Rabu, 16 November 2011

Para Artis, Bertaubatlah Dengan Mendekati Islam Bukan Menganuti PAS

Diana Amir, Siti Nordiana dan Irma Hasmie contoh artis yang melakukan penghijrahan.

Tamingsari amat bersyukur kerana ramai dikalangan artis muda kini terutama dari kalangan wanita telah bertaubat dan mula memakai hijab. Cuma, kadangkala Tamingsari berasa cukup hairan melihat sentimen yang dimainkan media menganggap budaya memakai hijab ini satu perkara yang amat luar biasa. Jika ada artis yang memakai hijab sahaja mulalah pelbagai gosip dibuat.

Benarlah sabda Rasullulah s.a.w yang berbunyi diakhir zaman nanti, Islam itu sudah dianggap asing. Ini kerana jika ada orang yang mahu mengamalkan Islam, ia akan mendapat perhatian luas seakan umum begitu hairan dengan perilakunya yang mahu mengikut ajaran Islam. Walhal agama Islam telah mewajibkan kepada semua muslimah untuk memakai tudung dan menutup aurat. Orang Islam wajib melakukan rukun Islam dan bukannya hanya pada nama dan kad pengenalan itu sahaja yang berlabel Islam.

Tamingsari gembira melihat ramai dikalangan artis yang bersedia kembali ke pangkal jalan. Rata-ratanya mahu berhijab dan bertaubat atas dari kesedaran sendiri dan bukan atas paksaan. Mereka harus disokong untuk melakukan kebaikan seperti ini kerana golongan itu kini sudah menjadi spot light kepada golongan muda untuk dijadikan ikutan. Ini membuktikan bahawasanya Allah itu Maha Pemberi Hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Janganlah takut tiada job jika anda berhijrah seperti ini kerana yang Maha Pemberi Rezeki adalah Allah jua. Jika anda ikhlas mahu mendekati Allah, Allah sudah lama dan semakin dekat dengan anda. Serahkanlah segala urusan hidup anda kepada Allah dan bertawwakallah kepadaNya.

Apa yang penting disini, Tamingsari amat berharap artis yang mahu mendekati Islam agar mencari arena ilmu yang betul dan bukan berkepentingan untuk mendalami ilmu Islam. Ini kerana ada pihak lain cuba mengambil kesempatan kepada artis-artis yang mahu berhijrah ini.

Seperti yang berlaku kepada Wardina Saffiya dan Bob Lokman, mereka memilih jalan kebenaran melalui lorong kesesatan Parti PAS. Wardina kini dilihat semakin ego dan belagak kononnya dialah yang terbaik dari kalangan artis manakala Bob Lokman kini semakin sesat dengan perjuangan sempit politik PAS.

Lagak Wardina di TV3 semakin menjijikkan dan kata-kata nasihat yang keluar dari mulutnya kini dilihat semakin tidak boleh diterima. Ego nya seakan mengangkat dirinya lebih baik. Walhal semua orang kenal sejarah dan siapa Wardina sebenarnya. Di dalam Tweeter dia meroyan dan mengila menghentam kerajaan seakan-akan dia berperanan di dalam parti pembangkang. Dia juga pernah dilihat  pernah berada di dalam program parti pembangkang. 

Bob Lokman pula bertaubat selepas tamparan kematian mengejut Din Beramboi. Taubatnya pada awalnya disambut rasa syukur ramai peminatnya namun kini, apabila dia menulis di dalam blognya bahawa dia bertaubat dan menganut ajaran PAS hanya mahukan redho Allah, peminatnya menjadi keliru. Bob Lokman sebenarnya mahu mendekati Islam atau PAS? PAS bukannya Islam dan Islam bukannya PAS. Kesannya kini Bob Lokman dijadikan anjing oleh PAS melalak di setiap ceramah mereka untuk menghentam kerajaan pemerintah. 

Dapatkah kita redho Allah jika kita bertaubat dengan cara mendekati PAS?

Para artis, janganlah terpedaya. 

Wallahhua'alam.

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul, apalah kita bersengkokol dengan perjuangan yang memecahbelahkan sesama agama dan bangsa, dok mengkafirkan orang-orang islam yang lain hanya kerana berkerjasama dengan kafir. kini bile kena muka sendiri boleh pula. Bayangkan bila kafirkan orang islam dari bukan parti pas. bermakna anak-anak mereka ini yang tidak tahu politik haram dengan satu sama lain. Bukankah mengharamkan apa yang halal itu haram???

Tanpa Nama berkata...

Benar!!
Sy menyokong sepenuhnya 'PAS bukannya Islam dan Islam bukannya PAS'
Utk kita berubah m'dekati Islam...belajarlah agama sebetulnya dgn guru agama bertauliah bknnya dgn menganuti PAS..!!

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif