Selasa, 10 Januari 2012

Luahan Hati Wan Azizah Persis Skrip Drama Ombak Rindu !!


Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya.

Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.


"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.


"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis masih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."

_______________________________________________________________

Sengaja Tamingsari highlightkan doa-doa Wan Azizah yang pastinya tidak pernah diungkapkannya ketika itu. Ianya muncul hanya didepan wartawan Sinar bagi mencantikkan lagi skrip lakonannya agar rakyat yang membaca menampakkan keluarganya begitu dekat dengan bantuan dari Yang Maha Esa.

Percayalah ia hanya provokasi politik menampakkan kononnya pembebasan Anwar semalam adalah rahmat Allah yang membantunya menegakkan kebenaran.

Wallahhualam dan Nauzubillahhiminzalik. Moga Allah segera menunjukkan kebenaran.

Inilah skrip lakonan seorang isteri yang sanggup menutup kebenaran semata takut, kuasa politiknya tergugat akibat moral suaminya yang teruk.

Fitnah konspirasi yang dilaungkan suaminya langsung tidak wujud malah orang yang menuduhnya (Saiful) pula adalah bekas pembantu peribadinya yang langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO dan Kerajaan. Di sini, apa hujah keluarga itu selepas hakim membebaskan Anwar? Mana konspirasinya, sila jawab? Saiful sanggup melakukan sumpah, dan berdoa di Jabal Rahmah, manakala pula dengan Anwar?

Sudah-sudahlah mempermainkan nama Allah dengan berdoa bagi melindungi manusia munafik bernama Anwar ini. Rakyat jangan biarkan diri anda tertipu dengan lakonan keluarga Anwar ini.

Wallahhu'alam.

Penulis,

8 ulasan:

Zainal Hazmi berkata...

Assalam,,siapa anda utk mengadili hamba Allah ni?? Siapa yg memberi kelayakan kepada anda utk membuka aib hamba Allah ni?? kalau kesalahn berkemungkinan telah dilakukan sekalipun, apa hak anda utk mempertikaikan kuasa Allah atau apa kuasa anda utk mengetahui bahawa taubat itu boleh terzahir ?? walau anda memarahi hamba Allah ini, ingatlah, dia adalah saudara kita sesama Islam,, jika anda berbuat begini, org kafir, ketawa dgn senang hati kerna umat Islam sendiri yg cuba menjatuhkan saudaranya sendiri tanpa perlu mereka campur tangan,, adakah anda suci ? bersih ? terhindar ? dr melakukan sebarang dosa ? apa manfaatnya kepada anda setelah menulis barisan ayat2 sepeti ini?? adakah anda inginkan sekarung emas ? sekarung perak? atau berlian ? atau pun pujian ,konon2nya menentang perbuatan haram ni, tapi, apa bukti anda yg ada? semua org boleh membuat statement, tapi tak semua maklumat hasil dr statement itu sahih, sebab ? sebabnya kita hanya manusia biasa, menghukum melalui apa yg kita lihat dan dengar, kita tak sempurna, ilmu masih dan tak akan pernah cukup di dada, jadi, saya amat2 kesal dgn bait2 ayat yg dicoret disini, anda bukan sahaja mempermainkan perasaan seorg isteri, bahkan mempermainkan ayat2 suci al-Quran dgn menyelitkan bait2 ayat tersebut seiring dgn kata2 isteri Anwar,, niat ni, tiada sesiapa yg tahu, kecuali Allah dan diri org yg memasang niat tesebut, anda tidak ada diberi mandat utk menterjemahkan niat org lain, sila lah kita sma2 fikir2 kan, bukan utk mencari musuh, tapi hanya mencari saudara yg sebenar dlm kehidupan yg singkat ini, sekian,

Tamingsari berkata...

Wahai Zainal Hazmi,

Anda trlalu lemah utk mengenali keluarga si Nuar ni.

Sy setuju dgn pandangan tuan ttp dlm kes nuar, pndangan tuan layak dibakulsampahkan sahaja.

Sy buka kotak komen ini krn sy open saje. Tp maafle, sy tahu apa yg sy tulis krn yg sy mahu bukan intan permata ttp satu kesedaran dikalangn rakyat utk kenal jenis manusia dlm keluarga nuar.

Tuan sendiri prlu kenal siapa hero pujaan tuan tu..

Sekian.

Zainal Hazmi berkata...

bukanlah hero, bukan lah pujaan,,hanya saudara sesama Islam, kalau benar mereka seperti apa2 yang tuan fikirkan, apa2 lah hak kita utk menghakimi org lain? apatah lagi keluarga org lain, kita hanyalah manusia biasa,, tidak pernah lekang dr melakukan dosa,, perbuatan tuan yang menghamburkan kata2 yg perit utk dibaca dan di dengar ini melebarkan lg senyuman dan menggembirakan hati manusia yang mahu perkara seperti ini digembar-gemburkan,, saya percaya tuan lebih arif dalam hal2 seperti ini.

Tamingsari berkata...

Zainal Hazmi,

Anda prejudis. Mngapa anda tidak mnegur blogger pmbangkang yg turut mnghina kelurga PM kita dgn kata2 nista?

Keluarga Anwar adlha ancaman kpd bangsa n negara. Mereka wajib diperangi. Ini demi keselamatan kita semua.

Anda tidak perlulh bersikap pilih kasih dlm menasihati mnmpkkn ketidakikhlasan anda.

Kenali dulu sape si Nuar ini sblm sibuk nk prtahanknnye.

Zainal Hazmi berkata...

saya hanyalah insan yang baru setahun jagung dlm melayari dunia ini, berdasrkan ilmu2 yg sekangkang kera ni, saya belajar ,kita tak boleh menilai keikhlasan org lain, kerana ikhlas itu dr dalam, bukannya luaran,lagi satu, kalau saya nak menerjah ke blog2 anti Anwar yg lain sekalipun, saya akan buat perkara yg sama, menegur, bukan merasakan diri lebih baik dr mereka, tetapi menyampaikan pesan Nabi SAW..

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Tamingsari berkata...

Zainal Hazmi,

Anda prejudis. Mngapa anda tidak mnegur blogger pmbangkang yg turut mnghina kelurga PM kita dgn kata2 nista?

Keluarga Anwar adlah ancaman kpd bangsa n negara. Mereka wajib diperangi. Ini demi keselamatan kita semua.

Anda tidak perlulh bersikap pilih kasih dlm menasihati mnmpkkn ketidakikhlasan anda.

Kenali dulu sape si Nuar ini sblm sibuk nk prtahanknnye.Tak perlule copy n paste pesan nabi tu nk tunjuk bijak.

Manusia syaitan mcm nuar tu hnya mnmbah dosa tuan je kalo trus diprtahan.

Pegi jelajah n tarbiah blogger pmbangkang yg lebih hina penulisn mereka.

Zainal Hazmi berkata...

Terime kasih, tugas sy telah sy laksanakan, kini terpulanglah buat tuan utk berfikir, sama ada menggunakan akal atau hati perasaan, gembira mengenali tuan, Assalam,,

Tamingsari berkata...

Zainal Hazmi,

Tuan tdk ada tugas pn malahn tdk akn diprtnggjwbkn oleh Allah pn ats segala komen tuan. Sy takut tuan dpersoalkn krn tidk brlaku adil n prejudis sdgkn sblh pihak lg tn biarkn mlakukn prbuatn yg lebih keji dr apa yg sy buat.

Sy juga takut tn bkl disoal krn mmprtahankn manusia laknat spt Nuar dn jika apa yg sy buktikn gagal tuan trima tn akn hanyut dgn janji palsu hero pujaan tn itu.

Fikirkn2 semua itu tuan..

Salam.

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)