Isnin, 11 November 2013

PAS Sebenarnya Lebih Zalim

Tulisan Zainulfaqar Yaacob yang disiarkan dalam Malaysian Insider, 6 November 2013 bertajuk “Impian Malaysia solusi perbezaan cita-cita PAS, DAP” tidak menunjukkan kematangan berfikir dan berhujah dengan jelas. Dakwaan dan tuduhan beliau lebih mengutamakan perasaan daripada meneliti secara objektif apa yang telah dan sedang dilakukan oleh UMNO sejak memerintah Malaysia hampir enam dekad (InsyaAllah akan sampai kerana hayat PRU 13 berakhir pada tahun 2018 dalam konteks pilihan raya setiap lima tahun). Ayat kedua terang-terangan adalah prejudis fotojurnalis kelahiran Pulau Pinang itu, kerana rumusannya adalah terlalu tergesa-gesa yang beliau tidak dapat membezakan antara “buta hati” dan “sempit pemikiran”. Set mindanya adalah sama dengan golongan mereka yang boleh diistilahkan sebagai “jumud” dan kalau dilemaskan berkali-kali ke dalam kolam, ditimbulkan semula ia akan tetap mengatakan terkentut adalah sama dengan buang air besar. 

Kenapa saya merumuskan demikian? Jawabnya, kerana Zainulfaqar teramat ketara bencinya kepada UMNO sehingga menyatakan “mahu tetap bersama rakyat Malaysia menumbang kezaliman” semasa PRU 14 nanti. PAS membuat komitmen itu kerana parti itu “mendekati unsur demokrasi yang ditonjolkan oleh Nabi Ibrahim pergi ‘hujah lawan hujah’ pemerintah yang zalim.” Saya tidak menemui asas bahawa demokrasi sudah pun muncul ketikan Nabi Ibrahim a.s. tetapi yang boleh difahami daripada asas sejarah ialah tidak pernah berdusta kecuali dalam tiga situasi: (1) mengaku sakit ketika diajak ke tanah lapang; (2) ketika ditanya sebab menghancurkan berhala; dan (3) mengakui Sarah sebagai saudara kepada raja Mesir.(Muhamad Abdul Wahab, Kisah Hidup 25 Nabi dan Rasul, Puchong, Selangor: Berlian Publications, 2013: 52-54) Apakah tiga situasi ini berlaku dalam PAS? Sejarah PAS membuktikan heboh politik para pemimpinnya jauh sekali daripada memperjuang kebenaran, kerana keriaunya adalah untuk memerangkan minda masyarakat menerusi senjata agama. 

Terlalu banyak kesalahan yang telah dilakukan, termasuk kroniknya tindakan pemimpin PAS dalam mempertahankan Islam apabila rakyat memahami apakah sikap sebenar Presiden dan Mursyidul Am PAS sendiri berhubung kalimah Allah? Sebelumnya hampir bersetuju dengan sekutu dan kemahuan regu politik sehingga mengeluarkan kenyataan bersama. Kemudiannya, kerana merasakan boleh menjejaskan pengaruh, Dewan Ulama bersidang dan membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam, kerana penggunaan bukan Islam tersasar daripada kemurnian maksud ataupun berbeza matlamat. Dalam soal lain, PAS tidak pernah melakukan tindakan bagi penyokongnya melaksanakan perubahan bagi menyelesaikan kemelut kemiskinan yang hampir universal dalam sebahagian besar penyokongnya. Walhal, dari perspektif Islam, pemimpin wajib berusaha dan bertanggungjawab membangunkan atau membina persekitaran menghapuskan kemiskinan, kemiskinan berpanjangan boleh membawa kekufuran. 

Benar PAS telah mencuba, tetapi, setiap apa yang dilaksanakan hanyalah sekadar klise politik bagi menenggelamkan resah hidup rakyat. Digagaskan projek Ladang Rakyat, tetapi kekayaan hanya tertumpu dalam kalangan kapitalis yang dibawa masuk sebagai pihak pengurusan atau dengan bahasa mudah, broker. Dibangunkan projek Lembah Sireh, akhirnya lembangan subur itu tidak menguntungkan rakyat. Bahkan, dalam masa yang sama melontarkan pandangan “tidak tahu kelab malam beroperasi”, tetapi masih mahu menutupi kelemahan dengan berslogankan “membangun bersama Islam.” Paling menyayat hati ialah penipuan terancang mengenai bentuk sebenar perniagaan yang diuruskan oleh Kelantan Gold Trade (KGT). Semasa perasmiannya, didodoikan Kelantan menjadi pelopor dalam sistem pembayaran urusniaga menggunakan emas dan perak. Selepas setahun beroperasi, memberikan hujah bahawa KGT hanya terlibat dalam perniagaan jual beli emas, seperti beberapa syarikat yang “saudagar minyak urut”. 

Mungkin Zainulfaqar cuba mengelirukan masyarakat menggunakan sepotong ayat dari Surah al-Baqarah (ayat 258) yang jelas maksudnya tidak tepat dengan permasalahan sebenar. Apa yang digambarkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya itu ialah kisah perdebatan Nabi Ibrahim a.s. dengan Raja Namrud yang tamak, monopolistik dan berlaku zalim. Kalaulah benar kerajaan yang dipimpin UMNO berlaku zalim, bermakna sudah lama PAS diharamkan dan setiap kali pilihan raya diadakan, PAS tidak dibenarkan bertanding. Mungkin Zainulfaqar tidak mahu mengakui, disebabkan dasar UMNO yang mempertahankan demokrasilah maka PAS tidak pernah dinafikan kemenanganya, dan mampu memerintah Kelantan untuk tempoh yang teramat panjang, tetapi penuh dengan angan-angan dan syllogism. PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun dalam period pertama sebelum menyertai BN pada tahun 1974, dan kemudian kembali berkuasa setelah UMNO berhadapan dengan krisis akibat perebutan jawatan (1987) setelah diisytiharkan menang tahun 1990 hasil gabungannya dalam Barisan Alternatif, yang kemudiannya dinamakan sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bersama Parti Melayu Semangat ’46. 

Baru-baru ini seorang pemimpin PAS begitu lantang melahirkan kecewanya apabila persoalan Melayu dijadikan platform dan mahu mengekalkan “ketuanan Melayu.” Konsep “ketuanan Melayu” dianggap sebagai sama dengan dasar apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan, maka pemimpin berkenaan “tidak bangga jadi Melayu” walaupun beliau dilahirkan dalam kalangan orang Melayu. Beliau hanya menerima dirinya sebagai Melayu, dan kerana apa, tetapi kerana dilahirkan dari rahim dan zuriat orang Melayu. Konteks yang disebutnya kedengaran lojik, tetapi, sayangnya apabila merasakan kedudukanya sedikit terjejas, berdalih bahawa parti tidak pernah membuang Melayu. Sebagai balasannya, menuduh UMNO “buang Islam”, maka PAS “mengambil Islam.” 

Semua rakyat tahu tahu, UMNO telah memperjuangkan kedudukan Islam sehingga mampu berada di tahap sekarang di Malaysia. Saya tidak mengaitkan mana-mana negara lain, kerana UMNO dan PAS hanya muncul atau wujud di Malaysia, tidak ada di lain-lain negara, kalau ada pun hanya sekadar Kelab UMNO. Jika UMNO terbukti “buang Islam” seperti didakwa oleh pemimpin PAS, maka PAS turut berdosa tidak memperbetulkan proses pembuangan itu. Sebaliknya, PAS yang “ambil Islam” tidak pun membina masjid-masjid untuk membolehkan umat Islam bersembahyang berjemaah. PAS mendakwa, pembinaan masjid tidak penting, kerana ia bukanlah satu kewajiban pemimpin, rakyatlah yang wajar membinanya. Kesilapan yang paling besar, kalau pun tidak boleh dipanggil sindrom “budak pailang”, ialah PAS teramat ghairah menguasai masjid dan menggunakan setiap peluang untuk berkempen, membina jejari untuk mencengkam penduduk setempat agar percayakan bahawa “PAS adalah sebuah parti Islam.” Sejak tahun 1964 hingga sekarang PAS tidak menarik balik fatwa “haram” berinteraksi dengan UMNO, “undi PAS masuk syurga kerana PAS menganjurkan kebaikan”, “taghut”, “kafir” dan sebagainya. 

Apabila rakyat semakin cerdik dan memahami isi kandungan al-Qur’an, Mursyidul Am membuat pengakuan bahawa, Islam bukan PAS, tetapi bukannya, PAS bukan Islam. Apa maknanya penjelasan itu? PAS hanyalah sebuah parti politik, yang tidak boleh menjamin seseorang itu masuk syurga kerana pemimpin mereka sendiri pun tidak termasuk senarai yang dijamin oleh Allah SWT. Siapa yang terpilih ke syurga apabila proses pengadilan di akhirat dijalankan, ia hanyalah hak mutlak Allah SWT, bukannya ditetapkan oleh PAS. Kalaulah benar menyokong PAS dijamin ke syurga, bermakna Nabi Ibrahim a.s. puna tidak akan masuk syurga, kerana baginda tidak menjadi ahli PAS. Jawabnya, Nabi Ibrahim a.s. adalah utusan Allah SWT untuk memimpin manusia, baginda tidak pernah mendakwa dirinya akan diterima secara automatik sebagai penghuni syurga, selagi Allah SWT tidak membuka pintunya kepada setiap orang yang berhati mulia dan beramal soleh. Ketika pemimpin PAS dilanda isu moral, PAS tetap mempertahankan suku-sakatnya, walaupun ada kebenarannya mereka membuat salah dan kesalahan tersebut termasuk dalam senarai dosa besar. PAS seboleh-bolehnya mahu menutupinya, dan dalam masa yang sama, tidak melakukan apa-apa selain penafian dan pemesongan hujah. Itulah sebabnya, PAS banyak menyembunyikan debu, kuman di bawah karpet. Bila ada ahlinya mempersoalkan tindakan tersebut, ahli berkenaan dihadapkan ke jawatankuasa, dan akhirnya disingkirkan sebagai ahli. 

Kes Nasharudin Mat Isa dan Dr Hasan Ali menjadi bukti kukuh peraturan PAS yang double standard. Kenapa PAS tidak menghukum Haji Hadi, kerana beliau banyak membuat kesilapan, termasuk pernah berkrisis dengan Mursyidul Am PAS atas isu “kerajaan perpaduan”, ketiduran dalam Dewan Undangan Negeri semasa menjadi Menteri Besar Terenggu, kerana berbohong “menemui berkarung-karung wang” pada malam memasuki Wisma Darul Iman setelah diisytiharkan menang di Terengganu pada tahun 1990. Semangat penyokong PAS kadangkala lupa bahawa setiap perancangan yang dilakukan tidak akan menemui kejayaan seandainya Allah SWT tidak merestuinya. Maknanya, setiap kali mengalami kekalahan PAS tidak pernah boleh menerima kekalahannya secara alami, asyik menyalahkan orang lain, kerana dirinya sahajalah yang betul dan sempurna. 

Pernahkah PAS bersyukur dengan kemenangannya dalam Pilihan Raya? Belum pernah kedengaran ketawaduknya pemimpin PAS ketika bercakap mengenainya. PAS hanya tahu bersandiwara seolah-olah kemenangan itu adalah kemenangan perjuangan Islam, tetapi akhirnya, rakyat menderita. Jika benar ia adalah kemenangan Islam, PAS wajib berusaha untuk menambahkan kesejahteraan rakyat dan memperbaiki nasib setiap orang, dan bukannya terus berpolitik dari pagi hingga malam, dari serambi masjid hinggalah ke kedai kopi, stesen teksi mahupun di majlis pengkebumian. Bagaimana PAS boleh menerima kenyataan pemimpin DAP yang menyelar sikap PAS, termasuk ancaman Karpal Singh tetap mahukan langkahi mayatnya kalau mahu mendaulatkan syariat Islam. Akhir-akhir ini PAS kembali membawa maksud, mahukan peraturan hudud dilaksanakan kerana mula mendapat semangat kembali daripada keputusan Brunei melaksanakan hudud. PAS sebenarnya jaguh bersandiwara. Bila hudud tidak dapat dilaksanakan atas kekurangan fasiliti dan personel, mendakwa ia adalah sabotaj UMNO dan tidak menyalahkan Karpal Singh yang terang-terangan menolaknya. 

Kini, ketika Karpal Singh bersuara agar parti-parti yang diasaskan atas landasan etnik dan semata-mata agama diharamkan, pemimpin PAS tidak berani bersuara. PAS sebenarnya terlalu merasakan terhutang budi dengan DAP, dan sebelum PRU 13, kedengaran memohon peruntukan untuk membiayai perbelanjaan pilihan raya. Bukankah ini merupakan sesuatu yang tidak selaras dengan apa yang dikatakan dan apa yang didendangkan? Maknanya, kezaliman itu sebenarnya berlaku dalam PAS, dan bukannya kerana dasar dan politik UMNO. 

PAS telah menzalimi penyokongnya sendiri, kerana tidak melaksanakan apa yang dijanjikan dan asyik menadah tangan menagih bantuan, menipu atas nama agama untuk menghidupkan kempen. Itulah sebenarnya konteks dan makna zalim yang patut dirungkaikan sejelas-jelasnya oleh pemimpin PAS sebelum menuding jari kepada orang lain. 


PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif