Ahad, 31 Mac 2013

Lim Kit Siang Dihantui Aura Tun M


Bayang-bayang Tun Dr. Mahathir terus memburu Lim Kit Siang Penasihat DAP seperti Lee Kuan Yew menungganginya dengan Malaysian Malaysia sepanjang masa. Dalam gementar phobianya dengan Mahathir, beliau telah terlupa Mahathirnism yang dikutuknya telah menyelamatkan ekonomi Cina di Malaysia apabila diserang oleh penyangak mata wang George Soros yang mengepalai IMF dan memilih untuk diketuai oleh Anwar Ibrahim yang jika teori penyelamat ekonominya tidak dipatahkan oleh Mahathir, maka Lim Kit Siang juga akan turut bangsat bersama-samaTaukeh Cina dan chauvinis Cina lainnya atau telah lari dari negara ini untuk mencari padang yang lebih hijau seperti yang pernah dilakukan oleh rakan-rakan seketurunannya selepas 13 Mei. 

Lim Kit Siang terlalai dalam kendongan Anwar dan melalaikan masyarakat Cina dengan lagu refromasi yang diimport oleh Anwar Ibrahim dari Indonesia yang persamaannya dengan Konfrantasi telah dilindungi oleh Globalisasi. Terserahlan kepada mayarakat Cina untuk mereka menjadi rakyat tampa wakil yang berkesan dalam pemerintahan atau untuk menjadi kelas ketiga dalam pemerntahan negara Malaysia yang menjanjikan masa depan yang pastinya stabil dan cerah di bawah pemerintahan BN yang berpengalaman. 

Di bawah ini adalah ucapan Lim Kit Siang di Johor yang menampakkan betapa Mahathirnisme terus memburunya dan prejudisnya kepada kuasa Melayu dengan mencemarkan Timbalan Perdana Menteri Muhyuddin sebagai pro Melayu akan gantikan Najib selepas pilihan raya kerana Najib tidak disukai Mahathir. Kita jangan lupa bahawa Lee Kuan Yew telah menuduh Mahathir sebagai Ultra Melayu, tetapi Mahathirlah yang telah menyelamatkan Cina dari menjadi bangsat di negara ini dalam krisis kewangan dunia. Sekarang Lim Kita Sianglah yang sedang berusaha untuk membangsatkan bangsanya sendiri dalam negara yang makmur ini. 

Terserahlah kepada orang Cina untuk membuat pilihan. Bagi orang Melayu dan Cina yang miskin, di sinilah tanah tumpah darah mereka, tetapi tidak kepada Lim Kit Siang dan rakan-rakan yang sealiran dengannya yang berpura-pura miskin, tetapi lebih kaya dari kebanyakan orang Melayu.. 

JIKA NAJIB TIDAK MENANG LEBIH BAIK, SILA UNDUR DIRI. 

Terjemahan ucapan Lim Kit Siang di Johor dipetik dari Akhbar Cina Press 27 Mac 2013: 26hb Mac: Johor Bahru, 

Ketua Pembangkang DAP di Parlimen, Lim Kit Siang berkata, bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir mahu ambil kesempatan PRU ini untuk tumbangkan Najib, sekali lagi mahu memerintah, Lim Kit Siang anggap lebih baik jika dapat UBAH kerajaan, barulah dapat “Halang Mahathirnism,” yang mahu hidup kembali. Kit Siang: “Mahathirnism mahu hidup kembali, isu ini boleh didengar semasa Mahathir bercakap secara terbuka, jika Najib pada PRU akan datang ini tidak menang lebih baik daripada PRU 2008, ataupun akan menjejaki nasib sama seperti bekas perdana menteri Pak Lah, sila undur diri digantikan dengan orang lain.” 

Kit Siang berkata, jika Najib undurkan diri, yang layak menyandang jawatan perdana menteri sudah tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun Mahathir, apabila Najib terima ancaman seperti ini, pastinya beliau rasa serba salah, maka terpaksa UBAH kerajaan, barulah “Mahathirnism” tidak hidup kembali. Beranikan diri UBAH kerajaan Malam semalam Lim Kit Siang di kawasan Kampung Batu Kangkar, Pulai semasa merasmikan Bilik Gerakan Peti Undi P162 Gelang Patah berkata demikian. 

Beliau berkata, Najib lancarkan politik konsep 1Malaysia, mengatakan orang Malaysia diutamakan, kaum dan agama nombor dua, sebaliknya timbalan perdana menteri Najib, iaitu Muyiddin Yassin terima satu tamparan hebat, di mana Muhyiddin Yassin berkata orang Melayu diutamakan. Jika benar Najib lepaskan jawatan, adakah rakyat Malaysia sanggup lihat Muhyiddin menjadi perdana menteri? Ataupun semasa beliau memerintah, akan berlaku banyak penyelewengan dan Mahahtir akan campur tangan dalam pentadbiran, ini semuanya yang semua orang tidak mahu melihatnya. 

Kit Siang: “jika dibiarkan Mahathirnism kembali semula, kenapa tidak berikan sahaja peluang 5 tahun kepada Pakatan Rakyat, beranikan diri UBAH kerajaan, supaya rakyat di negara ini ada harapan.” Kit Siang berkata, sebagai seorang pemimpin, sepatutnya persepsi rakyat terhadap Najib, adalah seorang pemimpin yang kuat dan berwibawa, berani dan tegas, sebaliknya Najib melengah-lengahkan pembubaran Parlimen, ini maknanya beliau bersikap “Kiasu” (pengecut) dan “Kiasi” (takut mati), ia juga mambawa maksud beliau tidak layak jadi pemimpin. 

Terjemahan: Sulaiman Koh Abdullah 

Oleh : Zainuddin Maidin

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)