Rabu, 13 Mac 2013

Politik Haiwan Pembangkang Malaysia


Sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya memang aneh. Perang 24 jam. Tidak kira hujan, panas, petir, mendung, taufan, kemarau atau gempa bumi sekali pun, tetap mahu berperang. Itulah akibatnya kalau sudah mabuk kuasa. Bayangkan, ketika negara sedang cemas diserang gerila bersenjata Sulu di Lahad Datu, Sabah, Anwar dan konco-konconya terus menyerang UMNO, BN dan kerajaan. Semuanya tentang PRU 13 dan Putrajaya. Apa ini? 

Tidak pekakah mereka kepada sensitiviti masyarakat?Sebagai contoh, baru-baru ini `Sultan Sulu’, Jamalul Kiram III mengumumkan pihaknya bersedia untuk mengangkat senjata menamatkan serangan gerila itu. Jamalul Kiram III juga mahukan pasukan keselamatan dan kerajaan Malaysia mengambil langkah yang sama. Kerajaan Malaysia sedia menerima tawaran tersebut, tetapi dengan syarat tentera gerila penceroboh itu menyerah diri dahulu. Ertinya dua-dua pihak sedia untuk menamatkan pertikaian tersebut dengan aman, tetapi bersyarat (di pihak Malaysia). 

Kedaulatan negara menjadi prioriti. Dalam menghadapi situasi genting ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan ramai lagi pemimpin politik BN, berkampung di Sabah. Mereka bertemu dengan anggota keselamatan serta keluarga wira-wira yang cedera dan gugur. Mereka tampil ke depan demi rakyat dan negara. Semua fikiran ditumpu kepada bagaimana hendak menamatkan perselisihan, bagaimana hendak membantu masyarakat kampung yang teraniaya, menampung bekalan makanan yang tidak mencukupi, menguatkan kawalan keselamatan di pantai Sabah dan sebagainya. Semuanya tentang negara dan rakyat. Bukan untuk politik. Bukan tentang Pilihan Raya Umum (PRU) 13. Pada ketika ini, Perdana Menteri, Hishamuddin, Zahid dan para pemimpin BN lain sedang melaksanakan `gencatan senjata politik’. 

Tiada masa hendak berkempen politik. Masa yang ada sebaliknya ditumpukan kepada memikir serta melaksanakan langkah-langkah keselamatan rakyat. Tapi Anwar dan konco-konconya lain. Anwar terus berkempen memburuk-burukkan UMNO dan BN. Beliau sibuk menghebahkan perang saraf kononnya Pakatan Rakyat (PR) akan memenangi PRU ke-13 nanti dengan majoriti sekurang-kurangnya 10 kerusi. Anwar juga berkempen ke sana ke mari menaiki bas mewah bersama para pemimpin PR ke seluruh negara. 

Tidak perlu disebutkan apa yang Anwar dan sahabat-sahabatnya kempenkan, kita semua tahu. Ada yang konon mengatakan kerajaan Malaysia lembap. Ada yang menuduh kerajaan Malaysia salah strategi. Ada yang mengutuk BRIM. Kutuk Felda. Mengejek isteri Perdana Menteri. Menohmah kerajaan takut adakan pilihanraya sebab banyak sangat isu. Sebab takut kalah. Mereka sebenarnya hanya mahu mencari keburukan, bukan bersatu menutup kelemahan atau kekurangan yang ada. Mereka mahu tunjuk pandai, sedangkan mereka hanya pandai kritik. Mereka berlagak macam Jeneral berani mati, tapi hendak turun ke medan perang pun mereka takut. 

Tidak sedarkah Anwar dan pembangkang, rakyat sudah muak dengan mereka. Sebab itu ceramah mereka tiada orang datang. Tapi apabila rakyat marah dan menentang kempen politik sumpah seranah PR, mereka kata semua itu samseng BN. Samseng BN sengaja buat kacau sebab takutkan kemaraan mereka. Ceh! Semua ini tidak masuk akal. Anwar dan para pemimpin PR sepatutnya sekarang ini menggunakan akal yang matang. Hentikanlah perang politik. Laksanakan `gencatan senjata.’ Kemudian, pergilah ke Sabah dan berhimpunlah dengan para pemimpin BN serta pasukan keselamatan, untuk memberi sokongan moral kepada mereka. Duduklah semeja untuk mencari jalan bagaimana hendak ditamatkan perseteruan itu. Ambillah ketetapan bersama mengecam pencerobohan tersebut. 

Tunjukkan bulatnya semangat patriotik anda, agar pihak luar tahu akan kekuatan politik kita. Tunjukkan bahawa pembangkang tetap tahu membezakan antara politik dan patriotik. Barulah rakyat hormat kepada mereka. Ini tidak, dalam pada kita berasa marah dan bimbang dengan keselamatan nyawa anggota keselamatan serta masyarakat awam Lahad Datu, Anwar dan sahabat-sahabatnya terus mengkritik kerajaan kiri dan kanan. Malah ada yang mengatakan ini semua sandiwara. Itu baru Lahad Datu yang diserang dan cuba ditawan. Bayangkan kalau Putrajaya. Agaknya kalau gerila ini menyerang Putrajaya, ada anggota PR yang ketawa dan kata `padan muka!’. 

Jangan pelik kalau ada antara mereka yang bersikap begitu, sebab memang mereka hendak lihat Putrajaya tumbang. Tindakan Anwar dan para pemimpin pembangkang sekarang ini membuatkan diri mereka seolah-olah gunting dalam lipatan. Menahan lukah di pergentingan. Mereka tidak suka yang jernih, tapi suka kalau semuanya keruh. Cukup-cukuplah Anwar, berhentilah sekejap daripada terus berpolitik. Sekarang bukan masa untuk bertelagah. Letakkan senjata anda dan angkat Jalur Gemilang bersama-sama kerajaan. Tunjukkanlah jiwa Malaysia, bukannya jiwa haiwan politik yang 24 jam politik, politik, politik. 


Wallahhu'alam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anwar memang celaka

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif