Khamis, 14 Mac 2013

PAS : Luar Pakai Minyak Atar, Dalam Selaputi Najis Busuk


Ada sejenis penyakit tanaman yang masih belum diketemukan penawarnya. Penyakit itu dinamakan “panama” dan kesannya akan menyebabkan pokok akan mati perlahan-lahan seperti orang terkena AIDS/HIV.Penyakit dari dalam ini akan melemahkan sistem pertahanan badan sehingga tidak mampu berlawan dengan virus penyakit yang lain walaupun virus itu adalah virus biasa yang paling lemah. Memahami pola kelemahan imuniti dari dalam dan serangan virus seterusnya menjadikan sesebuah organisasi juga mengalami keadaan yang sama sebagaimana mereka dijangkiti HIV/AIDS. 

Puncanya ialah kerana organisasi itu sendiri tidak waspada, yakni tidak mengenali dengan jelas peranan gabungannya ketika bersama. PAS sekarang sedang dilanda wabak HIV/AIDS yang boleh membawa kehancurannya kalau tidak hati-hati. Ia dianggap demikian berdasarkan keadaannya semakin lemah, walaupun sesekali kedengaran suara garau memberikan amaran tetapi ia hanyalah sekadar bercakap kerana seluruh urat darahnya sudah lemah. 

Darah PAS sudah dicemari virus permusuhan. Virus permusuhan itu berpunca daripada pengambilan ubat yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan sama ada secara klinikal mahupun farmaseutikal. Dari segi klinikal, ubat yang diambil dan digunakan secara meluas itu mengandungi dadah yang kuat sehingga boleh menaikkan emosi seseorang menjadi lebih cepat marah dan membuat kesimpulan tergesa-gesa. Ubat yang dimaksudkan itu ialah “air jampi” yang diformulasikan oleh Haji Hadi pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu dalam dos “kafir” jika orang Islam bersahabat atau berkawan dengan bukan Islam. 

Dos itu kemudiannya diperberatkan lagi dengan menambahkan beberapa milligram lagi sehingga mencapai ke tahap “jihad” di mana “halal membunuh”, dan “darah orang UMNO adalah darah orang kafir.” Seluruh urat saraf orang PAS mencapai kekejangan yang sukar diubati lagi. Dalam kehidupan masyarakat kampong berlaku pulau memulau dan seterusnya haram menghadiri kenduri orang UMNO. Kini, ubat tersebut diformulasikan kembali menerusi kaedah pembungkusan yang lebih menarik, menggunakan pembungkusan “undi PAS dapat pahala” dan perkataan “kafir” sudah digugurkan kerana cita-citanya ialah untuk menarik pelanggan yang lain, iaitu dalam kalangan bukan Islam. 

Sebelumnya, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang bersifat melampau kerana enggan berkawan dengan bukan Islam dan menafikan keislaman orang lain yang tidak berada dalam kelompok politiknya. Semuanya itu telah bertukar gara-gara menadah limpahan kemarahan sebahagian penyokong Anwar Ibrahim yang telah digugurkan sebagai Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sebelumnya, Anwar terkenal dengan kebenciannya terhadap PAS sehingga melabelkan parti itu sebagai “parti al-maki wal hamun” manakala pemimpinnya banyak mengkhianati Islam. Buruk dari dalam sebenarnya sudah berlaku sebelum Haji Hadi mengeluarkan fatwa kafir. 

Dos kafir telah pun dibangunkan oleh seorang pengusaha parti pada tahun 1964, tetapi ia tidak sampai ke peringkat “jihad” dan “halal darah orang UMNO.” Dos itulah juga menjadikan PAS terus kekal berkuasa di Kelantan sehinggalah berhenti pengilangannya pada tahun 1973 apabila parti itu menyertai BN. Penyertaan PAS dalam BN tidak disenangi oleh segelintir pengasas mereka termasuklah Amaludin Darus, seorang anggota bomba berasal dari Kedah dan beberapa orang lagi. Amaludin Darus keluar daripada PAS dan kemudiannya menulis beberapa buah buku termasuk buku bertajuk Kenapa Saya Tinggalkan PAS yang diterbitkan pada tahun 1977. 

Sebelum penggabungan dalam BN, PAS dipimpin oleh Datuk Asri bin Haji Muda. Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1964-1974 sebelumnya terbabit dengan usaha menyingkirkan Ishak Lotfi Omar. Ishak Lotfi memegang jawatan Menteri Besar selama lima tahun, iaitu dari tahun 1959 hingga 1964 sebaik sahaja PAS menang 28 daripada 30 kerusi DUN Kelantan dalam PRU 1 selepas merdeka. Pada tahun 1978, Ishak Lotfi meletakkan jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan setelah menjadi sasaran kritik akibat kalah dalam pilihan raya negeri 1978 di tangan BN. 

Tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Nik Aziz Nik Mat pada tahun 1982 dan dalam tempoh peralihan, ianya disandang oleh Haji Muhamad Amin Yaakub. Kumpulan Nik Aziz melobi jawatan itu termasuk ketika Muktamar PAS ke-28 pada tahun 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga menyaksikan desakan terhadap Asri untuk meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertua PAS. Kumpulan Nik Aziz menggunakan pencapaian terburuk PAS dalam tahun 1978 dan 1982 untuk menyerang Asri dan beliau dikatakan turut terbabit dalam usaha menyingkirkan Datuk Haji Muhamad Nasir pada tahun 1977, kerana menganggap Menteri Besar yang dipilih itu lemah dan mengikut telunjuk UMNO. 

Asri ketika itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Kumpulan yang menentang Haji Muhamad Nasir akhirnya mengemukakan undi tidak percaya ke atas Menteri Besar dan menyebabkan kumpulan Haji Muhamad Nasir menyerang balas permainan politik kumpulan Asri dengan mendedahkan amalan kronisme dan konsesi balak di Hulu Kelantan. Tindak balas itu menyebabkan keadaan politik Kelantan menjadi huru-hara sehinggalah satu perintah darurat telah dilaksanakan. Dalam masa pemerintahan MAGERAN itulah pemimpin PAS mula mencatuskan politik kepuakan sehingga menjadikan parti itu berpecah-belah. 

Haji Muhamad Nasir kemudiannya menubuhkan Berjasa dan bertanding pada pilihan raya negeri 1978. Meskipun beliau tewas, Haji Muhamad Nasir dilantik sebagai senator dan dilantik sebagai Menteri Kabinet. Ekoran pergeseran politik dalam PAS itu juga menyebabkan kedudukan parti itu dalam BN berakhir pada tahun 1977 walaupun UMNO menganggap ia adalah masalah dalaman. Ketika berada di peringkat pusat, Asri dilaporkan tidak menghormati keputusan bersama tetapi lebih ghairah berkempen di kawasan-kawasan FELDA agar menubuh dan menyokong PAS. 

Pemecatan itu adalah kerana pelangaran PAS terhadap kesepakatan BN. Ini dijelaskan oleh Tun Hussein Onn dalam ucapannya pada tahun 1977. “Sesungguhnya UMNO telah membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum. 

“…Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok. Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. 

Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional. “UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. 

Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu. “UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS. “Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. 

Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. “Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. 

Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.” Petikan ucapan itu dengan jelasnya boleh menjawab dakwaan Nik Aziz bahawa punca PAS keluar daripada BN ialah kerana telah ditipu oleh UMNO. Sebagaimana dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir, UMNO tidak pernah menipu PAS semasa berada dalam BN, tetapi PAS sendiri yang tidak menghormati prinsip kesepakatan dalam BN. Maknanya, dakwaan seorang lagi pemimpin PAS juga tidak benar walaupun beliau berhasrat membantu memberikan penjelasan kepada Tun Dr Mahathir. 

Analisis mengenai punca PAS dipecat telah dilakukan oleh Juhaidi Yean Abdullah dalam rencana bertajuk Krisis dalaman, kerakusan punca rakyat tolak PAS, Berita Harian, 22 Februari 2013. Rencana Juhaidi itu memberikan rumusan, pemecatan PAS sebenarnya disebabkan “…mula buruk dari dalam”, dan “menipu dan mengkhiati BN.” Kemuncak pengkhianatan PAS ialah penubuhan “cawangan di Sri Gading, Johor yakni kawasan Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn, yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN.”

Sebenarnya, PAS telah belot dan menikam dari belakang. Kalau orang seperti ini dibiarkan, ia akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan, maka penyingkirkan PAS adalah jalan terbaik daripada membiarkan “musuh dalam selimut”! PAS gagal menangani masalah dalaman di mana kumpulan yang menyokong Nik Aziz semakin besar berbanding kumpulan yang bersetuju dengan kepimpinan Asri. 

Maknya, Nik Aziz turut memainkan peranan untuk menghancurkan kedudukan Asri dan menyingkirkan Muhamad Nasir. Nik Aziz juga dikatakan terbabit dengan usahanya untuk menyingkirkan Asri kerana orang yang pernah membawanya masuk PAS dan memberikan peluang bertanding dalam PRK 1964 itu perlu disingkirkan. Kumpulan beliau jugalah yang menjadi pendesak untuk singkirkan Asri dengan pelbagai isu termasuk mementingkan keluarga dalam pembahagian projek dan aktiviti ekonomi. 

Paling memalukan ialah bila Nik Aziz menipu kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa UMNO telah menipu PAS, dan kerana itulah PAS teramat serik untuk bersama UMNO dalam BN kali kedua. Pada tahun 2009, ada usaha penyatuan dirintis berdasarkan keputusan pucuk pimpinan yang kemudiannya dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS (Haji Hadi dan Nasharudin Mat Isa). Perundingan itu kemudiannya diketahui oleh Nik Aziz dan beliau dengan tegasnya menentangnya dengan berkata, sayalah nakhoda dan beliau jugalah yang telah menjaga, membajai dan menyiram PAS sehingga kini, termasuk selepas PAS berhadapan dengan perpecahan hebat pada tahun 1977 dan 1983. 

Tahun 1977, Muhamad Nasir menubuhkan BERJASA manakala pada tahun 1983, Asri menubuhkan HAMIM.BERJASA dan HAMIM menjadi serpihan PAS manakala PAS merupakan serpihan daripada UMNO. Kebusukan PAS terus berlaku apabila berlakunya percantuman dengan PKR dan DAP sehingga menukarkan arah tuju parti itu bersifat sekular setelah menukarkan konsep “negara Islam” kepada “negara berkebajikan.” Kesan perubahan itu menjadikan ramai pemimpin PAS mula khuatir mengenai masa depan parti dan apabila mereka bersuara mengkritik keputusan pucuk pimpinan, berlakulah pemecatan bermula dari Datuk Dr Hasan Ali dan seterusnya pemecatan Nasharudin Mat Isa dalam jawatankuasa Majlis Syura Ulama pada pertengahan Februari lalu. 

Pemecatan Hasan Ali menyebabkan PAS mengalami krisis keyakinan. Ia bertambah besar apabila Nik Aziz terus mengkritik reaksi Nasharudin terhadap pemecatannya dalam Majlis Syura Ulama. Nik Aziz yang turut memainkan peranan utama pemecatan tersebut, kini semakin tidak dipercayai oleh penyokong PAS. Tambah menyulitkan ialah sikap dan pendirian Mursyidul Am PAS untuk mempertahankan kepentingan DAP dan PKR yang dilihat sebagai nanah dan barah dalam perjuangan Islam. Anwar yang mempelopori Islam Liberal dan Pluralisme agama telah mempengaruhi gaya kepimpinan PAS dari dalam sehingga ada desakan agar PAS meninggalkan pakatan pembangkang. 

Bagaimanapun, Haji Hadi dan Nik Aziz tidak bersetuju dengan desakan itu, kini Nik Aziz didesak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Kesannya, walaupun Haji Hadi pernah memberikan amaran akan keluar pakatan pembangkang bila-bila masa jika keadaan terdesak, ia hanyalah suatu penipuan kerana PAS sebenarnya tidak mempunyai keberanian dan kesungguhan untuk meninggalkannya. Busuk PAS dari dalam itu tidak mudah untuk disembuhkan selagi “busuknya” tidak dibuang, termasuk membangkitkan usul tidak percaya kepada Presiden dan Mursyidul Am PAS sendiri. 

Barisan kepimpinan PAS pusat sebenarnya perlu digantikan kesemuanya, kalau PAS ingin dilihat bersih dan tidak lagi busuk dari dalam. Selagi busuk dari dalam itu tidak dapat disingkirkan, harapan PAS untuk menang besar PRU 13 hanyalah angan-angan yang tidak akan menjadi kenyataan. Semakin ramai golongan muda yang merupakan kumpulan berpengaruh dan pernah memberikan kemenangan kepada pakatan pembangkang dalam PRU 12 dijangka akan beralih arah kepada BN dalam PRU 13. Kebimbangan itulah sebenarnya Nik Aziz sifatkan BR1M sebagai “haiwan” manakala Haji Hadi pula sebagai “beri ikan” dan tindakan yang bodoh. 

Ulama ada dalam PAS, dari Nik Aziz hinggalah Haji Hadi dan Azizan sudah jelas cakap mereka sudah tidak diendahkan lagi. Meskipun nampak bersatu di peringkat atasan, dari dalamnya terus berkecamuk dan bertentangan sesama sendiri. Ia bakal menyebabkan PAS hancur dengan sendirinya, kerana PAS bukanlah sebuah parti yang berjuang atas nama Islam dan meletakkan perpaduan sebagai asas politik. PAS hanya mahukan kuasa, kerana kuasa itulah yang membolehkan parti itu membolot apa sahaja kelebihan material, termasuk membina kekayaan peribadi. 

Ini sudah dilakukan oleh PAS sebagaimana pada zaman Asri telah muncul kelompok orang kaya baharu, yang mampu membina rumah besar dan bekereta mewah. Rakyat dibiarkan hidup miskin kerana kemiskinan itulah sebenarnya kekuatan yang boleh digenggam oleh PAS untuk meneruskan kuasa politiknya. PAS sebenarnya sedang bertarung dengan viru AIDS/HIV. Itulah semakin hari kekuatan ideologi perjuangannya semakin menurun dan lemah. Selagi dipimpin oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Mustapha Ali yang sudah terlarut dalam Anwarinas, selagi itulah tidak berani memperkatakan hak dan kebenaran. 

PAS sedang menterjemahkan virus itu dan penularannya kalaupun belum sampai ke tahap AIDS, ia sudah memasuki fasa kekurangan antibodi.

Rujukan : Sumber 

PAS bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif