Isnin, 11 November 2013

Dendam Penjenayah Tembak Ustaz : Gerakan Syiah, Ajaran Sesat atau Pemilik Kelab Malam

Isteri Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Raflie Abdul Malik, 49, Rosmawani Abdul Wahab, 41, menitiskan air mata ketika memeluk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah (kiri) selepas suaminya mati ditembak dari jarak dekat di hadapan rumah di Taman Indera Mahkota Dua dekat Kuantan, hari ini.

“Abang gantunglah langsir,” itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini. Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12. Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah. 

“Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir kemudian keluar untuk menemui orang tersebut. “Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata kepada orang yang ditemuinya itu, ‘tak nak masuk rumah dulu ke,’ sebelum terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, ‘Abah kena tembak, Allahuakbar!” katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu kepada pemberita di rumahnya hari ini. 

Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih. Ketika ditanya sama ada arwah pernah menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai penguatkuasa JAIP, Rosmahawani berkata setakat dalam pengetahuannya, Mohd Raffli tidak pernah mendapat sebarang ugutan atau ancaman daripada sesiapa. “Malah saya dah tanya anak buah beliau sama ada arwah pernah menerima ugutan tetapi merekapun berkata tidak ada,” kata suri rumah itu. 

Ditanya sama ada beliau atau arwah mengenali suspek, Rosmahawani menjawab tidak namun memaklumkan dia perasan kereta yang dinaiki suspek sering berlegar-legar di kawasan perumahan mereka dua tiga hari kebelakangan ini. Dalam pada itu, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang sudi mencemar duli melawat keluarga mangsa di sini lewat petang tadi. 

Mohd Raffli, 49, dipercayai sedang mengendali tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, gerakan Syiah dan operasi kelab malam.

Tamingsari :
"Moga kematian Ustaz Raflli tergolong dalam mati syahid. Arwah ditembak dengan jarak dekat oleh suspek yang datang ke rumah beliau di Indera Mahkota, Kuantan dengan memberi salam. Arwah sebelum ini sedang mengendalikan siasatan 3 kes jenayah syariah besar iaitu berkaitan Ajaran Sesat Tuhan Harun, Gerakan Syiah dan Operasi Kelab Malam.. Kes tembak ini menyamai kes bunuh TKP Kastam yang mana wujud dendam penjenayah kepada penjawat awam yang menguatkuasa undang-undang. Apa jaminan kerajaan dalam menjaga keselamatan penjawat awam yang melaksanakan kuatkuasa?

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif