Rabu, 9 November 2011

Penjawat Awam, If Kurang Efisyen, U Are Fired!


Kenapa perlu takut dengan cadangan DAP mahu membuang penjawat awam yang tidak efisyen jika PR memerintah persekutuan. Itu memang satu tindakan yang tepat. 

Bukan Tamingsari hendak menyokong parti komunis itu tetapi cadangan dari DAP kali ini perlu dilihat dari sudut positif bertepatan dengan fenomena yang berlaku kini. Akibat terlalu dimanjakan kerajaan, kebanyakkan penjawat awam kini semakin naik tocang dan mula meminta-minta kepada kerajaan sedangkan kita sendiri boleh lihat berapa kerat sahaja agensi yang benar-benar efisyen. Lihatlah laporan audit 2010 sebagai bukti walaupun ada yang cemerlang, namun masih banyak lompang yang terhasil berpunca dari sikap dan mentaliti penjawat-penjawat awam itu sendiri. 

Namun setiap kali ada peluang kepada kerajaan mereka minta belas dan ehsan kononnya mereka sudah begitu berjasa kepada negara dan mahu diraikan. Walhal boleh dikira sahaja sumbangan mereka. CUEPAC yang dinaungi mereka, ada sahaja suara penjawat awam yang dibawa kepada kerajaan. 

Saranan oleh Tony Pua untuk membuang penjawat awam yang kurang efisyen adalah satu cadangan yang bernas dan ini sahaja yang sesuai dilakukan bagi meningkatkan mutu penjawat awam pada masa-masa yang akan datang. Bagi yang cemerlang, kita raikan, tetapi kepada yang kurang cemerlang dan mempamerkan mutu prestasi kerja yang teruk, apa tindakan ketua jabatan? Khabarnya proses untuk mengambil tindakan juga lama. Pada mereka yang cemerlang pula, kadang-kadang dirai bukan kerana cemerlang tetapi kerana "turn sudah sampai". Ini realiti. Penjawat awam yang mengakui sendiri.  

Dimata masyarakat kini, penjawat awam masih dilihat sebagai pekerja yang tidak produktif. Contohnya, walaupun dalam perintah am menetapkan waktu kerja selama 8 jam sehari, namun berapa ramai pejawat awam yang gagal menepati arahan itu. Bukan mereka tidak ditegur tetapi orang yang menegur pun melakukan perkara yang sama. Itu baru soal masa, belum lagi soal prestasi, laporan audit luar bercanggah dengan audit dalam. Soal disiplin mereka juga kerap menjadi bualan orang ramai. Contohnya seperti laporan ini. Jadi apakah cara yang sesuai memperbaiki perkara ini? Cadangan Tony adalah jawapannya.

Bagi Tamingsari, masih belum terlambat kerajaan BN sedia ada untuk menzahirkan hasrat memperkasakan penjawat awam. Banyak yang perlu dilakukan. Pemansuhan sistem SSM dan kaedah kenaikan pangkat belum cukup meningkatkan mutu mereka. Satu tindakan yang lebih keras perlu bagi mengelak mereka terus menyangka mereka berada di zon selesa. Walhal pada masa yang sama, orang yang berkerja di sektor swasta berhempas pulas mengejar target kerana takut risiko "dibuang kerja".

Cadangan DAP itu janganlah hanya dilihat dari sudut politik semata. Ia boleh diacukan lebih baik bagi kepentingan semua. 

Wallahhua'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)