Isnin, 29 April 2013

Haram Jatuhkan Kerajaan Islam Kelantan - Zahzan dan Azhar Idrus

TIADA Modal. Tiada isu.



Itulah yang melanda PAS Kelantan sekarang untuk mengekalkan mereka memerintah Kelantan bagi penggal seterusnya. Ini menyebabkan Nik Ajis bersama kuncu-kuncunya makin panas pungung. Kemewahan meratah hasil negeri buat diri sendiri, keluarga dan kroni bakal berakhir. Kuasa yang dimiliki mereka akan hilang selepas 5 Mei ini. 

Jadi dengan sisa sebuah perjuangan sesat, PAS masih mahu menunjukkan bahawa merekalah paling Islam dari orang lain. Maka mereka sanggup mencari fatwa songsang Ostaz penjilat mereka kononnya "masuk neraka jika menumbangkan kerajaan Islam PAS Kelantan". Antara Ostaz penjilat itu adalah Azhar Idrus dan Zahzan.  Maka dicetaklah fatwa songsang itu dan dibantingkan ke seluruh negeri Kelantan. PAS yakin dengan memancing fatwa itu maka mereka akan kekal kerana orang Kelantan yakin PAS lah pemegang kunci syurga dan neraka. 

Namun hakikat sebenarnya, selama 23 tahun di Kelantan, ternyata PAS gagal memerintah dengan sebaik-baiknya. Jauh sekali apa yang disarankan oleh Islam. Mungkin Ostaz penjilat buta dengan serban Nik Ajis sehingga tidak nampak apa yang berlaku di Kelantan sebenar-benarnya. Kezaliman PAS yang gagal menyediakan kemudahan air bersih dan terawat sudah cukup menafsirkan PAS gagal ikut ajaran Islam. Selama ini orang Kelantan menjalankan tugas harian mengunakan air yang ditanggung halal oleh kerajaan Nik Ajis. Jika selama ini air itu tidak suci, maka menjawablah Nik Ajis menangung dosa orang-orang Kelantan. 

Selain air, banyak lagi kezaliman PAS Kelantan. Merampas tanah orang memang menjadi budaya mereka. Tanah yang diteroka diambil mereka sesuka hati dengan alasan tanah itu bukan milik peribadi peneroka kerana tiada geran. Hakikatnya PAS sendiri membirokrasikan pemilikan geran tanah sehingga ada peneroka beberapa kali ke pejabat tanah melayan kerenah pegawai pejabat tanah semata mahu memiliki geran. Apa sahaja kehendak mereka dibuat namun geran yang pernah dijanjikan masih gagal mereka beri dan tunaikan.

Dalam bab menyediakan kemudahan memang mereka gagal tapi kalau bab merampas, menyaman dan menyita merekalah juara. Mereka tidak peduli yang disita itu boleh makan ke tidak, tutup periuk nasi ke tidak asalkan tak masuk ke ke kantung kerajaan PAS tindakan tetap dilaksana. Tiada alternatif dan tiada pilihan. Maka rakyat ditindas semahunya meraka. Tidak hairanlah Tok Batin orang asli Gua Musang pernah mengelar kerajaan PAS Kelantan zalimnya setanding Israel.

PAS memang pemerintah yang gagal. Dalam bidang ekonomi, PAS gagal mewujudkan peluang ekonomi untuk rakyatnya. Bukan salah sesiapa ataupun kerajaan pusat tetapi PAS sendiri gagal menyediakan infrastruktur asas di Kelantan menyebabkan tidak ada pelabur yang berani melabur disana. Mereka gagal menyediakn insetif menarik malah kemudahan lojistik dan jalan juga amat mundur. Melabur di Kelantan hanya menyebabkan penambahan kos operasi industri. Jadi peluang ekonomi di Kelantan amat terhad. Maka berduyunlah anak Kelantan merantau mencari rezeki. 

Mungkin Zahzan dan Azhar Idrus lupa, bahawa kerajaan Islam yang patut dipertahankan adalah kerajaan pusat yang diterajui BN. Dengan adanya BN memerintah maka syiar Islam makin mekar. Pemimpin Islam negara luar termasuk Imam masjid Madinah sendiri amat kagum dengan keIslaman negara Malaysia. Mereka bukan datang ke Malaysia dan melihat Kelantan sebagai contoh negeri Islam tetapi mereka datang melihat masjid di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Mereka melihat bagaimana ia diimarahkan. Bagaikan ia dihiaskan dengan begitu indah bermakna kerajaan cakna menjadi masjid sungguh selesa untuk jemaah Islam. 

Mereka juga bangga dengan Putrajaya sebagai sebuah pusat petadbiran kerajaan BN yang mana bangunannya bertemakan binaan Islam. Malah mereka juga melihat bahawa di dalam sistem pentadbiran kerajaan BN jelas ianya amat mesra Islam. Maka tidak hairanlah mereka mahu belajar dari Malaysia bukannya dari orang-orang PAS tetapi dari pemimpin BN. 

Zahzan dan Azhar Idrus bukalah mata anda.

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia kata kerajaan Islam, bukan kerajaan PAS sebab pas dah gugur negara Islam dan ganti negara kebajikan.

Tanpa Nama berkata...

Harus faham, di dalam Islam tidak ada pembangkang, sila lihat penerangan Ustaz Rasul Dahri mengenai issue yang sewaktu dengannya. Dengarlah penerangan Ustaz2 bertauliah.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,aku dulu amat berminat dengar ceramah Ust.Zahazan tapi sejak aku tahu dia ni ada mirip kepada syiah,aku tak hormat dia lagi.

Tanpa Nama berkata...

Betul...deme kata syiah masih tak terkeluar dari aqidah Islam ni...

Tanpa Nama berkata...

ingat DAP ingatlah PAP. Apa melayu dan Islam singapura dapat???

Perlembagaan Malaysia - Islam agama Persekutuan. Tak perlu PASpun yang kini hanya berjuang utk Negara kebajikan itupun gagal kot???

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)