Isnin, 25 Mac 2013

Lebuhraya Bentong Kota Bahru Harapan Rakyat Kelantan


Tamingsari bukan orang Kelantan tapi Tamingsari dapat merasakan bagaimana perasaan mereka. Kerap ke Kelantan menyebabkan Tamingsari terfikir memang ada kekejaman kerajaan BN lakukan kepada rakyat Kelantan.

Seperti yang kita sedia maklum, anak Kelantan bukan sedikit yang bekerja di luar negeri itu malahan di Kuala Lumpur sendiri begitu ramai anak negeri itu bekerja samaada di sektor awam atau swasta. Biar setinggi mana mereka mendaki di negeri orang sifat "set kito" memang sudah menjadi lumrah mereka. Sehebat mana pn mereka, mereka tetap akan pulang jua ke kampung halaman mereka.

Apa yang menyedihkan disini adalah sistem perhubungan ke negeri itu yang masih ditakuk lama. Perhubungan melalui keretapi juga perlukan pembaharuan. Akses melalui udara saja tampak maju kerana tiga syarikat penerbangan komited menghubungkan kuala lumpur dengan Kota Bharu.

Kenapa menganaktirikan Kelantan hanya kerana alasan politik? Bila agaknya akses ke Kelantan melalui lebuhraya akan dibuat? Kos pembinaan lebuhraya makin lama makin tinggi. Adakah kita mahu melihat bahawa Kelantan tidak akan ada akses lebuhraya sampai bila2 sekalipun BN sudah memerintah Kelantan? Pernah diceritakan oleh seseorang dalam JKR Pahang bahawa MB Pahang Ds Adnan pernah berkata tiada gunanya lebuhraya Bentong Merapoh kerana yang akan mengunanya pasti orang Kelantan. Bijak kah kenyataan ini?

PRU 13 ini pendekatan memdahulukan rakyat perlu lebih diutamakan. Biar apa pun keputusan rakyat Kelantan akses lebuhraya perlu juga dibuat kerana ia adalah asas mobiliti ekonomi kelantan secara khususnya dan Malaysia amnya.

Dalam membuat keputusan ekonomi memang perlukan perancangan tepat jadi ambillah agenda ini demi kemajuan ekonomi negara tanpa kita terlalu terikut2 fahaman assobiyah politik. Sudah tiba masanya akses itu diwujudkan.

Pastiya rakyat Kelantan mengimpikan lebuhraya dari Bentong ke Raub Ke Lipis ke Merapoh Ke Gua Musang Ke Kuala Krai Ke Machang/Pasir Puteh ke Kota Bharu. Setahu Tamingsari rakyat Kelantan adalah mereka yang tahu menghargai. Mereka tahu hanya BN sahaja boleh merealitikan impian ini kerana sudah 23 tahun PAS yang memerintah sistem air pun gagal mereka bina.

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seorang ayah bertanya, perlukah dia membuat tambahan 4 bilik tidur utk anak, menantu serta cucu dan tambah bilik air sedangkan anak-anak dia hanya balik pada hari raya Puasa dan Tahun Baru Cina sahaja? Itu pun hanya tiga hingga empat hari sahaja. Kemudian rumah kembali sunyi dan kosong tanpa anak2.

kawan2 saya balik kampung dan jalan jem serta mengalami kesesakan hanya lebih kurang 20 hari setahun dari 365 hari. Kemudian jalan2 itu kosong 345 malah binatang liar boleh melepak atas jalan tersebut.

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif