Sabtu, 27 Oktober 2012

Sebenarnya PAS Lebih Biadap Terhadap Islam


Gesaan Ketua Penerangan Pemuda PAS agar pemimpin UMNO, NGO dan seluruh umat Islam mempertimbangkan kembali sokongan mereka kepada parti yang berjasa lebih 55 tahun untuk terus diberikan kepercayaan bagi tempoh selama lima tahun lagi nampaknya sudah hampir kepada “ikhtiar hidup” yang paling akhir.
Ketua Penerangan Pemuda PAS dalam tulisannya, BN patut singkir yang biadap pada IslamMalaysiakini, 18 Oktober 2012 sebenarnya telah lama sedar mengenai perkara tersebut dan kerana itulah tetap berpendirian bahawa pakatan pembangkang telah banyak melakukan keburukan terhadap Islam.
Bahkan dalam satu jawapan di parlimen baru-baru ini, seorang wakil rakyat PAS dari Kedah terperangkap dengan pertanyaannya sendiri apabila disindir oleh Menteri Belia dan Sukan. Dalam jawapan lisan itu, Menteri Belia dan Sukan mendedahkan parti itu hanya tahu bercakap tetapi tidak laksanakan apa yang dicakapkannya termasuk membina masjid.
Kisahnya mungkin menjadi sesuatu yang amat menyeluruh apabila meneliti apa yang berlaku di Terengganu sepanjang pemerintahan PAS selama empat tahun (1999 hingga 2004), parti itu mengumpul dana daripada rakyat menerusi konsep derma masjid tetapi sampai ke akhirnya tiada masjid yang dapat disiapkan.
Akibatnya, BN yang merampas kembali Terenggu pada tahun 2004 mengambil langkah menyiapkan masjid-masjid yang hanya berjaya disiapkan “ceracaknya” hampir di seluruh daerah. Bahkan dalam kes “perobohan masjid” di Kg Bujal, Beris Meraga, Kemaman, PAS seolah-olah terdesak pada saat akhirnya mengakui “struktur bangunan markas” itu sebagai masjid walaupun didirikan di atas tanah pendudukan sementara yang khusus untuk tanaman kontan.
Melihat kepada cara kerja dan strategi kempen yang digunakan oleh PAS, sebenarnya parti itulah yang “biadab terhadap Islam” berbanding BN seperi didakwa oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Noor yang bersifat jumud dan “minda tertutup” kerana hampir menyerupai kaedah berfikir Mursyidul Am PAS dan Haji Hadi Awang sendiri.
UMNO dilihat sebagai sebuah parti sekular kerana tidak memasukkan perkataan “Islam” sebagai jenamanya walaupun hampir keseluruhan ahlinya beragama Islam berbanding dengan PAS yang seratus peratus beragama Islam tetapi lupa keturunan dan bangsanya. Kerana UMNO mempertahankan orang Melayu dan Bumiputera, maka UMNO dianggap sebuah parti yang berasaskan nasionalisme dan bertentangan dengan politik Islam.
Sebenarnya dalam tindakan seharian, PAS lebih memperlihatkan kesilapan terhadap penghayatan Islamnya kerana hanya mahu menjadi jaguh agama walaupun ada ketikanya mempersendakan prinsip Islam. Prinsip yang paling asas ialah tidak membudayakan bohong dalam setiap tindakan dan kata-kata tetapi PAS sanggup  melakukan perkara itu sehingga “menipu orang ramai.”
Orang ramai sudah tertipu dengan cara PAS membentuk doktrin politiknya termasuk mengatakan bahawa parti itu sahajalah yang boleh membawa penyokongnya ke syurga walaupun para ulama di dalamnya percaya bahawa syurga itu adalah hak mutlak Allah SWT.
Persoalan seharian juga menjadikan PAS sudah ke sasar dari perjuangan Islam apabila secara tergesa-gesa mengeluarkan pendirian bahawa “pintu rundingan sudah ditutup” dan kerjasama hanya boleh terlaksana mengenai hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukan kerjasama politik.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama PAS melakukan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam “perkahwinan mutaah”—pakatan pembangkang—untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah walaupun pada asalnya, PAS menanggap hubungan kerjasama dengan bukan Islam sebagai haram dan wajib ditentang.
PAS begitu galak mempertahankan DAP yang bukan sahaja tidak mahu memahami prinsip perjuangan PAS bahkan adakalanya mencabar hebat apa yang hendak didoktrinkan oleh para pemimpinnya. Misalnya, dalam pernyataan hudud, DAP sampai bila-bila pun tidak boleh menerima konsep tersebut kerana mahu kekal Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Pengerusi DAP, Karpal Singh sejak tahun 1995 memberikan amaran, PAS perlu langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum boleh melaksanakan konsep “negara Islam.”
Ini membawa maksud, PAS perlu menunggu Karpal Singh mati dahulu dan kemudiannya langkahkah mayatnya baharulah boleh melaksanakan negara Islam. Bagaimanapun, UMNO mencabar PAS untuk mengemukakan model dan kerangka pengurusan “negara Islam” kerana belum pernah lahir sebuah negara yang boleh dipanggil “negara Islam” sejak Islam mula bertapak.
Model pemerintahan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mentadbir Madinah tidak diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, kerana konsep pemerintahan yang berasaskan saling hormat antara pelbagai pemeluk agama itu hanyalah sebagai :kontrak sosial. Selagi bukan Islam menghormati Islam, selagi itulah mereka mempunyai hak dan taraf yang saksamana.
Hal tersebut amat berlainan dengan prinsip kemuafakatan yang terbina menerusi pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang tidak pernah mengeluarkan satu perjanjian bersama untuk menerima ideology politik PAS dan akan menyokong pembentukan negara Islam. Bahkan, dalam masa yang sama, PAS meneruskan keinginan politiknya dengan menukarkan matlamat dari “negara Islam” kepada “negara berkebajikan.”
Berbanding dengan UMNO meskipun mengalami tuduhan dan dakwaan mempertahankan Perlembagaan yang diwarisi dari penjajah, tetap mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan memperbanyakkan institusi-institusi yang ada kaitan dengan muamalat dan fadhu kifayah.
Sejak memerintah dan menjadi parti terbesar dari segi pemilikan kuasa dalam BN, UMNO telah membangunkan masjid-masjid yang lebih besar bagi keperluan umat Islam berjemaah. UMNO menerusi keazaman untuk membuktikan hukum syariah dimartabatkan telah menyusun pelbagai langkah menanggkat martawab peguam syarie dengan menyusun semula kedudukan sistem perundangan Islam.
Pembinaan mahkamah syariah di seluruh negara bagi memperlengkapkan keperluan umat Islam, bahkan turut memperluaskan peluang latihan dalam pelbagai aspek muamalah yang diperlukan. Bidang pendidikan, UMNO memperkemaskan sistem pendidikan agama dan seterusnya menjadikan konsep sistem peperiksaan berpusat sebagai satu bentuk piawaan yang setara sehingga lulusn Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diterima masuk ke pendidikan tinggi di Timur Tengah dan dalam negara.
Kalau dahulu kelulusan sekolah-sekolah pondok yang mempunyai “pelbagai kaedah pentaksiran” menyebabkan pengajian pendidikan tinggi sedikit masalah kerana tiada pembakuan piawaian, maka menyebabkan ramai yang terpaksa mengambil masa yang panjang untuk lulus. Ini sebenarnya menyebabkan kerugian daripada tenaga kerja dan meningkatkan perbelanjaan pendidikan oleh keluarga.
Para pelajar terpaksa mengambil masa yang lama untuk lulus kerana perlu bermula di peringkat bawah sekali lagi, iaitu memasuki peringkat menengah sebelum boleh melanjutkan pendidikan tinggi. Ini tidak dilakukan oleh PAS dengan sempurna walaupun pernah mendakwa parti itulah peneraju kepada pendidikan Islam.
Perkembangan pendidikan Islam di bawah pemerintahan PAS masih bersifat sistem tradisi sedangkan perubahan zaman telah lama berlaku sehingga menyebabkan intergrasi ilmu menjadi sedikit masalah. Oleh kerana penekanan pengetahuan teknik dan kemahiran tidak dimasukkan ke dalam pendidikan pondok menyebabkan kemenjadian murid menjadi sedikit masalah.
Lulusan sekolah pondok tidak diterima sebagai syarat kemasukan dalam pasaran kerja. Hal ini merugikan negara, maka kerajaan BN telah membangunkan semula sekolah-sekolah agama dengan cara pengintegrasiannya dengan ilmu-ilmu kemahiran dan aplikasi teknikal. Perkembangan tersebut melahirkan sekolah integrasi dan di Terengganu muncul sekolah-sekolah Imtiyaz. Konsep pendidikan Islam di bawah kelolaan PAS di Kelantan masih berada pada tahap yang lama dan menyebabkan lulusannya hanya tertumpu dalam bidang agama.
Pendidikan dalam bidang agama sepenuhnya tanpa diintegrasikan dengan pengetahuan sains dan teknik tidak dapat membantu mengubah lanskap sesebuah negara. Bagi memajukan sesebuah negara, ia memerlukan Tenaha mahir dalam pelbagai bidang termasuk analitikal dan kreativiti. Inilah konsep pendidikan yang sedang diintegrasikan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang dilancarkan laporan awalnya oleh Perdana Menteri pada 12 September 2012.
Memangnya, PAS dan pakatan pembangkang akan mengkritik PPPM dengan pelbagai lojik ciptaannya tanpa melihat kepada keperluan kepada kehidupan dunia yang lebih baik. Sebaliknya, sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1961, belum terlahir satu bentuk perancangan pendidikan yang menyeluruh dan boleh dijadikan asas perancangan, kerana parti itu tidak mempunyai kepakaran dan kesungguhan dalam memperjuangan Islam walaupun melihat dirinyalah sahaja yang paling Islam.
Persoalan yang kembali menyinga dalam masyarakat ialah bagaimana PAS berusaha mengubah perspektif persepsi apabila keseluruhan rakyat semakin yakin parti itu sebenarnya telah gagal dan menyimpang daripad perjuangan asal sejak bersekedudukan dalam pakatan pembangkang. PAS semakin tidak memberikan pemahaman moral yang lebih baik apabila mempertahankan apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar walaupun perspektif pliitiknya membawa kepada aliran liberalism dan pluralism agama.
Bagaimana pemimpin PAS mempertahankan Anwar walaupun dalam banyak perkara, tindakan Ketua Pembangkang menyebabkan masyarakat Islam tersinggung. Hubungan Anwar dengan “penyangak Yahudi” dan perilaku moralnya sedikitnya tidak menjadi persoalan. Bahkan, menyokong Anwar “membabi buta” kerana takut akan terpaksa ditinggalkan dalam kapal misi merampas Purtajaya.
Sebenarnya keputusan PAS mempertahankan Anwar dalam semua keputusan dan perilaku tersebut menjadikan parti itu semakin kehilangan pengaruh. PAS akan dilihat sebuah parti yang tidak lagi relevan kepada perjuangan Islam dalam konteks kesejagatan nilai dan keperluan untuk hidup dengan lebih baik pada masa akan datang.
Walau apa pun sangkalan dibuat, PAS akan tetap menjadi liability kepada masyarakat Malaysia kerana tidak menghasilkan peluang kehidupan yang lebih baik. PAS semakin sehari semakin lantang mempersendakan Islam sehingga sekutunya dalam pakatan pembangkang sanggup memangkas apa sahaja yang hendak dilaksanakan, kerana PAS sebenarnya sudah dilingkari oleh anwarisme.
Persoalannya, benarkah MCA biadap terhadap Islam berbanding dengan DAP. Jawabnya, setelah menelurusi sejarah DAP yang panjang (sejak 1964), parti itu amat tidak bersetuju dengan ideology politik Islam dan kini, kerana merasakan sokongan bukan Melayu lebih besar, maka benarlah seperti yang dibimbangkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
DAP semakin “angkuh dan sombong” dan bila lebih banyak kerusi dimenanginya, maka parti itu akan menyingkirkan pengaruh orang Melayu. Orang Melayu akan dijadikan alat untuk memperkuatkan kedudukan, dan hakikat itu tidak disedari oleh PAS, kerana masih asyik berkhayal, Putrajaya bakal menjadi miliknya suatu hari.
PAS yang pernah mengambil keputusan untuk melelong Putrajaya pada zaman pengurusan Fahdil Noor nampaknya telah menghina bekas presidennya sendiri apabila begitu taksub dan yakin boleh merampas Putrajaya.
Antara Haji Hadi dan Fadhil Noor berlaku dikotomi politik yang luar biasa. Bila seseorang berhasrat “melelong Putrajaya” bermakna ia bukanlah suatu aset yang berharga, ia adalah satu bentuk liabliti. Fadhil menanggap itulah sebabnya Putrajaya perlu dilelong. Kali ini, Haji Hadi yakin akan “merampas Putrajaya” maknanya, berlaku tindakan ganas yang sedang dirancang oleh PAS kerana Putrajaya sudah dilihat sebagai aset dan simbol kuasa.
Sepatutnya Ridhuan Mohd Noor boleh membaca perjalanan sejarah sedemikian dan kemudiannya mentafsirkaa secara bijak, siapakah sebenarnya yang biadap pada Islam. Kalau Fadhil Noor membuat keputusan melelong Putrajaya, maka apakah hukumnya Haji Hadi yang sudah menjadi pembelot kepada pendirian seseorang yang dianggap memberikan sumbangan besar kepada parti sehingga dilihat tokoh yang meletakkannya seorang yang dinamik dan berwawasan.
Perlukan Ridhuan Mohd Noor memahami secara jelas, kenapa PAS benar-benar percaya bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang dengan liciknya tidak boleh menerima Islam. Bukankah, DAPlah yang paling lantang marahkan “negara Islam” ciptaan PAS? UMNO menentang hukum hudud kerana banyak kelemahan yang tidak dapat diperbetulkan oleh parti itu,, kerana perencanaannya adalah atas matlamat politik, bukannya bersandarkan al-Qur’an dan Sunnah. PAS menggunakan al-Qur’an dan Sunnah sebagai sandaran politik dan bukan asas menjamin kemaslahatan ummah.
Itulah yang berbeza secara ketaranya antara syariat Islam dan pendekatan hukum hudud PAS. PAS tidak bersungguh=sungguh untuk laksanakannya kerana hingga kini masih belumada mekanisme yang jelas, bahkan tidak pernah berusaha melahirkan peguamcara dan penguamcara yang bakal mengendalikan pelaksanaan hukum hudud ciptaan PAS sejak tahun 1995 di Kelantan dan 2004 di Terengganu.
Sebenarnya, dalam banyak perkara PASlah telah biadap kepada Islam kerana mempersendakan Allah dengan berkata “Allah lebih samseng”, “Tuihan juga mencarut” dan “boleh gunakan al-Qur’an kerana bukan Islam walaupun konteksnya salah, kerana PAS turut melakukan hal yang sama atas dasar politik semata-mata,
 Seharusnya Ridhuan Mohd Noor lebih memahami apa sebenarnya berlaku dalam PAS sebelum menyalahkan orang lain sebagai “biadap terhadap Islam’. Nampaknya, Ridhuan sama seperti kebanyakan pemimpin PAS sendiri, mahukan orang lain berjalan betul walaupun diri sendiri tidak pernah berjalan dengan betul. PAS adalah ketam yang merosakkan masyarakat dan menggelonsorkan pemikiran orang ramai atas nama Islam walaupun banyak keraguan yang muncul atas cita-cita politik menghalalkan cara.
Lojiknya mudah, kalau Mursyidul AM PAS boleh menerima DAP tidak salah apabila mengkritik Islam, maka apabila MCA mengkritik perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, maka yang lebih biadap ialah PAS sendiri. PAS tidak cuba memperbetulkan “persepsi yang dianggap salah” kerana PAS sentiasa membentuk “persepsi yang salah” . PAS tidak pernah berusaha memperbetulkan persepsi agar Islam terus diterima sebagai yang terbaik dan sebuah cara hidup yang harmoni dan sejahtera. Sejahterakah apabila PAS semakin berusaha menyingkirkan mereka yang tetap pendirian dalam memperjuangkan Islam tetapi tidak bersetuju dengan prinsip liberal dan pluralisme yang sedang berkembang dalam tubuh PAS?
Apa dah jadi dengan penentangan PAS terhadap Dr Hasan Ali dan kini, Nasharudin Mat Isa sedang ditandukkan ke persimpangan politik. Siapakah sebenarnya mengkhianati Islam. Bukankah dari dalam PAS sendiri yang tidak mahukan Islam dijadikan manhaj dan pedoman kehidupan beradab dan budiman? Kalaulah demikian makasudnya, kenapa PAS begitu cair dengan perjuangan Anwar dan DAP sehingga sanggup mengorbankan pemimpinnya sendiri yang berbeza pandangan dan tidak boleh menerima perubahan yang lebih menjurus kepada kepentingan material dan taghut itu? 
Wallahhu'alam.


Penulis,

Tamingsari

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)