Ahad, 31 Mac 2013

Stadium Pas : Lor Ingatkan Dah Siap!

Keratan Akhbar Sinar Pada Tahun 2011. 
Orang Kelantan amat kenal Husam Musa yang hanya tahu berjanji.

Malas sebenarnya nak ulas soal janji dan mimpi PAS ini. Modus operandi mereka mudah. Janji, pecah tanah, salahkan UMNO, kutip derma, gagal bina, salah UMNO lagi, janji lagi, pecah tanah balik, kutip derma lagi, GAGAL BINA lagi. Stadium mimpi PAS yang pernah dicanang untuk dibina Mac 2012 dengan kos RM 500 juta. Disebalik berangan-angan peminat The Red Warriors dengan janji stadium baru, semalam 30 Mac 2013 majlis pecah tanah dilaksanakan PAS di Bukit Merbau mengembalikan nostalgia mereka untuk membina stadium yang sama. Kos pula dijimatkan ke RM237 Juta (Sumber Haramkahdaily). Menurut sumber kontraktor, berdasarkan bentuk muka bumi Bukit Merbau, kos yang dinyatakan PAS itu tidak lojik.

"Lor... baru nak pecah tanah... ingatkan dah siap... Mac 2012 tu...." Kenapa dulu dijanjikan nak bina Mac 2012? Sebabnya ura-ura hangat mengatakan PRU 13 akan dilaksanakan pada Mac 2012. Namun hari ini dah Mac 2013, untuk elak rakyat Kelantan lupa kepada janji mereka maka gimik ini dilaksana.

Itu sahajalah kerja puak pemerintah paling celaka sekali ini. Selepas 23 tahun mengaut hasil bumi Kelantan kenapa sekarang nak pilihanraya 13 baru nak bina stadium? Bukankah munafiknya mereka kerana di dalam Majlis Pecah Tanah NAK bina stadium tersebut UMNO juga disalahkan kononnya gagal tunai janji untuk bina stadium di Kelantan. Apa lah sial punya PAS. Mereka dah perintah Kelantan lama, mengapa tidak diperuntukan dalam bajet negeri untuk bina stadium setiap tahun? 

Sepi.....Plat tandatangan NikAziz majlis pecah
tanah lebuhraya turut ditanggalkan.
Gimik politik kotor PAS memang sudah lama dihidu. Busuknya hati puak mereka memang tidak dapat ditutup lagi. Pembinaan stadium sinonim dengan naiknya minat rakyat Kelantan terutama golongan muda kepada bola sepak selepas pasukan negeri itu membaiki prestasi sehingga berjaya dalam Liga Super Malaysia. Jadi untuk mengambil kesempatan itu, PAS sengaja membuat propaganda murahan dan mahu menjadi juara dalam hal ini. Hakikatnya PAS hanya mahu membina batu asas, yang lain tidak ada dalam perancangan mereka. 

Seperti gembar gembur mereka untuk bina lebuhraya rakyat dengan tajaan penuh dari rakyat Kelantan melalui sumbangan tabung. Hari ini, cerita lebuhraya hanya tinggal janji kosong dan jumlah duit di dalam tabung tidak pernah dihebahkan. PAS memang awal-awal lagi mengambil jalan selamat dengan memanipulasi hukum Islam apabila mengishtiharkan bahawa derma lebuh raya adalah wakaf. Jika diwakafkan tidak wajib dituntut janjinya. Tapi Allah empunya Islam Maha Mengetahui. Jawablah Husam dan Nik Aziz di akhirat nanti atas tipu helah mereka kepada rakyat. 

Pesanan : Kerajaan BN dalam 7 janji mereka, jika Kelantan memberi mandat kepada BN selepas PRU13 maka stadium dan lebuhraya akan dibina. (Untuk rekod, janji BN lebih boleh dipercayai berbanding PAS)

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)