Khamis, 4 April 2013

Mengagamakan Politik vs Mempolitikkan Agama

KATA orang kelemahan yang nyata di kalangan pensyarah dan penceramah UMNO ialah mereka tidak mampu menghuraikan isu-isu politik agama dan tidak mempunyai kekuatan untuk menanamkan semangat yang boleh merangsang perasaan benci dan marah. Mereka hanya memberi tekanan dan penonjolan kepada pembangunan fizikal, kemajuan projek mega, peluang-peluang mencari rezeki dan lain-lain perkara berhubung dengan soal-soal ekonomi. Sedangkan orang Islam mahu musafir jauh, mahu pergi ke akhirat dan ingin berakhir di syurga, tidak di neraka.

Inilah pandangan yang selalu kita dengar dan khabarnya inilah sebabnya majlis-majlis ceramah Pas dapat menarik ramai pendengar dan tidak seperti majlis-majlis anjuran UMNO. Tidaklah diketahui sejauh mana kenyataan ini benar, tetapi pensyarah dan penceramah UMNO sentiasa diberi nasihat dan peringatan supaya mengambil sikap berjaga-jaga dan mengelak daripada mengguna agama, khuatir nanti terjebak dan terperangkap dengan larangan dan kecaman Allah bagi mereka yang memperalatkan agama dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah bagi maksud kepentingan dunia.

Sama ada di akhirat nanti seseorang itu akan berkesudahan di syurga ataupun di neraka, hal ini bukanlah kerja manusia atau makhluk-makhluk lain. Sesungguhnya pemimpin-pemimpin negara kita dan pegawai-pegawai pentadbirnya bukanlah jahil dan bodoh sebagaimana yang difitnahkan.

Parti pembangkang mempunyai kebebasan untuk berkata apa saja. Tetapi mereka yang berada di tengah gelanggang dalam arena pembangunan negara ini, sudah tentu mempunyai pandangan dan ukuran yang berbeza dengan para penonton dan pemerhati di luar gelanggang. Mereka saja yang lebih mengetahui perkara-perkara penting dan yang tidak penting. Dan mereka saja yang mengetahui untuk memberi pengutamaan dan pemusatan kepada yang lebih penting daripada yang kurang penting atau yang langsung tidak penting.

Menanam perasaan marah dan benci ke dalam fikiran awam bukanlah suatu kerja payah, lebih-lebih lagi apabila ia dihubungkan dengan agama, kerana manusia ini, terutamanya yang beragama Islam amat peka dan sensitif dengan hal-hal agama. Tetapi apakah kerja-kerja seumpama itu diredai oleh agama?

Sejarah telah membuktikan bahawa peperangan dan pertumpahan darah yang berlaku di kalangan umat Islam sesama mereka adalah kerana penyalahgunaan agama dan tuduhan kafir-mengkafir antara mereka. Keadaan seumpama inilah yang sewajibnya dijauhi walaupun terpaksa menanggung tuduhan bodoh dan jahil. Kejatuhan dan tumbangnya kerajaan-kerajaan Islam sebelum ini, seperti kejatuhan kerajaan Umayyah di Sepanyol pada tahun 1031 setelah memerintah selama 275 tahun, kejatuhan Abbasiah di Iraq pada tahun 1258 setelah berkuasa selama 508 tahun, dan kejatuhan kerajaan Uthmani pada tahun 1922 setelah berdaulat selama 632 tahun antara lainnya adalah disebabkan oleh penyalahgunaan agama.

Ketika itu khalifah-khalifah dan sultan yang berkuasa di zaman kelemahan mengizinkan Islam menjadi label dan logo kepada gerakan-gerakan tertentu bagi maksud untuk mengabui mata rakyat. Pada waktu itu masjid-masjid dan madrasah menjadi tempat pengajian khurafat dan bidaah. Antara slogan yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Khulafa Rasyidin ialah yang berbunyi: “Tidak ada hukum (yang wajib dipatuhi) melainkan hukum Allah.” Khalifah Ali bin Abi Talib hanya mampu merintih dengan penuh pilu.

Kata-kata itu benar, tetapi maksudnya batil belaka. Apakah salah dan aibnya penceramah UMNO memberi penekanan kepada soal-soal ekonomi, kerana konsep berceramah bukan untuk menanamkan rasa marah dan benci kepada mana-mana pihak, tetapi yang pentingnya untuk mencabar minda dan membuka pintu hati supaya setiap orang dapat berfikir secara matang bagi menghadapi hari akan datang dengan penuh bahagia, aman dan makmur. Lebih-lebih lagi manusia ini mempunyai kepentingan asasi dan mereka tidak akan dapat hidup tanpa memenuhi kepentingan-kepentingan itu walaupun dalam batas yang minimum, seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.

Amat lucu kata-kata bahawa aktiviti pembangunan dan ekonomi tidak penting, kerana setiap makhluk yang bergerak di atas muka bumi ini dijamin Allah rezeki kepada mereka. Dan Allah saja yang mengurniakan rezeki. Kata-kata ini benar, tetapi ia bukan boleh dijadikan hujah bahawa aktiviti ekonomi itu tidak penting, kerana rezeki tidak datang secara menggolek atau datang melayang.

Ia memerlukan kerja dan usaha dan Allah sangat memuji orang yang bekerja. Firman Allah (al-Mulk 15): Maka hendaklah kamu berjalan di atas muka bumi dan makanlah daripada rezeki-Nya. Firman-Nya lagi (al-Jumah 10): Apabila kamu selesai daripada menunaikan sembahyang maka bertaburanlah kamu di atas muka bumi ini dan berusahalah mencari rezeki kurniaan Allah. Ramai di kalangan orang awam tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan punca rezeki atau mencari sendiri kerja yang berkenaan.

Maka ketika ini menjadi tanggungjawab pihak pemerintah menyediakan peluang-peluang yang munasabah bagi mereka. Mana-mana pertubuhan politik yang tidak mempunyai perancangan kemajuan atau penjadualan program ekonomi tidak layak dan tidak cocok jadi pemerintah. Menyediakan pembangunan fizikal dan kemajuan projek-projek mega adalah antara lainnya merupakan pembukaan peluang-peluang bekerja dan pintu rezeki kepada orang awam.

Apakah ini dianggap salah dan aib? Kita bersyukur menjadi rakyat Malaysia, berbangsa Melayu dan dihidayahkan beragama Islam. Lebih-lebih lagi majoriti rakyat kita terdiri daripada orang baik-baik dan berperaturan. Pemimpin-pemimpinnya pula cekap dan tahu dalam menentukan masa depan negara, bangsa dan agama. Cuba bayangkan bagaimana jika ditakdirkan kita ini rakyat Palestin atau Iraq. Tentulah sekarang ini kita berada dalam perang.

Di sana sini kelihatan darah mengalir, keluarga yang hilang anak menantu, anak-anak yang hilang ayah ibu, bahkan ada yang hilang keluarga sama sekali. Cuba bayangkan pula bagaimana jika kita ini rakyat beberapa negara jiran. Tentu kita sekarang ini, terutamanya dari kampung, bukan saja miskin tetapi papa kedana. Hidup susah, makan pun payah, bahkan peluang untuk akan datang langsung tidak ada. Berlakunya demikian bukanlah kerana negara-negara yang berkenaan tanahnya tidak subur, rakyatnya pemalas. Tetapi faktor utamanya kerana pentadbiran politik mereka tidak cekap dan kucar-kacir.

Rakyatnya terdorong untuk menggulingkan kerajaan saja. Saban minggu ada saja tunjuk perasaan di jalan-jalan raya. Ada ceramah dan poster yang memburukkan kerajaan. Pihak kerajaan pula tidak mampu menghadapinya kerana kelemahannya dan khuatir dituduh zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kejayaan Malaysia ini dihormati dan dikagumi oleh seluruh ulama dan pemimpin politik di peringkat antarabangsa. Antara rahsia kejayaan ini adalah kerana pemimpin-pemimpin kita amat sedar dan insaf bahawa kemiskinan adalah musuh Islam dan ia amat berbahaya kepada akidah, akhlak, minda, keluarga, masyarakat dan negara. Kerana itu ia perlu diperangi dan dimusuhi habis-habisan.

Islam tidak seperti agama Hindu dan Kristian di mana paderi, rahib dan tok guru mereka memuji penganut-penganutnya yang hidup secara miskin dan hina. Agama mereka menganggap kemiskinan itu adalah nikmat Tuhan yang dikurniakan kepada sesiapa yang disukai supaya hatinya sentiasa berhubung dengan akhirat dan benci kepada dunia. Islam tidak pernah berkata demikian. Agama Islam telah menentukan bahawa kekayaan dan kemewahan itu adalah nikmat Allah dan meminta mereka yang bernasib baik mendapat nikmat itu supaya bersyukur kepada-Nya dan berterima kasih kepada orang yang menyebabkan dia mendapat nikmat itu.

Politik tidak sewajarnya memperkudakan agama bagi maksud pencapaian kuasa, kerana ia amat mengelirukan dan boleh membawa kepada keyakinan bahawa parti itu agama dan agama itu parti. Tetapi kuasa politik yang ada harus digunakan bagi maksud untuk memperlihat dan mengesahkan bahawa Islam itu agama benar dan agama baik. Umat Islam juga adalah golongan yang bermoral tinggi, bersopan santun dan menjadi tempat orang lain boleh menumpang hidup dan berlindung dengan mereka.

Memang benar bahawa Allah telah menegaskan bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan tipuan dan sangkalan belaka (al-Haj 9). Tetapi hidup ini perlu diteruskan bagi memastikan agama Allah dapat dipindahkan dengan selamat dan bertanggungjawab dari satu generasi kepada generasi terkemudian. Untuk menjamin penerusan perpindahan itu ia memerlukan kekuatan yang dapat menjaga dan mengawal agama, akal, nyawa, keturunan dan harta. Bagaimana kekuatan itu akan muncul dengan penuh perkasa sekiranya umat Islam itu lemah, bodoh, jahil dan miskin? Ketika ini Islam akan dilihat sebagai agama yang lemah juga.

Rujukan : sumber

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif