddin mendakwa mereka sudah lantik Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar untuk teruskan usaha Datuk Zaid itu, benarkah?

Mereka ada dakwa bahawa Datuk Kamaruddin telah datang dan kononnya saya tak mahu terima. Eh! takkanlah seorang Ahli Parlimen datang saya boleh tolak macam itu sahaja. Ini cerita baru yang ditimbulkan Saifuddin. Saya sudah check dengan jabatan saya, memang tak pernah Datuk Kamaruddin datang untuk hantar permohonan yang baru.

Baca selanjutnya di sini.

Saifudin Nasution, MP Machang itu memang kaki kencing!

Bagi Tamingsari, PR akan terus gagal membawa permohonan pendaftaran kerana mereka tidak pernah bersatu di dalam apa jua tindakan mereka. DAP dan PAS dilihat semakin bercakaran apabila apa sahaja yang diutarakan oleh mana-mana pihak samaada dari PAS atau DAP pasti tidak ada kesepakatan. Itu belum lagi melibatkan dasar pengabungan parti, pasti akan berlaku pertengkaran besar.

Tamingsari nampak ini adalah satu kelebihan buat BN. Pastinya SPR perlu bijak menilai keadaan sebelum pengumuman dibuat. PR semakin dilihat sukar menguasai persekutuan kerana jika mereka masih berlabel haram, mereka akan gagal membentuk kerajaan walaupun mereka mendapat majoriti mudah di parlimen. Setiap parti dalam PR masih dilihat sebagai tersendiri tanpa gabungan. 

PR memang tidak mampu didaftarkan kerana mereka tidak ikhlas mahukan pengabungan. Setiap kepala di dalam parti PAS, PKR dan DAP masing-masing punyai cita-cita politik yang tinggi dan sukar untuk dikompromi lagi. Ini semua hanya akan menghancurkan negara jika rakyat memberi mandat kepada mereka.

Rakyat perlu menilai kesukaran ini dan mengelak tersilap membuat percaturan. Hanya satu parti sahaja yang benar-benar stabil dan sentiasa bersedia membela nasib rakyat iaitu Barisan Nasional. 

Wallahhua'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif