Loading...

Cukup "Legasi Hassan Ali" Sahaja Musnahkan Pakatan Rakyat

Thursday, February 16, 2012


Fenomena baru menjelma. Apabila Dr. Hassan Ali bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas Exco Agama Kerajaan Selangor, dipecat dari PAS, secara tiba-tiba namanya sering disebut diseantero Malaysia. Dia sendiri bagaikan terpanggil mendedahkan pekung yang selama ini tersimpan di dalam Pakatan rakyat dan tambahan di dalamnya penuh dengan watak-watak tipudaya.

Anda semua bayangkan, setiap kali dia mengadakan ceramah umum di serata negara tanpa tajaan sesiapa, kehadiran orang ramai mencecah hampir 15 ribu orang. Apakah maksud dari petanda ini? Adakah fenomena ini sama seperti yang pernah dilakukan Anwar di dalam gerakan reformisnya selepas dipecat dari UMNO dan semua jawatan di dalam kerajaan? Mungkin ia sama tetapi kesuciaan perjuangan itu jauh berbeda.

Siapa yang lega pastinya dari kem UMNO. Tamingsari melihat usaha UMNO bagai berbaloi apabila mereka akan mendapat pertolongan secara tidak langsung dari Hassan Ali. Apa tidaknya, PAS dan PKR apatah lagi DAP pasti bergetar lutut apabila Hassan bakal menjaja dan membuka segala penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh PR selama ini demi membuka minda rakyat bahawa, apa yang dijanjikan PR hanya pembohongan dan apa yang dicerca PR kepada BN selama ini adalah fitnah. Pasti kata-kata yang keluar dari mulut Hassan Ali adalah benar kerana dia pernah belayar sekapal di dalam PAS dan Pakatan. Apatah lagi dia seorang ulama.

Biarpun Hassan Ali belum membuka hatinya untuk bersama parti Kerajaan, seperti yang dilakukan Datuk Nakhaie, sekarang pengerusi YADIM yang merupakan bekas Naib Presiden PAS, Hassan Ali dikhabarkan mampu membina kuasa ke-3 dan meranapkan terus PAS Sekular kini di muka bumi Malaysia ini. Ini kerana di belakang Hassan, ada ramai lagi ulama PAS yang kecewa dengan keadaan PAS sekarang yang bila-bila masa halal digempur.

Tamingsari yakin, ahli PAS bersama PAS kerana nama PAS itu kononnya sebuah parti Islam. Jadi, mana mungkin mereka mahu bersama PAS lagi yang kini diterajui ramai pemimpin yang tiada kelulusan pendidikan agama secara formal. Team Erdogen di dalam PAS hanya mampu mencorak parti itu ala PKR yang tidak ada wadah perjuangan tepat. Jika Hassan Ali mahu memukul canang, pasti berbondong-bondong ahli PAS akan mengikut jejaknya.

Namun, Tamingsari mohon mencadang, apagunanya kita terus mencipta perpecahan. Marilah bersama-sama kita di dalam Barisan Nasional, membentuk satu kekuatan sebuah wadah perjuangan orang Islam bagi mengukuhkan kuasa kita di negara ini yang makin dicalar oleh puak-puak kafir harbi. Kita tidak mahu bercakap soal politik lagi tetapi kita hanya mahu, nasib agama dan bangsa kita terus terbela dari kerakusan lintah-lintah darat.

Wallahhu'alam.

Penulis,

0 komen Pembaca:





Tetap Bersama Saiful

Tetap Bersama Saiful
Biarpun Mahkamah Membebaskan Anwar, Seluruh Negara Tetap Percaya Anwar Telah Meliwat Saiful

Butiran Sumpah Saiful

Perbezaan Yang Banyak Persamaan

Perbezaan Yang Banyak Persamaan
DAP Berkiblatkan PAP Selamanya. Perjuangannya SAMA dan misinya mahu menjadikan Malaysia seperti Singapura. Klik Gambar Untuk Kisah Selanjutnya.

Karpal : Langkah Mayat Dulu Baru Tubuh Negara Islam

Karpal : Langkah Mayat Dulu Baru Tubuh Negara Islam
Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.

Janji DAP !! - Ingatlah

Janji DAP !! - Ingatlah
Jika Menang Pilihanraya, Mereka Akan Hapuskan Hak Melayu (Utusan - 25.11.1999)

DAP Anti Islam

DAP Anti Islam
Islam musuh utama mereka. Jangan terpedaya !!!!!

Tiada lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Tiada lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Seronoknya ayah dan anak memerintah Pulau Pinang. Tanpa rasa bersalah diumumkan DEB sudah dimansuhkan. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan. Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?

DAP SYAITAN - Nik Aziz

DAP SYAITAN - Nik Aziz
Dulu kata DAP itu syaitan. Kini syaitan sudah dijadikan kawan. Sama-samalah jadi kawan syaitan. Apa punya pendirian lah kepala PAS ni.

Kesesatan PAS Selamanya

Kesesatan PAS Selamanya
Nik Ajis Sesat : "Mat Sabu hanya berkhalwat". Harakah penfitnah : Undi Anwar ibarat menempah bilik neraka. Jadi mengapa sekarang sibuk bela Anwar? Cakap macam lalang. Nik Ajis, Anwar dan editor Harakah dah lama tempah bilik neraka.

Langgan Artikel Ke Email

get this

Masukkan Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Statistik Trafik Dan Global Hit

Pembaca Hadir Dari Mana?

Blog Khas Wajib Dilawati

Twitter Tamingsari

  © Legasi Tamingsari Sejak 2008. Hakcipta Tidak Terpelihara. Sila kredit kepada penulis jika artikel di blog ini disalin semula.

Back to TOP