Isnin, 4 Mac 2013

Harakah Buat Lawak : "Ha...Ha.. Ha.."


Setelah penglibatan Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dibabitkan dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu Sabah oleh pihak perisikan Filipina serta media antarabangsa, penyokong-penyokong Pakatan mula menyebarkan fitnah kononnya Najib Razak mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Sulu. Sekeping gambar telah disebarkan didalam blog-blog pro Pakatan yang menunjukkan Najib duduk bersama seorang lelaki yang mereka dakwa sebagi Jamalul Kiram III. 

Mereka juga mendakwa bahawa gambar tersebut membuktikan yang Najib terbabit didalam insiden pencerobohan di Sabah untuk menangguhkan Pilihanraya Umum ke13. Malangnya, setelah diteliti, gambar lelaki yang duduk bergambar dengan Najib tersebut bukanlah Sultan Sulu, Jamalul Kiram III. Tetapi lelaki berkenaan merupakan Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF) iaitu Al Haj Murad. 

Gambar tersebut diambil ketika Najib dan Malaysia menjadi orang tengah mendamaikan pertelingkahan diantara BangsaMoro dan juga kerajaan Filipina pada 16 Oktober 2012. 

Ini sekaligus menunjukkan bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat kini amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan fitnah bagi mengelak dikaitkan dengan kemasukan penceroboh Sulu di Lahad Datu. Walau bagai manapun, tak mungkin pihak perisik Filipina dan juga media antarabangsa bodoh dan mampu diupah oleh Umno bagi mendedahkan kegiatan jahat Anwar di luar negara. 

Jika benarlah Anwar merasakan dirinya difitnah didalam isu di Sabah ini, sila saman pihak media asing dan juga perisikan Filipina sendiri. Apa gunanya melalut dan meraban mahu saman Utusan dan juga TV3? Adakah Anwar sengaja mahu menutup mulut pihak media didalam negara ini supaya kejahatannya diluar negara tidak disebarkan kepada pengetahuan rakyat? 


Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)