Ahad, 7 April 2013

Janji BN Buat Rakyat Malaysia Wajib Diyakini


Kenapa perlu memotong atau menebang pokok yang sedia rimbun di tengah padang pasir yang maha luas.  Disitulah kita bernaung hampir 54 tahun sejak ia ditanam. Dengan buahnya yang ranum selama ini itulah menjadi santapan rezeki kita setiap hari. Sehingga ke hari ini juga buahnya masih boleh dimakan oleh semua mereka yang berteduh dibawahnya. Dibawah pokok itu jugalah sudah banyak nikmat yang kita kecapi dan ia sedia berkhidmat untuk anak generasi kita.

Mengapa hanya kerana pokok itu masih membenarkan cahaya matahari menembusi setiap celahan daunnya maka kita mahu menumbangkan pokok itu dan menyemai benih pokok baru yang tidak kita ketahui samaada akan tumbuh merimbun atau ia hanya benih kaktus yang tidak mempunyai daun untuk berteduh serta bisa durinya akan meracuni kita hanya kerana kita mahu mengambil air yang disimpan di dalamnya. Tidak perlu kita bereksperimen kerana empat pokok kaktus itu telah kita semai pada tahun PRU 12 dulu. Bukan sahaja rakyat tidak mampu berteduh dibawahnya malah air di dalam kaktus itu juga tidak setitik pun dirasai nikmatnya oleh penanam asal pokok kaktus itu. Apa yang didapati mereka hanya bisa-bisa duri yang menyakitkan.

Sudah menjadi adat dan lumrah, tiada yang sempurna di dunia ini. Pokok yang merimbun pasti akan mengugurkan daun-daunnya yang kering. Jadi menjadi tanggungjawab kita yang bernaung membajai pokok itu dengan jasa bakti kita agar ia terus merimbun dengan subur dan sihat. Jangan perjudikan masa kita menanam pokok baru dari benih yang tidak ketahui asalnya. Mahu menunggu ia membesar pasti akan mengambil masa yang panjang.

..................................................

Itulah perumpamaan yang Tamingsari boleh simpulkan dalam coretan mengenai pasca pembentangan Janji BN buat rakyat Malaysia yang diadakan oleh Pengerusi BN semalam di Stadium Tertutup Bukit Jalil. Tamingsari amat tertarik dengan kata-kata YAB Pengerusi untuk tidak mahu menamakan buku manifesto itu sebagai manifesto tetapi sebagai Janji BN Buat Rakyat Malaysia. Ini kerana Pakatan Rakyat telah mencemarkan definisi manifesto itu sendiri kerana menganggap ia bukan satu janji dan tidak wajib ditunaikan walaupun sudah memenangi pilihanraya.

Dek kerana itu mereka gagal menunaikan manifesto mereka di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan walaupun menang di negeri tersebut pada PRU 13. PAS di Kelantan lebih zalim kerana sudah 23 tahun mereka memerintah Kelantan, rakyat ditekan dengan cukai tanah yang tinggi, parking yang mahal, air berkarat dan tidak dirawat, tiada kemudahan saluran air disesetengah daerah dan kejahatan PAS paling nyata adalah Ladang Kroni PAS (Ladang Rakyat).

Pada Mac 2013 baru-baru ini mereka awal-awal lagi membentang manifesto baru dengan janji-janji palsu yang tidak ekonomik. Setiap satu manifesto mereka tidak berpaksikan kepada kenyataan ekonomi semasa negara malah setiap menifesto mereka bertujuan untuk populis semata. Seperti yang ditekankan oleh YAB Pengerusi BN semalam, manifesto PR hanya akan membawa Malaysia kepada defisit bajet yang teruk malah negara bakal berhadapan dengan hutang yang tidak terkawal. Apa yang menakutkan, Malaysia terpaksa meminjam dari negera lain semata untuk membayar gaji kakitangan awam. Ini bukan kisah dongeng yang sengaja dilipurlarakan oleh seorang ekonomist seperti DS Najib Razak tetapi ia realiti yang bakal berlaku.

Manifesto BN bukan janji yang populis tetapi satu ringkasan kepada Bajet 2013 yang pernah dibentang DS Najib Razak kepada rakyat Malaysia pada Oktober 2012 dulu. Bertemakan Rakyat Didahulukan jelas membuktikan BN begitu berhati-hati untuk berjanji bagi mengelak janji memakan diri. Segala janji punyai agenda ekonomi tersendiri. Paling menarik, agenda mengurangkan kos sara hidup menjadi agenda utama BN. Produk 1 Malaysia akan diteruskan.

Rujuk Janji Manifesto BN PRU 13 - Sini (Viem / Print / Save PDF)

Tamingsari secara peribadi amat yakin dengan manifesto BN berbanding PR.

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)