Selasa, 3 Januari 2012

Harakah Layak Dibakulsampahkan Sahaja !!


Perdebatan terbuka yang berlaku dalam PAS berhubung kenyataan Datuk Dr Hassan Ali yang mengkritik perubahan hala tuju parti nampaknya sekali lagi mengalami manupulasi apabila perjumpaan dengan Mursyidul Am dan Presiden sebagai langkah memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang menggoreskan perasaan semua orang.

Akhbar rasmi parti itu yang dibanggakan oleh sekumpulan penjilat parti itu akhirnya terperangkap apabila Dr Hasan Ali mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak pun memohon maaf dan menarik balik celaannya terhadap perubahan tersebut.

Seperti dikutip oleh Utusan Malaysia pada hari ini, 29 Disember 2011 pertemuannya dengan pemimpin tertinggi PAS diadakan bagi “menghadiri majlis mahabah dengan pemimpin parti itu” manakala soal ke Kota Baharu “untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan …adalah tidak benar sama sekali.”

Sahlah bahawa keadah pelaporan yang dikendalikan oleh wartawan harakah dan harakahdaily tidak menepati etika kewartawanan yang meletakkan keebenaran sebagai asas utama. Apa yang berlaku ialah bentuk pelaporan kedua akhbar tersebut ternyata melanggari prinsip kewartawanan dan amalan tersebut dikenali sebagai churnalism.

Istilah churnalism dan bahaya jenis pelaporan tersebut disedari oleh Nick Davies, seorang wartawan kanan dari the Guardian, London sebagai satu prinsip yang menterbalikkan kebenaran demi mencapai sesuatu tujuan pihak tertentu. Dalam karyanya yang terkenal, Flat Earth News, Nick Davies memberikan ulasan dan contoh bentuk pelaporan yang dinamakan churnalism dan ia telah berjaya membentuk persepsi salah terhadap sesuatu peristiwa sehingga mereka yang tidak bersalah dilihat seolah-olah bersalah.

Dalam hubungan tersebut, contoh churnalism yang diberikan kupasa meluas oleh Nick Davies ialah bagaimana masyarakat dunia menjadi terlalu gempar dan takut dengan serangan pepijat alaf ketika menghampiri tahun 2000. Pada malam tersebut, jutaan masyarakat dunia termasuk ahli perniagaan, pengurus bank dan pihak tertentu menantinya dengan debaran akan kekacauan yang mungkin terjadi apabila data yang tersimpan dalam komputer berkrisis kerana perubahan tarikh, di mana dua angka terakhir “OO” akan bermakna tahun 1900 ataupun 2000.

Manipulasi data juga berlaku terhadap bagaimana negara-negara barat mengeksploitasi kegemparan mengenai data iklim sehingga seluruh ketakutan terjadi bahawa adanya fenomena la-nina dan perubahan cuaca yang tidak menentu. Perubahan tersebut bakal menjadikan huru-hara sebagaimana digambarkan oleh propaganda Hollywood mengenai kecanggihan teknologi ramalan bagi membolehkan negara-negara maju terus meyakinkan bahawa teknologi mereka mampu mengubah segalanya, termasuk meramalkan masa depan.

Sebagaimana dilakukan oleh akhbar harakah, setiap berita yang bersumberkan kerajaan akan dilaporkan secara tidak adil dan tertakluk kepada kepentingan politik parti atau sekutu mereka. Apabila merasakan seolah-olah ada bola tanggung sedang dilantum, bola itu terus dipukul mati walaupun bulu tangkis itu belum lagi sampai.

>Pemimpin PAS terus membuatkan tafsiran bahawa kebaikan yang menjelma dari perubahan yang dibawa oleh parti lawan dan kerajaan sebagai sesuatu yang bersifat memancing sedangkan kaedah yang digunakan membuat penilaian tersebut adalah lebih bahaya. Perspektif ini tidak pernah diakui oleh para pemimpin PAS misalnya, apabila berhadapan dengan UMNO dalam pilihan raya kecil, ada suara sumbang daripada parti tersebut mendakwa bahawa sekian ramai “pengundi hantu” akan dibawa masuk.

Ia bertujuan menimbulkan kekalutan dan kegemparan. Satu bentuk strategi kempen yang menakut-nakutkan orang ramai di samping menghakis kepercayaan tentang perjalanan sistem pilihan raya. Tetapi, apabila parti itu menang maka kisah “pengundi hantu” tidak lagi berbangkit. Ini bermakna, “pengundi hantu” itu sebenarnya suatu helah untuk menggambarkan bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak bersih dan ianya perlu dibersihkan.

Pembangkang sebenarnya telah banyak menimbulkan daki politik yang semakin lama semakin sukar untuk dihapuskan. Atas dasar itulah parti-parti pembangkang sentiasa mencuba kaedah yang lain walaupun kaedah itu juga penuh berdaki.

Daki yang terlekat dalam kepompong politik PAS yang tidah pernah terpadam ialah menjadikan “syurga” sebagai kepunyaan mereka sedangkan ia secara mutlaknya milik Allah SWT. Allah SWT tidak pernah menyatakan bahawa ahli PAS sahajalah yang layak ke syurga, kerana ingin menggambarkan bahawa antara keimanan dan politik itu dua perkara yang saling berkait.

Sedangkan kedua bidang tersebut mempunyai garis pemisah yang teramat besar. Jika tersilap langkah, politik akan menyebabkan keimanan seseorang itu menjadi goyah, kerana politik itu boleh membawa kepada pergaduhan dan perpecahan sedangkan keimanan membawa nilai penyatuan dan perpaduan.

Dalam meniti jalan keimanan, bercakap bohong, berdusta dan menganjurkan kepada perpecahan adalah sesuatu perbuatan yang diharamkan. Maka, apa yang dikemudikan oleh PAS bagi membubarkan perkahwinan atas perbezaan politik, berjihad kerana bersahabat dengan bukan Islam, mempersendakan status pemimpin seperti tidak boleh bersembahyang berimankan bukan ahli PAS meskipun beliau adalah seorang Islam, memaki hamun orang lain dan bercakap dalam bahasa yang kesat jelas tidak membawa kepada penyatuan ummah.

Hal seperti itu turut berlaku apabila kritikan Dr Hassan Ali terus disanggah sebagai “pengkhianat parti” manakala Mustafa Ali dan Mahfuz menjadi wira memperjuangkan kediktatoran kepimpinan politik walhal dengan jelas teguran itu bagi membolehkan PAS kembali kepada landasan perjuangan yang sebenarnya.

PAS yang bencikan bukan Islam pada suatu ketika akhirnya mengakui bahawa parti itu amat memerlukan sokongan bukan Islam. Kenapa? PAS sebenarnya sedar kerana bukan Islam mempunyai kuasa ekonomi yang besar, tanpa bersekutu dengan kelompok tersebut, parti itu tidak akan boleh melakukan banyak perkara kerana pemimpin mereka sebenarnya lebih pandai bercakap daripada melaksanakan apa yang diucapkannya. Inilah bentuk politik prasangka yang sedang dibudayakan oleh pemimpin tertinggi PAS sehingga boleh menghalalkan apa sahaja yang berlaku dalam politik walaupun menghina Islam.

Subahat PAS tidak pernah diakui secara jelas oleh para pemimpinnya, tetapi lebih mempercayai sekutunya yang mempunyai muslihat untuk menghancurkan Islam secara halus. Bahkan, penentangan DAP terhadap hukum hudud secara tegas tidak dilihat sebagai menghina Islam tetapi sebaliknya apabila UMNO mengkritik mengenai kesiapsiagaan dan mekanisma yang dibina untuk membolehkan hudud dilaksanakan secara berkesan dilihat sebagai satu penghinaan kepada hukum Allah SWT.

UMNO mengkritik hudud jelmaan PAS kerana parti itu menggubal undang-undnag secara tergesa-gesa. Bahkan, menurut Haji Hadi, sejak bertapak di Terengganu parti itu yang menang dalam pilihan raya pertama selepas merdeka (1959) dan 1999 adalah sebagai membina semula landasan keislaman yang pernah dilaksanakan oleh Sultan Zainal Abidin II. Itu adalah satu kaedah yang digunakan oleh Haji Hadi bagi menggambarkan kesungguhan PAS sedangkan beliau sebenarnya telah terperangkap dengan egonya.

Haji Hadi tidak mahu mengakui bahawa dirinya mempunyai kelemahan yang jelas apabila ramai penyokong PAS menilainya sebagai seorang yang amat tidak boleh diharapkan. Beliau tidak mempunyai kaedah kempimpinan politik yang berkesan, maka itulah beliau gagal mempertahankan kemenangan PAS di Terengganu pada pilihan raya umum 2004. Beliau hanya Menteri Besar selama sepenggal.Bagi masyarakat Terengganu mereka yang hanya diberikan jawatan sebagai pemimpin selama sepenggal boleh dimasukkan dalam raga barangan “cap ayam.” Cap ayam adalah lakaran imej yang paling rendah dalam carta mutu dan keunggulan.

Sayang sekali, dalam PAS telah membentuk banyak fraksi sehingga pohon politiknya semakin goyah dek akar yang tidak lagi sebulu. Antara Haji Hadi dan Mursyidul Am PAS, banyak perkara yang sentiasa bertelingkah sehingga Menteri Besar Kelantan itu pernah mendengus, siapakah sebenarnya nakhoda? Haji Hadi diam membisu dan akhirnya mengambil keputusan menamatkan pertelingkahan tanpa merujuk kepada permasalahan sebenar. Daki politik cuba disembunyikan dalam belitan “semutar”, akhirnya mengambil peluang menerima keputusan dari DAP dan PKR, “menutup sebarang rundingan” dan pintu keterbukaan semakin sempit.

Seluruh isi kandungan pelaporan harakah dan harakahdaily membuat penilaian, bahawa pertelingkahan itu adalah “perangkap UMNO” maka Hassan Ali, Nasharudin telah masuk ke dalamnya. Mustafa Ali memberikan dakwaan bahawa telah berlaku satu perbincangan, maka itulah mereka berbangga untuk menyingkirkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas Timbalan Presiden daripada bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka sedar bahawa dua orang pemimpin tersebut tidak dapat berkompromi dengan penghinaan kepada orang Melayu, kerana mereka mempunyai akar umbi Melayu yang kuat berbanding Nik Aziz yang begitu hina untuk mengakui dirinya sebagai Melayu. Akhir-akhir ini beliau mulai sedar, menolak jiwa Melayu yang ada dalam dirinya, bererti menghina Melayu maka PAS cuba mempamerkan kepalsuan diri dengan menyatakan, kalau pembangkang diberikan kesempatan memerintah, Melayu akan tetap dipertahankan, sistem beraja akan dikekalkan manakala Islam akan diperkuatkan.

Tetapi apabila seorang paderi mencabar undang-undang dengan menilai Perkara 153 yang terdapat dalam Perlembagaan sebagai “kaedah membuli kaum lain”, PAS berdiam diri.PAS sedar, jika berusaha membantah pandangan paderi itu, akan dituduh tidak menghormati kebebasan bukan Islam. PAS sanggup melacurkan agama demi kepentingan politiknya.

Harakah juga bersifat demikian. Memasukkan kaedah politik menghalalkan cara bagi mencapai matlamatnya, meskipun akhirnya agama ternoda dan diperkotak-katikkan oleh sekutu bukan Islam yang ada dalam pakatan pembangkang. Kita boleh lihat dan nilai, pelaporan harakah dan harakahdialy jelas memberika tafsiran yang lebih baik kepada DAP dan PKR berbanding sebahagian kecil pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Situasi itulah yang membangkitkan rasa kesal Dr Hassan Ali, hingga kini tidak diulas secara bertanggungjawab oleh mereka yang berada di belakang tabir harakah.

Harakah dan harakahdialy, bukan sahaja tidak boleh dipercayai kaedah pelaporannya, ia turut membangkitkan dosa sosial dan daki politik yang boleh menghancurkan Islam. Sebahagian beritanya tidak berasaskan realiti, tetapi lebih berbentuk prasangka dan spekulasi dengan lempar batu sembunyikan tangan di sebalik kesucian ayat-ayat al-Qur’an dan gambaran sejarah sebagai teladan terbaik.

Kalau nak disenarai pendekkan semua runut bunyi sumbang yang bermula dengan pendapat peribadi Saari Sungip yang kepingin jawatan besar bagi menggantikan Dr Hassan Ali sebagai EXCO jika Pakatan Pembangkang menang lagi di Selangor dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, jelas membayangkan bahawa ada pemimpin sanggup memburuk-burukkan rakannya sendiri demi “menangguk laba politik” dan “memperoleh ganjaran” atas kesanggupan untuk “membunuh sahabatnya sendiri”. Itulah hakikat yang sering berlaku dalam gelanggang politik di mana-mana selagi manusia teramat mengagung-agungkan kuasa, tanpa memikirkan itu hanyalah salah satu kaedah untuk berorganisasi secara legitimasi dalam dunia moden.


Wallahhu'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)