Ahad, 17 Mac 2013

Berilah Peluang Kepada DS Najib


Bila-bila saja Dato Seri Najib akan membubarkan Parlimen dan kemudiannya SPR akan setkan tarikh PRU 13. Rakyat Malaysia seluruhnya cukup berdebar menunggu siapa yang akan ke Putrajaya. Semua berita dan perkembangan politik semasa sedang di perhatikan oleh rakyat dan para pengundi PRU 13. Mungkin ini akan menjadi neraca pertimbangan para pengundi bagi menentukan siapa yang akan mereka mengundi. Pada masa ini, kita di dendang dengan 2 jenis rentak politik iaitu rentak perjuangan Transformasi oleh BN dan rentak Reformasi oleh Pakatan Rakyat. 

Bagi BN, perjuangan Transformasi sedang berlansung dan berjalan secara realiti dan juga sedang di nikmati oleh semua rakyat Malaysia termasuk Parti-parti Pembangkang. Manakala Pakatan Rakyat pula perjuangan Reformasi yang digariskan dalam Buku Jingga mereka masih belum berjalan ataupun belum dilaksanakan secara 100 peratus,walaupun terdapat 4 negeri yang mereka menjadi Kerajaan. Ini bermakna Reformasi belum boleh dirasai oleh oleh rakyat Malaysia. Oleh itu kata mereka "berikan mereka peluang untuk menduduki Putrajaya" pastinya kata mereka reformasi boleh dinikmati oleh semua. Benar atau tidak kenyataan mereka perlu dilihat pada realiti yang berlaku pada masa kini. Secara perbandingan, realitinya " janji perlu ditepati " . 

BN telah tepati janji-janji mereka untuk "rakyat didahulukan" dan kerana itu pada masa ini Najib dendangkan semua perubahan untuk di hayati oleh rakyat Malaysia. Dari transformasi Politik, transformasi sosial, transformasi ekonomi hingga landskap Malaysia di transformkan oleh Najib. Manakala reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang menjadi slogan utama DSAI sejak 1998, tidak juga direalisasikan oleh Kerajaan Kedah,Kerajaan Kelantan, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang merupakan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS, PKR dan DAP. 

Bantahan-bantahan rakyat di Selangor dalam isu air, isu elaun tadika dan isu elaun ibu-ibu tunggal, bantahan rakyat di Kedah mengenai isu-isu alam sekitar empangan Pedu, bantahan rakyat di Kelantan mengenai isu air dan isu penorakaan tanah di Gua Musang dan Loging dan bantahan rakyat di Pulau Pinang mengenai isu-isu rumah mampu milik, isu-isu kalimah "Allah" dan isu-isu kebajikan rakyat Pulau Pinang yang lain, adalah bukti bertapa Pakatan Rakyat TIDAK menepati janji-janji mereka, sedang isu-isu yang DIBANTAH adalah isu-isu "CIVIL RIGHT" yang memang mereka menjadi "hero" sebelum mereka memenangi PRU 12 di negeri-negeri tersebut. 

Apabila “MEREKA GAGAL” dalam melaksanakan tanggungjawab “MEREKA” sebagai kerajaan negeri dan juga sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang mereka tonjolkan diri sebagai "kerajaan alternatif" selain dari Kerajaan BN yang ada, “MEREKA” terus bermain " BLAMMING GAME ". Menyalahkan kerajaan BN atas kegagalan mereka. Guan Eng menyalahkan UMNO dalam isu kalimah "ALLAH", Guan Eng menyalah UMNO KERANA kegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan UMNO dituduh rasis. Manakalan Dato Azizan MB Kedah pula menyalah UMNO dan BN kerana kegagalan projek pembangunan di Kedah termasuk dalam isu balak di Empangan Pedu dan meminta RM 100 juta kepada kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan hutan di Pedu . 

Manakala Dato Khalid MB Selangor juga terus menyalah UMNO dan BN Selangor atas isu air di Selangor. Manakala di Kelantan pula Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan terus juga menyalah UMNO dan BN atas isu di Loging dan di Gua Musang. Yang jelas Pakatan Rakyat cuba menutup kelemahan pemimpin dan pentadbiran mereka yang cukup lemah dalam memerintah keempat-empat Negeri tersebut . 

JELAS sejak dekat 5 tahun mereka memerintah (kes di Kelantan PAS memerintah lebih dari 20 tahun) telah menunjukkan realiti bagaimana KURANG hebatnya dan TERUKNYA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT memerintah di 4 buah negeri ini. Walaupun realitinya secara kebetulan Pakatan Rakyat memerintah 2 buah negeri yang kaya warisan Kerajaan BN yang lalu (Selangor dan Pulau Pinang ), manakala Kedah adalah negeri yang terbantut perancangan pembangunan yang telah rancang oleh Kerajaan BN yang lalu, manakala Kelantan sebuah negeri yang miskin kerana PAS menjadi Kerajaannya tetapi "expectation " rakyat selepas PRU12 mahu melihat macamana Pakatan Rakyat boleh mengubah negeri-negeri tersebut menjadi terus kaya dan yang miskin ditukar menjadi kaya dengan pembangunan untuk rakyat. Sepatutnya bermula 2008 Pakatan Rakyat sepatutnya ada agenda tersebut, tetapi sehingga ke 2013, Kedah dan Kelantan tetap tidak bergerak malah banyak masalah pentadbiran dan miskin. 

Manakala Pulau Pinang dan Selangor, mempunyai kerajaan negeri dan KM/MB yang kuat berpolitik hingga soal kebajikan rakyat kurang di utamakan. Secara analisa perbandingan, kita boleh timbulkan satu persoalan, bolehkah Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan untuk mengantikan Kerajaan Persekutuan BN? Dari segi realiti beberapa-berapa KAJIAN ILMIAH yang dibuat oleh sarjana-sarjana akademik yang juga pakar-pakar politik Malaysia, telah membuktikan secara data-data yang ada (sehingga kini ), TELAH MENYATAKAN bahawa BN mampu untuk MENANG dalam PRU 13, walaupun Pakatan Rakyat akan memberi saingan yang sengit, tetapi kajian mengatakan BN MAMPU untuk MENEWASKAN Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan kajian-kajian yang respondennya adalah para pengundi masih tetap YAKIN pada Najib dan BN dan para pengundi masih TIDAK YAKIN dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan parti-parti PAS, DAP dan PKR. Mungkin juga rekod kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Kedah, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang banyak kelemahannya dan yang masih mempunyai banyak masalah yang belum mereka selesaikan sehingga saat akhir sebelum PRU13. 

Sedangkan negeri-negeri yang BN kuasai bergitu menonjol pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya dan ini amat di yakini oleh para pengundi-pengundi PRU13. Bolehkah pengundi-pengundi PRU13 di Malaysia menjadi seperti pengundi-pengundi di Amerika Syarikat yang CUKUP MATANG dan memilih berdasarkan kepada rekod cemerlang yang berakarkan kepada REALITI di didepan mata bukannya sesuatu yang hanya dinyatakan sebagai satu impian, dan para pengundi di Amerika Syarikat tetap memilih Presiden Obama yang sedang memegang kuasa di Rumah Putih. Pengundi Amerika tetap yakin dengan Obama daripada pencabarnya, mereka masih mahukan Obama kerana agenda "FORWARD" NYA yang lebih rasional dan menepati cita rasa rakyat Amerika . 

Di Malaysia, Dato Seri NAJIB telah membuat satu "transformasi" cukup besar dalam semua aspek dan ini sepatutnya menjadi satu kayu ukur yang harus dilihat oleh para pengundi dan bukannya melihat kepada janji dan impian yang tidak dicerminkan oleh pemimpin dan " perkahwinan kontrat " parti-parti Pakatan Rakyat. Mereka berkonfliks lebih awal sebelum PRU13 . PERSOALANNYA BOLEHKAH PENGUNDI-PENGUNDI PRU13 MENJADI SEPERTI PENGUNDI PILIHANRAYA PRESIDEN 2012 DI AMERIKA SYARIKAT IAITU MEMILIH BERDASARKAN REKOD PERKHIDMATAN DAN SIAPA YANG MEREKA LEBIH YAKINI? 

KITA patut FIKIR dan renungkan realiti, jangan korbankan kesejahteraan dan kenikmatan yang kita kecapi sejak merdeka dari hasil usaha yang dilakukan oleh semua Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Perikatan dulunya dan Barisan Nasional pada masa sekarang. JANGAN PERJUDIKAN KEAMANAN, PERPADUAN, KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN YANG DIREDAI OLEH ALLAH SWT KERANA SEMATA-MATA FORMULA UNTUK MENCUBA DAN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SATU PAKATAN YANG TELAH TERBUKTI TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN SEBAIK KERAJAAN BN YANG MENJADI KERAJAAN SEJAK MERDEKA LAGI.

Rujukan : Sumber

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif