Khamis, 24 November 2011

Kerja Sambilan Punca Guru Tolak 9 Jam Kerja !!

Gambar hiasan.

Setelah dihangatkan dengan pemansuhan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, satu lagi isu hangat yang melibatkan profesion keguruan ialah kajian percubaan ke atas 5,000 orang guru di empat negeri untuk melihat kesan pelaksanaan tugas selama sembilan jam sehari sebagaimana dilakukan oleh lain-lain penjawat awam.

Bagaimanapun, usaha melakukan ujian perintis itu telah disambut dengan kegusaran dan rasa tidak senang oleh guru, termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dengan alasan ia tidak boleh diterima kerana tanggungjawab guru tidak tamat selepas waktu persekolahan.

Secara rasionalnya kita boleh berfikir, berapakah jumlah hari bekerja bagi seseorang guru dalam persekitaran normal. Dalam setahun ada 365 hari manakala hari persekolahan ialah selama 210 hari dan tempoh di antaranya terdapat sejumlah 78 hari cuti penggal. Selebihnya adalah cuti kelepasan umum, hari minggu dan hari kebesaran negeri iaitu 87 hari.

Bagi seorang guru, mereka juga diberikan kelonggaran untuk menggunakan cuti rehat tahunannya selama 10 hari berbanding dengan lain-lain penjawat awam antara 25 hingga 35 hari setahun. Jika ditolak dengan kemudahan tersebut, seorang guru hanya mempunyai masa kerja selama 200 hari setahun, atau 6 bulan 20 hari sedangkan kerajaan membayar gaji penuh selama 12 bulan.

Kalau diikutkan dengan prestasi, yakni hari bekerja memang tidak berbaloi dengan hanya kerja selama tidak sampai tujuh bulan dapat upah setahun. Maka, apabila dilaksanakan kerja sembilan jam, bermakna guru sebenarnya mencapai tahap masa kerja yang boleh menyamai lain-lain penjawat awam, iaitu selama 243 hari (365 – 87 (hari minggu dan cuti kelepasan umum). Jika penjawat awam menggunakan keseluruhan cuti tahunannya, maka ini bererti mereka bekerja antara 218 hari hingga 208 hari.

Benarkah penjawat awam lebih banyak masa berbanding dengan guru yang terpaksa membawa balik ke rumah termasuk memeriksa buku latihan pelajar? Jawapan ini memang senang boleh ditepis kerana guru hanya mengajar setengah hari, maka setengah hari lagi mereka terpaksa membawa pulang beban itu untuk diperiksa. Berbanding dengan penjawat awam yang lain, mereka hanya sesekali membawa kerja ke rumah pada waktu malam.

Guru juga mendakwa, oleh kerana hari Sabtu diisytiharkan sebagai hari tidak bekerja bagi seluruh penjawat awam, tetapi di sekolah ia digunakan sebagai hari kokurikulum ataupun lain-lain aktiviti sekolah, masa hari terbabit terpaksa dikorbankan. Penjawat awam yang lain turut membuat perhitungan, mereka juga terpaksa mengorbankan hari Sabtu demi tanggungjawab, tetapi tidak sebagai alasan mengurangkan masa berkualiti dengan keluarga.

Penjawat awam banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja luar yang kadangkala memaksa mereka mengorbankan masa rehat termasuk cuti hujung minggu. Penjawat awam tidak diberikan kemudahan cuti penggal yang lama, cuma diberikan cuti tahunan yang lebih pendek, tidak pula menentang tempoh masa bekerja selama sembilan hingga sepuluh jam sehari.

Sebenarnya banyak guru yang menentang projek rintis itu termasuk dalam golongan guru-guru yang banyak menghabiskan masa rehat dengan kerja sampingan, termasuk melibatkan diri dalam jualan langsung, agen insuran, guru kelas tiusyen swasta dan mengusahakan lain-lain kegiatan ekonomi sampingan. Kalau dilihat dari perspektif tersebut, tepatlah penolakan yang dilakukan, kerana akan mengurangkan pendapatan bulanan mereka.

Bagi seorang penjawat awam, meskipun ada segelintirnya terlibat dalam kerja-kerja sampingan mereka lakukan ketika di luar waktu pejabat, kerana seorang guru melihat selepas masa mengajar sebagai luar waktu pejabat, maka mereka melakukan kerja-kerja terbabit sama ada waktu petang, malam ataupun hari minggu. Jawabnya amat jelas, penolakan itu ada kaitannya dengan kerja-kerja sampingan dan bukannya sebagai tuntutan profesion keguruan itu sendiri.

Guru pada masa sekarang kurang berada dalam kelompok masyarakat dan mereka banyak berada dalam kelompoknya sendiri. Atas sebab itulah para guru tidak mendapat kedudukan yang baik dalam masyarakat, kerana guru telah menyisihkan dirinya dari aktif dalam kerja-keraja kemasyarakatan tetapi mengutamakan kerja-kerja sampingan bagi menambahkan pendapatan disebabkan tuntutan kos sara hidup yang meningkat ataupun mencari peluang untuk hidup mewah.

Penolakan cadangan itu ada kaitan dengan persoalan mengimbangi kerja-kerja sampingan yang dilakukan oleh guru, maka mereka perlulah jujur dengan profesionnya sendiri. Seorang guru akan mendapat kedudukan yang baik seandainya tidak menggunakan peluang mencari kekayaan, kerana apabila seorang guru berniaga dan mengajar di kelas-kelas tuisyen akan cuba mempamerkan kehebatannya, kerana ia dibayar manakala di sekolah banyak yang sambil lewa.

Para guru mestilah mengutamakan kerja wajib mereka (mengajar, memeriksa dan menyemak, mengurus para pelajar dan membimbing akademik) dan tidak melaksanakan kerja-kerja makruh secara lebih banyak. Kalau nak tambahkan pendapatan, memadailah dengan menggunakan cuti hujung minggu dan bukannya laksanakan pada hari-hari persekolahan yang lain, yakni waktu petang atau ketika tidak mengajar.

Seharusnya Kementerian Pelajaran membuat kajian menyeluruh dan mensyaratkan setiap guru yang bekeinginan mengajar kelas-kelas tiusyen perlu mendapatkan kebenaran bertulis agar tidak berlaku “conflict of interest” sebagaimana disyaratkan kepada lain-lain penjawat awam termasuk mengisytiharkan anggaran pendapatan tambahan. Inilah yang seharusnya dikuatkuasakan secara mandatori manakala guru yang enggan mematuhi syarat itu perlu dikenakan tindakan tata tertib, jika NUTP benar-benar ingin mempertahankan profesion keguruan agar lebih dihormati oleh masyarakat.

Untun dihormati oleh masyarakat bukan diukur dengan nilai wang, ia diukur berdasarkan sejauhmanakah seseorang guru mampu membentuk kemenjadian anak didiknya. Bahkan, ada ungkapan jika seseorang guru itu pada kedudukan terakhir lebih pandai dari anak didiknya, ada sesuatu yang tidak kena. Jika seseorang pelajar lebih pandai dari seorang guru, ia adalah natijah sebuah kaedah pendidikan yang berkesan dan terbaik.

Orang awam melihat cadangan melaksanakan kajian rintis mengenai tempoh bekerja selama sembilan jam sehari adalah sesuatu yang positif memandangkan bidang kerjaya pada masa sekarang sudah jauh berubah daripada masa-masa lalu, termasuk rigid dengan masa, business not as usual. Setiap masa perlu bersiap sedia, kerana jika tidak ada orang lain yang sanggup melakukannya dan mengambil alih peranan guru.

Lebih ramai mereka yang berminat menjadi guru dan memilihnya sebagai profesion. Mereka sanggup melakukan tugas tersebut dalam tempoh yang lebih panjang, kerana mereka akur dengan tuntutan perubahan dan cuba mengimbangi kehidupan peribadi dan bukannya sekadar mengatakan terlalu banyak beban. Berapa banyakkah beban terpaksa ditanggung oleh guru. Bukankah menguruskan hal ehwal pelajar juga menjadi tanggungjawan guru? Membentuk peribadi pelajar? Bertemu keluarga pelajar?

Tugas guru melebihi persekitaran sekolah, maka guru perlulah memahami bahawa dalam membangunkan profesionnya kembali ke penghormatan sebagaimana pernah diterima pada masa silam memerlukan kefahaman dan apreasasi guru itu sendiri. Kalau guru hanya mengatakan banyak kerja, dan dalam masa yang sama dilihat mengendalikan kerja-kerja sampingan, ia akan tetap bercanggah dengan kewajipannya secara hakiki.


Wallahhu'alam.

Penulis,

7 ulasan:

Abd Razak berkata...

golongan pendidik memang banyak masa pun,tak payah lah nak kata dibebani
dgn tugas.apakah para cikgu tak terfikir yang lain2 penjawat awam atau bersenjata tak bebani tugas?
ada jabatan atau kementerian tidak boleh ditarif sebagai kerja lebih masa seperti tentera dan polis.kalau dibanding dengan hospital pekerjanya lagi dibebani tugas.meluat lah tengok
telatah cikgu sekarang ni.orang lain kerja macam babi dia banyak akai.

Tanpa Nama berkata...

apa pun tugas yg diberikan merupakan suatu tanggungjawab.jika para guru yg terlibat menganggap tugas sbg beban,silalah bertukar kepada profesion lain selain guru.guru2 masa dulu amat dihormati walaupun serba kekurangan,bekerja tanpa mengira penat lelah..jd para guru baru yg sentiasa merungut sila fikirkan adalah kerjaya guru sesuai atau x.kerja kerana tanggungjawab ataupun kerana gaji,elaun dan kemudahan semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

Tuan blog..
saya terpanggil menjawab sikit pasal isu yang tuan timbulkan ini..cuma ape yang saya nak kata..hanya seorang guru yang tau beban tugas guru sekarang ini..guru dulu mereka tidak dibeban tugas untuk membuat buku rekod seperti kami..kutip yuran itu ini..mana lagi nak mengawal budak nakal anak mak bapak yang sama jugak kurang hajarnya..merancang pelajaran ..membuat akaun kira-kira..tu belum lagi kira nak menanda buku latihan atau buku aktiviti murid..org lain nampak keje macam kami ni senang..sila jadi cikgu dulu baru cakap..!!
@Abd. Razak..awak lagi banyak masa free..keje tourism je..awat dengki sangat dekat kami? nanti awak jugak nak hantar anak awak sekolah..kalu tak jadi macam awak jugak..saya tidak merungut dengan beban keje tu..cuma minta org lain faham..lagi satu yang penting jadi cikgu 'AKU TAK BUAT RASUAH" ..

Tamingsari berkata...

Tq atas pandangan tambahan.

Apa-apapun, alasan anon 6.50 berkaitan hanya guru sahaja yang tahu beban mereka langsung tidak boleh dipakai.

Anda juga tidak tahu beban yang ditanggung oleh penjawat awam lain.

So.. fair n square....

Amaran berkata...

GURU-GURU SEJAK MERDEKA LAGI DAH KERJA 24JAM .....ORANG TAK NAMPAK NI...HINGGA SEKARANG MASIH TERUSKAN TRADISI INI...SYABAS...CABARANNYA AMAT BESAR TERUTAMANYA MENGAJAR BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG....KALAU NAK TAHU ANDA BOLEH CUBA MENGAMBIL ALIH TUGAS GURU DALAM SATU HARI...RASANYA ANDA TAK SANGGUP MENERUSKANYA UNTUK HARI KEDUA..!?TQ

Cikgu amanah berkata...

Kepada Cikgu Amaran,

Anda terlalu cepat melatah...

Beginikah sifat seorang guru yang ada pada hari ini? Sudah mengeluh di awal lagi mengatakan budak sekarang terlalu mencabar untuk diajar.

Cermin lah diri wahai cikgu Amaran... Biasalah kalau dari awal sudah diberi masa terlalu releks.. bila diminta buat kerja lebih, terus melenting...

anjing berkata...

kesian kat cek gu...gaji kecik...bebas tugas banyak..
[1] berniaga pasar malam
[2] jual isuran
[3] direct selling
[4] buka kelas tuisyen
[5] ceramah politik
Kerajaan sepatutnya tambahkan gaji guru sekurang-kurangnya RM10 ribu sebulan dan berikan kemudahan pakaian seragam, kenderaan percuma, minyak percuma, lesen memandu/cukai jalan percuma dan semua barang keperluan percuma....mungkin dengan format ini semua para guru akan sokong Kerajana BN dalam pilhanraya

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif