Ahad, 8 Januari 2012

Hampir 500 Ribu Orang Kelantan Menyambut Ketibaan Anwar ??


Kebetulan Tamingsari berada di Machang ketika Anwar Ibrahim mengadakan Amanat Terakhirnya pada hari Khamis 5 Januari 2012. Jadi, kesempatan ini digunakan untuk melihat sendiri sambutan warga Machang salah satu kawasan yang dimenangi PKR pada PRU12. Ahli Parlimennya yang jarang menampakkan muka iaitu Saifuddin Nasution bakal diuji pengaruhnya malam itu.

Sejak dari pukul 8.30 malam, memang kenderaan berpusu-pusu masuk ke Machang. Nampak dengan jelas, warga luar Machang adalah pendominasi utama kepada kehadiran program Anwar ini. Puak-puak Pas dari kawasan kuat mereka seperi di Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai dan Rantau Panjang pastinya paling ramai hadir menyambut kehadiran bapak Dajjal ini. Ahli PKR langsung tidak dikenali malah petugas mengutip sedekah orang ramai pun seorang ahli PAS.

Anwar tiba lewat sekitar pukul 10.30 malam. Selepas semua penceramah haprak PAS dan PKR menghembur cacian dan maki hamun kepada BN dan UMNO, tibalah giliran si penipu ini naik ke pentas. Dengan berbaju melayu berwarna putih tanpa kopiah, Anwar begitu taksub melihat kehadiran yang ramai di matanya mungkin 500 ribu telahanya. Walhal, padang bola Majlis Daerah Machang yang sempit itu hakikatnya mampu memuatkan kurang 5000 orang sahaja. Secara keseluruhan sehingga tamat ceramah Anwar pun, kehadiran mungkin sekitar 6000 orang sahaja.

Tamingsari terkejut melihat ramai pengunjung mula meninggalkan tempat duduk apabila si Anwar ini mengambil alih copong. Makin ramai pula keluar apabila Anwar mengelarkan mereka yang menonton TV3 adalah lembu UMNO dan makin ramai juga yang lari keluar apabila Anwar mendakwa kononnya pernah membantu seorang Cina bernama Sui Lin untuk melanjutkan pengajiannya ke Universiti. Berbakul-bakul pujiannya kepada diri sendiri, kononnya dialah pejuang kepada keadilan sejati.

Cerita Sui Lin ini juga banyak versi yang terkeluar dari mulut Anwar mengikut situasi dan tempat ceramahnya. Kalau dihadapan orang PAS Kelantan, Sui Lin ini dikatakan sebagai orang Cina yang tidak boleh dianiaya dan dia bersama PKR serta Pakatan tidak pernah mendiskriminasi kaum. Lalu dia bantu Cina ini dengan memberi biasiswa dan membolehkan Sui Lin ini masuk Universiti. Orang Melayu digesa turut menghormati kaum lain.

Dihadapan orang Cina, Sui Lin tetap meniti di bibir Anwar tetapi kisahnya pula berbeza. Anwar berikrar mahu membuang terus istilah bumiputra kepada kaum Melayu dan menetapkan hak sama rata setiap kaum. Sui Lin akan dibantu oleh Anwar jika dia berjaya ke Putrajaya. Sui Lin juga akan dijadikan anak angkatnya demi memberi peluang pendidikan yang sama rata. Dihadapan kaum Cina Anwar tidak pernah mendesak kaum itu untuk menghormati hak orang Melayu.
Seperti biasa, semua orang sudah tahu. Watak Sui Lin itu tidak wujud. Mungkin Sui Lin itu nama China Doll yang ditidurinya seperti video yang tersebar itu.

Anwar terus menabur janji-janji kosong kepada penduduk Kelantan dan mahu PAS Kelantan mempertahankan pegangan mereka ke atas negeri itu. Alasannya kerana negeri ini kubu kuat mereka.

Soal video klip tidak disentuh dan soal liwat pun tidak disebut. Anwar di negeri serambi Mekahpun gagal mengucapkan sumpah menafikan semua pertuduhan ke atasnya.

Kesimpulannya, Tamingsari sudah melihat dengan jelas isyarat yang diberikan rakyat Kelantan terutama penduduk Machang kepada kempen Pakatan Rakyat. Biarpun mereka duduk di timur semenanjung yang jauh dipisahkan dengan ibu kota tanpa ada satu pun lebuhraya, penduduk Kelantan semakin mampu menilai siapakah Anwar Ibrahim ini.

Bukan mudah untuk menipu mereka biarpun bilangan pembaca Harakah masih ramai di negeri itu, rata-rata mereka turut juga membaca Utusan Malaysia dan menilai mana yang benar dan mana yang salah.

Wallahhu'alam.

Penulis,

3 ulasan:

Kita Lihat berkata...

Jika ! Pakatan ini cerdik sepatutnya Anwar ni dah lama duduk diam2 dalam penjara.

Pak Lah dah buat silap dalam betul.

Najib pula teruskan apa yang Pak Lah dah buat. Sebenarnya lagi lama Anwar diluar semakin banyak kesilapan yang dia buat.

Inilah kebijaksanaan Najib dalam mengatur strategi politik. Kelebihan Anwar memutarkan cerita, wataknya cukup hidup.

Najib bijak dalam menyusun langkah, bertindak bila sampai masanya.

DAP sekarang cukup risau kiranya PKR dan PAS silap perhitungan sebab itu dalam perkara yang sensitif seperti ini mereka hanya tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

awak ni pembohong la .tak nampak pun orang lari masa ceramah anwar.Dosa tau membohong.

Tamingsari berkata...

Anon 10.32

Anda mungkin berada di depan semasa ceramah tsbt...

Kalau anda berada di luar padang, anda boleh lihat sendiri, ramai yang balik dan rata2 meluat dengar suara si Nuar...

Lain kali, Tamingsari akan tunjukkan bukti bergambar...

T.kasih.

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif