Isnin, 14 November 2011

Jika Ini Berlaku, Malaysia Bakal Hampa Ke Separuh Akhir


Berikut adalah keputusan perlawanan dan jadual perlawanan kumpulan A, bola sepak Sukan Sea 2011 di Indonesia :


Susah untuk digambarkan prestasi anak buah Ong Kim Swee berdepan dengan pasukan tuan rumah Sukan Sea Ke-26 Indonesia di Gelora Bung Karno Khamis ini. Rata-rata penganalisis samaada profesional atau jalanan memberi komen serupa mengatakan sukar untuk skuad harimau muda itu menyerlah apabila dinilai dari 3 perlawanan sebelum ini.

Walaupun dari 3 itu, 2 darinya menjelma hasil yang postif namun, masih banyak kekurangan yang tercipta terutama tumpulnya barisan serangan. Kekuatan tengah juga tampak kurang sengat walaupun ia dibarisi oleh Badrol Bakhtiar dan Irfan Fazail yang dikenali memiliki kelebihan masing-masing.

Melihat dari percaturan skuad negara kini mereka sudah boleh menarik nafas lega kerana hanya perlu seri sahaja untuk kekal layak. Jika Malaysia tewas pun mereka masih boleh layak itupun jika Singapura tidak mampu mengalahkan Thailand dengan jaringan 5-0. Walaubagaimana apabila memikirkan lawan di separuh akhir berkemungkinan Vietnam jika Malaysia berada di tempat kedua kumpulan, satu tugas berat menanti mereka. Mereka perlu menang kepada Indonesia Khamis nanti bagi merampas kedudukan pertama Kumpulan A.

Tetapi perlu diingat, keghairahan merampas kedudukan itu boleh lenyap jika Malaysia tewas kepada Indonesia dengan jaringan 5-0 dan dalam masa yang sama Singapura menang ke atas Thailand. Indonesia pernah melakukannya ketika kejohanan Piala AFF Suzuki apabila menang ke atas Malaysia 5-1. Namun ketika itu, Malaysia dibarisi oleh pemain-pemain dibawah kendalian K. Rajagopal. Walaubagaimanapun kebarangkalian perkara ini berlaku amat tipis kerana Malaysia bukan calang-calang pasukan manakala Singapura pula tampak semakin kurang menyengat apabila pemain-pemain Senior mereka tidak membarisi pasukan di sukan sea ini.

Tamingsari tetap optimis kepada perlawanan menentang Indonesia dan yakin skuad negara mampu mencipta kejutan walaupun mereka bakal berdepan dengan ribuan penyokong tuan rumah yang rata-ratanya anti-Malaysia. Semangat Malaysia boleh akan meresap ke seluruh pelusuk hati pemain.

Apa yang penting, jangan tertekan dengan misi mengelak bertemu Vietnam kerana misi awal untuk layak perlu dipertahankan. Biar Vietnam pun lawan kita di Separuh Akhir, kita perlu tentang habis-habisan kerana di AFF Suzuki, kita pernah buktikan yang Vietnam juga mampu kita tundukan. 

Wallahhua'alam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam buat penulis. saya tertarik dengan entry pada perengan ke-4. pada sudut pandangan saya pula, di ajang sukan sea games kali ini saya optimis jurulatih Ong Kim swee pasti punya strategi tersendiri bagi berhadapan dengan timnas tuan rumah. kita lihat balik, record perlawanan malaysia vs thailand.amat jelas sekali coach Ong Kim Swee telah berjaya membaca rentak mainan pihak lawan hingga beliau berhasil menyusun strategi mainan dan fomasi pemain malaysia tatkala melawan thai. jika kita ingin melihat dari record perlawanan kedua2 pasukan dalam group A, memang jelas memperlihatkan kelebihan kepada pasukan indon karena mereka menang tanpa kalah.apatah lagi jumlah jaringan gol setelah 3 perlawanan adalah 11 goal. manakala kita hanya, 6 goal. jadi kita akan nampak indon lebih kuat dari skuad bola sepak negara. namun, bila di post-mortem kembali timnas indon tak lah sehebat mana. sebab, jika kita imbas balik, perlawanan mereka vs isngapura. mereka hanya berjaya menjaringkan gol di babak pertama perlawanan. dan singapura sendiri harus bermain dengan jumlah 10 pemain lantaran satu kad mereh telah dilayangkan kepada mereka. di babak 45 kedua pula, indon gagal untuk membuat jaringan, bilamana tim singapura bangkit walau mereka sendiri gagal untuk menjaringkan apa2 gol. ini membuktikan, tim indon masih boleh dikekang dari menjaringkan gol yang banyak walau mereka punya pemain yang punya kepantasan yang baik seperti titus bonas, okto juga wanggi. kita lihat pulak perlawanan antara indon vs thai malam semalam. mereka menang dengan skor 3-1 dengan jumlah pemain indon 11, thai 9. malam semalam thai jelas2 mempamerkan corak mainan yang jauh berbeza dari tatkala mereka bertemu pasukan negara. so, ini membuktikan kepada kita bahawa dengan strategi yang baik juga semangat ibarat sang gajah, kita masih mampu untuk menang keatas indon pada khamis ini nanti.

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)