Rabu, 13 November 2013

Mengapa Cina Marah Pada Melayu Dan Tolak BN

Tamingsari mengambil kesempatan untuk bertanya sendiri dengan beberapa orang Cina berkaitan tindakan kaum tersebut rata-rata menolak BN dan UMNO. Mesej ini sangat jelas diluahkan oleh kaum itu pada PRU 13 seolah-olah mereka mahukan sesuatu dari pemerintah sekarang. Walaupun pada asalnya mereka agak kekok untuk meluah rasa namun selepas Tamingsari masuk elemen menyokong tindakan mereka, barulah berbuah mulut mereka berbicara.

Rata-rata respon mereka sama. Dilema kaum Cina untuk terus berada dibawah tampuk pemerintahan Melayu bagaikan sudah bernoktah. Mereka semakin muak dengan cara orang Melayu memerintah sehingga ke hari ini Malaysia yang pemimpin Melayu katakan maju sebenarnya masih jauh. Akibat melayan kerenah Melayu yang banyak rosak dari yang baik, kerajaan yang ada sekarang dilihat semakin tidak releven. 

Apa yang Cina mahukan? Jawapannya mudah. Mereka mahukan sebuah negara maju dimana penduduknya secara maritokrasi membangunkan negara tanpa ada sesiapa pun merasakan diri mereka menjadi tuan. Hakikatnya sekarang, Cina amat benci dengan istilah "Ketuanan Melayu" yang sering dijaja oleh UMNO kerana pada pandangan kasar mereka, istilah itu mengibaratkan bahawa Cina harus berkerja, Melayu hanya menunggu wang dan bantuan dari kerajaan. Ironinya mereka sudah nampak sekarang. Cina dengan empayar perniagaan dan menguasai ekonomi Malaysia sudah pasti menjadi pembayar cukai paling tinggi. Namun apa yang mereka kecewakan, Kerajaan BN membelanjakan wang itu kepada Melayu dengan alasan mahu membela nasib mereka. Sejak dari awal merdeka, Melayu sudah dibantu namun sehingga kini bajet banyak dihabiskan kepada membantu Melayu. 

Cukai yang dibayar oleh rakyat pastinya mahu digunapakai oleh semua rakyat tidak kira kaum. Bagi kaum Cina mereka merasakan diri mereka telah dianiaya oleh UMNO dan BN kerana cukai yang dibayar tidak dipulangkan semua kepada mereka dengan dasar-dasar yang memihak mereka. Bagi mereka, dengan pendapatan kerajaan yang ada sekarang, kerajaan harus memfokuskan kepada pembangunan negara untuk manafaat semua rakyat dan bukannya hanya memfokuskan kepada Melayu dan Bumiputra sahaja. Jika peruntukan kerajaan hanya memfokuskan untuk membangunakan ekonomi Melayu sampai bila pun Malaysia tidak akan maju. 

Bagi kaum Cina, ekonomi Malaysia sudah jauh ketinggalan berbanding dengan negara yang berada di selatan Johor iaitu Singapura. Banyangkanlah siapa Singapura hendak dibandingkan dengan Malaysia. Singapura adalah sebuah pulau yang tidak punyai apa-apa. Namun kerana usaha gigih kerajaannya serta sikap kerajaan yang tidak memanjakan rakyat, menyebabkan rakyat berkerja keras mahu membangunkan ekonomi keluarga sendiri sekaligus secara tidak langsung, apabila ekonomi isi rumah meningkat, maka ia membantu membangunkan KDNK negara itu. Lihatlah kejayaan Singapura berbanding Malaysia sekarang. Lihatlah nilai matawang mereka jauh dipuncak berbanding Malaysia. Lihatlah bagaimana industri berkembang disana walaupun mereka 100% mengimport bekalan bahan mentah dari luar. Setiap warga rakyat Singapura harus bersaing secara sihat untuk kemajuan diri sendiri. Tiada siapa pun akan membantu termasuk kerajaannya. 

Merujuk kepada graduan Melayu
Apa yang ada di Singapura tidak ada di Malaysia. Melayu amat bergantung dengan kerajaan. Graduan Melayu pula tidak mempu untuk mencerna sesuatu untuk mewujudkan peluang ekonomi sebaliknya bergantung harap kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan. Kerajaan yang dipimpin Melayu pula terus menerus memanjakan Melayu dengan memberi bantuan itu dan ini. Namun, sehingga tahun 2013, berapa kerat sahaja orang Melayu yang berjaya. Melayu yang berjaya itu adalah Melayu yang berjaya keluar dari kepompong minda sempit yang hanya bergantung harap kepada kerajaan. Rata-rata graduan Melayu meletakan misi untuk masuk ke sektor kerajaan dan paling mudah mereka berebut-rebut mahu masuk ke sektor perguruan. Itu sahaja. Tiada pun difikiran mereka mahu masuk ke bidang usahawan padahal kerajaan yang ada sekarang begitu optimis mahu membantu. Alasan mereka, mereka tidak pandai dan takut kepada kerugian. 

Di dalam sektor kerajaan, bermula dari sekecil-kecil gred sehingga sebesar-besar pangkat diisi oleh Melayu. Kaum lain, ada tapi sedikit. Bukan kerana Kerajaan BN rasis mahu menidakkan peluang kaum lain, namun dek kerana mahu mengelakkan graduan dan bekas pelajar Melayu terus menganggur, mereka "dikutip" dan dibayar gaji. Selepas mendapat kerja, ramai yang lupa diri. Menjadi penjawat awam merasakan diri mereka sebagai tuan. Panggilan 'bos' sudah cukup menaikkan ego mereka. Ada juga dikalangan mereka yang menjadi malas dan sanggup memegang slogan "Kerja pun dapat gaji, Tak Kerja pun dapat gaji, baik bekerja berpada-pada sahaja". Dalam merebut pangkat, Melayu dalam sektor kerajaan sanggup buat apa sahaja. Mereka wujudkan macam-macam polisi bagi menyusahkan mereka sendiri. Dalam hal projek dan pembelian pembekalan, ramai yang mengambil kesempatan dan mendapat untung atas angin. Semua ini menjadikan sektor kerajaan sangat tidak produktif malah merugikan. Jika kerajaan itu sebuah syarikat, sudah lama mereka bankrap dek kerana Melayu yang menguruskan. 

Untuk masuk ke bidang swasta, ramai Melayu sangat tidak berkelayakan. Lemah dari segi komunikasi, kurang pengetahuan, dan paling ketara, gagal dalam penguasaan bahasa Inggeris. Kini dunia semakin berkembang. Ekonomi dunia kini tertumpu ke Asia Timur dimana rata-rata pelabur cenderung untuk melabur ke negara seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Jepun yang mana mahukan semua ekonomist tahu bertutur dalam banyak bahasa. Graduan Melayu yang lemah segalanya ini mampukah bersaing dalam ekonomi yang semakin mencabar?

Cina melihat pendidikan dari awal dengan sangat serius. Mereka siang dan malam rata-rata berhempas pulas mencari rezeki. Sejak dari awal merdeka mereka sudah tahu kerajaan BN sekarang tidak akan membantu mereka. Biasiswa atau kuota langsung tidak pernah mereka rasai dan mereka yakin tidak akan merasai sampai bila -bila. Ibu dan ayah Cina mengajar anak mereka berdikari dan kerja kuat. Sejak dari bangku sekolah lagi mereka sudah diddidik untuk kerja keras. Ibu bapa kaum Cina sanggup berhabisan demi untuk memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam ilmu. Cina tidak akan memanjakan anak mereka dengan macam-macam benda yang melalaikan. Cina akan pastikan jadual anak mereka penuh dengan aktiviti ilmu siang dan malam. Mereka akan sentiasa memotivasikan anak mereka dan sedarkan mereka bahawa mereka akan susah kalau malas. Anak Cina menjadikan ibu dan ayah mereka sebagai idola dan ibu bapa Cina akan berkerja keras untuk memastikan pendidikan anak mereka terjamin.

Rata-rata Melayu pula berbeza. Ibubapa orang Melayu tidak serius mendidik anak mereka. Mereka hanya bergantung kepada bantuan kerajaan untuk mendidik anak mereka. Bagi Melayu, sekolah sudah cukup untuk mendidik dan mereka terlepas dalam tangungjawab mendidik anak di rumah. Anak Melayu dibiarkan berpeleseran. Menghabiskan masa petang dan malam keluar tidak tahu kemana. Tanpa ibu dan ayah mereka sedar, anak Melayu terlibat dengan gejala sosial dan jenayah. Apabila kebebasan diberikan semudahnya, anak yang baru kenal dunia pasti akan tersesat. Tanpa bimbingan ibu dan ayah pastikan mereka tercari-cari rentak kehidupan. Akhirnya, anak-anak Melayu menjadi golongan yang tidak produktif. Saksikanlah bagaimana merosotnya pencapaian pendidikan anak Melayu berbanding kaum lain. Tren itu dapat dilihat dengan amat jelas. Bukan tidak ada anak Melayu yang berjaya tetapi boleh dikira.

Peluang ekonomi orang Melayu makin lama makin sempit. Walaupun kerajaan BN sekarang dilihat menutup telinga dari mendengar rungutan kaum Cina, usaha bagi membangunkan ekonomi Melayu dan Bumiputra tetap diteruskan. Masalahnya, sikap orang Melayu yang tidak peka dengan masa depan dan lebih mengharapkan bantuan kerajaan menyukarkan lagi usaha kerajaan. Lihatlah bagaimana Cina begitu tangkas dalam merebut peluang-peluang ekonomi malah mereka juga tidak mahu terlepas untuk memiliki hartanah. Orang Cina sebenarnya sangat bertuah kerana memiliki rakan senegara seperti Melayu kerana dek kerana sikap mereka yang lalai dan tidak oportunis, ramai Cina yang berjaya menukar geran hartanah mereka dari nama Melayu ke nama Cina. Kesannya, kerajaan sendiri hairan, selepas beberapa tahun pelaksanaan DEB, peratus Melayu yang memiliki aset dalam negara begitu sedikit. 

Semuanya berpunca dari sikap dan keperibadian Melayu itu sendiri menyebabkan bangsa Melayu masih layu. Kaum Cina bukan mahu menidakkan hak Melayu tetapi mereka nampak kerana itulah punca Melayu manja dan malas. Keadaan ini akan menyukarkan lagi misi untuk membangunkan negara. Orang Cina mahu Melayu bangun bersama mereka. Bekerja keras bersama mereka. Hidup mewah dan kaya bersama mereka. Bangunkan negara dan nikmati kekayaan bersama mereka. Membayar cukai dan nikmati pembangunan bersama mereka. Itu sahaja mereka mahu. Andaikata Melayu masih mahu tidur dan malas berusaha, kaum Cina harus buat sesuatu. Mesej ini jelas mereka tunjukkan pada PRU 13. Kerajaan BN yang memanjakan Melayu harus ditumbangkan. 

Ibaratkanlah Ali, Ah Chong dan Ravi duduk dalam satu rumah. Rumah itu kepunyaan arwah bapa Ali manakala Ah Chong dan Ravi tumpang secara percuma kerana bapa Ali bela mereka sejak mereka kecil lagi. Ali ini sebagai tuan rumah malas dan lembab. Ah Chong dan Ravi bekerja keras setiap hari. Tetapi Hampir 80% bil utiliti dibayar oleh Ah Chong dan Ravi. Makanan di dalam Peti Ais juga Ah Chong dan Ravi sahaja yang sediakan. Ali ada beli, tapi sedikit. Mereka sudah lama duduk bersama. Bila Ah Chong menasihati Ali, Ali kata Ah Chong kena sedar Ali tuan rumah. Itu sahaja alasan Ali menyebabkan Ah Chong dan Ravi tidak puas hati. Sebagai manusia biasa, pastinya timbul perasaan kurang senang mereka kepada Ali. Kenapa mereka perlu hidup bersama jika Ali malas berusaha untuk bangunkan taraf hidup mereka. Apa yang harus Ah Chong dan Ravi lakukan? Bukankah mereka akan terfikir untuk memindahmilik rumah itu kepada mereka? Jika Ali masih tidak sedar, apakah nasib Ali?

Hakikatnya itulah yang berlaku dalam negara ini. Orang Melayu jangan cepat melatah dengan tindakan protes kaum Cina. Sepatutnya orang Melayu kena sedar bahawa semua ini berpunca dari sikap dan peribadi mereka sendiri. Cubalah berada di dalam kasut mereka, baru kita akan sedar dan tahu.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau melayu sangup menghalalkan yg haram memang boleh kaya,aku berminat dgn pendapat seorang bloger,kalau kita mau melayu kaya macam cina melayu mesti rassis terhadap kaum bangsat ini, penulis ada berani,

Taming Sari berkata...

Kita tak perlu menghalalkan apa yg haram malah tak perlu sampai nak bersikap rasis..

Cukuplah kita ubah mentaliti dan budaya kerja kita...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)