Rabu, 18 Januari 2012

PAS Baru Mungkin Berlaku!


Pendekatan Nik Aziz Nik Mat yang kononnya hanya menekankan Islam semata-mata, sebagai pokok perjuangan Pas kini semakin goyang. Goyangan itu berlaku akibat gegaran bawah tanah yang semakin kuat. Jika diukur dari segi ukuran Richter ia lebih kurang berada pada skala 7.0. Perlu diingat skala magnitud itu semakin naik. Belum dipasti lagi bilakah ia akan mencetuskan gelombang tsunami atau letupan gunung berapi.

Pas kini pada dasarnya sudah terbahagi dua. Sejak pemilihan pada muktamarnya Jun tahun lalu, pepecahan parti itu semakin melebar. Faktor Dr. Hasan Ali jelas memainkan peranan yang signifikan.

Nik Aziz sebaliknya mempunyai perjuangan yang sudah tidak jelas. Ketaksubannya kepada Anwar Ibrahim dan DAP menyebabkan perpecahan itu semakin membesar. Nik Aziz selaku Mursyidul Am parti, setaraf Ayatullah dalam sistem pemerintahan Iran, semakin banyak membuat kesilapan.

Pendekatan Islamnya kini sudah dipecahkan oleh beliau sendiri apabila bersekongkol dengan cauvinis DAP dan kultus Anwarisme, PKR.

Nik Aziz sejak berdekad enggan menerima UMNO kerana didakwanya berpendirian assabiyah, atau kebangsaan.

Penganalisis politik melihat Nik Aziz kini sudah menjadi sebagai satu liabiliti. Nik Aziz yang mempunyai kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO, sejak sekian lama hanya menyuntikkan agenda peribadinya ke dalam Pas.

Di dalam hati Hadi Awang, selaku Presiden Pas, beliau tidak begitu minat dengan cara Nik Aziz itu. Walaupun Hadi dikenali sebagai seorang yang keras ketika berpidato, tapi beliau sebenarnya amat rasional dan lembut.

Beliau tidak selesa bekerjasama dengan DAP dan juga Anwar Ibrahim. Apa yang berlaku selama ini hanyalah silap mata, wayang kulit dan sandiwara semata-mata.

Persoalannya apakah tindakan Hadi yang memecat Dr. Hasan adalah disengajakan? Hadi juga dikatakan salah seorang pendokong kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas? Beliau tahu Dr. Hasan berupaya menggerakkan semula gelombang itu.

Saya difahamkan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dulu, Hadi dikatakan bertemu dengan Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah di Seri Perdana untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Tetapi cadangan itu kemudiannya diketepikan atas bantahan Nik Aziz dan sekutu-sekutunya.

DAP sebaliknya, yang sedang menjalankan perancangannya secara halus dan berstrategik, sebenarnya amat mencurigai Hadi. Mungkin mereka tahu apa yang berada di dalam hati Hadi.

DAP sebalikya mahu menjaga Nik Aziz agar orang tua itu terus dengan sikapnya itu. Disebabkan itu, mungkin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dihantar menemui Nik Aziz secara peribadi di kediaman orang tua itu di Kota Bharu, sebaik-baik sahaja pakatan pembangkang menang besar dalam PRU-12 dulu?

Kuan Yew juga dalam masa yang sama pergi menemui MB Perak (semasa negeri itu di bawah pegangan DAP), dan juga melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apakah Singapura, secara rasmi mengiktiraf ketiga-tiga negeri itu, hasil lawatan-lawatan tersebut? Tapi itulah juga caranya negara-negara kuasa besar melakukan eksesais diplomasinya jika sesuatu rejim baru yang disukainya naik atau mengambil alih sesebuah kerajaan.

Sebagai orang tua yang lurus, kita tidak pasti sama ada Nik Aziz faham semua itu. Namun, orang-orang Pas melihatnya dengan penuh berhati-hati. Bukan semua di dalam parti itu, yang berada di atas saf kepemimpinannya bersetuju dengan cara Nik Aziz itu.

Dr. Harun Din, timbalan Nik Aziz, selaku Timbalan Mursyidul Am mempunyai pemikiran yang tersendiri. Bekas Timbalan Presiden Pas dua penggal, Nasharudin Mat Isa (aka Ustaz Nasa) juga mempunyai perasaannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Hadi dan mungkin juga, Azizan Razak sendiri?

Perasaan dan pemikiran mereka juga semakin terserlah sebaik-baik sahaja selesai pemilihan parti 1-5 Jun tahun lepas apabila melihat kumpulan Anwarinas, mengambil alih kepemimpinan dan mengetepikan kumpulan ulama, yang selama ini menjadi tulang belakang Pas. Pemuda juga, yang dipimpin oleh segolongan ulama berpendidikan Timur Tengah, diketuai oleh Nasrudin Hassan juga turut terasa hati.

Kumpulan Anwarinas ini ialah kumpulan yang dikatakan mempunyai pengaruh luaran yang cukup signifikan dengan Anwar Ibrahim. Husam Musa, orang kanan Nik Aziz yang juga anak emasnya dan bercita-cita menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan juga mempunyai perasaan yang cukup mendalam terhadap Anwar.

Selain Husam, Kamaruddin Jaafar (KJ), bekas Setiausaha Agung Pas dikenali sebagai orang yang terlalu rapat dengan Anwar. Beliau juga dikenali sebagai pemikir Anwar melalui Institut Kajian Dasar (IKD), serta menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas.

Ya benar, KJ ialah mata dan telinga kepada Anwar. Diperkatakan bahawa setiap perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup Pas, pasti akan diketahui oleh Anwar dalam tempoh yang singkat. Secara tidak langsung, Anwar menguasai Pas. Inilah sebenarnya antara parasit yang dimaksudkan oleh Hasan.

Hasan, yang juga salah seorang yang strategis dan pernah terbabit dalam Biro Tata Negara (BTN) amat mengetahui mengenai perkara-perkara ini. Oleh itulah, Hasan perlu dimatikan.

Dalam pemilihan lalu, beliau tiada pilihan selain menarik diri. Ekoran itu jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor juga digugurkan, secara paksa. Kemuncaknya jawatan Exconya yang menjaga hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu juga digugurkan.

Semasa memegang jawatan itu hubungan Hasan amat akrab dengan DYMM Al-Sultan Selangor. Ini amat-amat tidak disukai oleh DAP. Pada hari Hasan – satu-satunya dalam barisan Exco Selangor yang dianugerahi dengan pingat Datuk bulan lepas, DAP cukup marah.

Selangor yang dikuasai oleh DAP mahu Hasan disingkirkan segera. Jika KJ menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas, DAP beranggapan Hasan pula sebagai duri dalam daging kepada DAP dalam Kerajaan Selangor.

Pergerakan Hasan semasa dalam Exco diperhatikan. Tingkah lakunya diawasi. Malah beliau tidak diundang dalam perbincangan yang melibatkan hal-hal strategik yang bertentangan dengan hak orang Melayu dan Islam.

Namun sebagai seorang Exco, beliau amat dihormati oleh pegawai-pegawai atasan kerajaan Selangor. Banyak maklumat yang berada di bawah pengetahuan beliau. Banyak rahsia songsang kerajaan Selangor pimpinan DAP disalurkan terus ke dalam tangan Hasan.

Kini beliau berada di luar kerajaan Selangor. Beliau mahu menghancurkan parasit yang berada dalam Pas. Beliau mahu membebaskan Selangor daripada penguasaan dan cengkaman DAP.

Beliau kini akan bergerak atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Tiga perkataan ini akan menjadi Kuasa Ketiga bagi beliau.

Dr. Harun Din yang selama ini dikenali sebagai seorang pemimpin Pas sederhana yang percaya kepada soal perpaduan Melayu akan bersama-sama dengan gelombang ini. Selagi beliau masih di dalam Pas, beliau akan cuba mengubah pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz itu.

Ustaz Nasa, kini AJK Pas Pusat dilantik dan Ahli Majlis Syura juga akan turut memainkan peranan penting dalam Kuasa Ketiga ini. Ahli-ahli Parlimen Bebas lain seperti Zulkifli Noordin akan turut serta.

Selepas Kuasa BN, Kuasa Pembangkang, Kuasa Ketiga ini akan bergerak bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain atas misi penyatuan ummah. Mereka percaya tanpa penyatuan ini, DAP akan menguasai negara ini.

Hasan tidak akan membenarkan DAP menguasai negara ini. Beliau sudah tahu siapa itu DAP. Beliau yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor selama lebih tiga tahun amat arif terhadap taktik licik yang dimainkan oleh DAP. Beliau tidak mahu orang Melayu terperangkap.

Orang Melayu di atas pagar akan menjadi sasaran utama gelombang ini bagi memastikan kuasa itu tercapai. UMNO dan Pas sebenarnya diharapkan akan menjadi broker kuasa utama di negara ini semula atas nama tiga cabang tersebut.

Saya difahamkan satu perancangan sedang diatur untuk melancarkan gelombang ini tidak lama lagi, mungkin Februari ini. Kuasa Ketiga ini akan membawa gelombang yang tidak boleh dilakukan oleh Pas, yang terlalu menjaga hati DAP dan Anwar atau UMNO yang kini berdiri atas pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaannya dengan bangsa-bangsa lain.

Gelombang ini akan mendapat sokongan padu daripada golongan ulama dan para akademik. Marilah kita tunggu wave, kebangkitan gelombang ini. Hasan ternyata semakin bertenaga dan garang. Beliau sedar apa yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang kini tidak memihak kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kita pun sebenarnya nampak perkara itu. Hasan akan menjadi vehicle untuk bergerak ke arah itu. Dan memperbetulkannya.

Kesimpulannya, corak politik Malaysia akan lebih menarik lagi. Kedatangan Kuasa Ketiga ini tepat pada masanya sebelum PRU-13 yang kini berada di hujung jalan.


Wallahhu'alam.

Penulis,

6 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Apa yang pasti PAS semakin dipinggirkan bukan sahaja oleh lawan tapi kawan sendiri tengok lah apa yang terjadi diselangor hari ini relevan kah YB bagi sebuah parti yang mengatakan konon nya mereka lah pejuang Islam sejati cuma layak jaga portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan sahaja...ape ke hee..yoep..takde Pak Lobai PAS yang layak ke...tu laa jangan main cakap dan tunjuk lagak jee udah terbukti PAS bukan berjuang berlandaskan islam sehinggakan rakan sebantal pun dah tak percaya...Pak Lobai PAS cuma layak dijadikan hamba tunggangan dan kuli batak sahaja..itu lah hakikat sebenarnya..
Yang tergelak nya bapak segala permasalahan dan kemusnahan Selangor dijadikan exco yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam..makin senang sikapir mempermainkan umat islam di Selangor ni disebabkan siGagap tu cuma boneka jee..adusss...kesiannya rakyat selangor..

Tanpa Nama berkata...

Dah nak sangat pilih PKR..Konon boleh membawa kemajuaan>.ptuihhhh..sampah sana sini pun tak dapat urus..sebab apa???PKR ni penuh dengan OTAK sampah..hati busuk mcm sampah yg di kutip berbulan2..PAS pulak..cakap berkobar2..pandai kumpul org nak bagi mengundi dia org..buat ala2 palestin..nak ker jadi mcm org2 palestin???hari2 bertempur sesama sendiri..Apa nak jadi melayu ..aku pun pening...Ikut la cakap pembohong anwar dan azmin tu..pundekkk la..

Tanpa Nama berkata...

kalo aku jadi ulamak dalam pas ni dah lama keluar buat parti baru yang memperjuangkan hukum islam 100% pasti PRU 13 200 kerusi depa boleh menang buat apa nak duduk dalam PAS lagi dah jadi HamPAS taik DAPig selagi puak=puak anwarimas ada dalam tu kejo depa dok melancap pas jer laaa jahanam PAS

Tanpa Nama berkata...

Sinario yg mungkin berlaku...

Nikiaziz terkejut dgn kehebatan gelombang baru...kena heart attack terus gol. Pas pun lenyap sendiri. Pkr tak payah ceritalah, sapa nak sokong peliwat dan penjaga Israel. Tinggallah Dap terkonting2 dan tiada lagi Melayu yang menyokong. Melayu yg masuk Dap pun lama2 terkemaluan sendiri. Lebih2 lagi bila menu babi yang dihidangkan bersebelahan sambal belacan.
Pada masa tu politik Malaysia pun dah matang dan rakyat pun hanya mahukan pembangunan dan ekonomi.

Opss...lupa... Anwar pula waktu tu dihinggapi penyakit mental kerana dosa2 lampau. The End.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa perlu memberi nama PAS BARU , Sebenarnya yang peling betul ialah "PAS ASAL".

Tamingsari berkata...

PAS baru ke, PAS lama ke... kedua2nya langsung tidak releven...

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif