Isnin, 30 Disember 2013

Guling Kerajaan Satu Kesalahan Besar

TIADA siapa dapat memberi jaminan keamanan dapat dikekalkan dalam setiap perhimpunan haram. Gambar kiri para perusuh menterbalikkan kereta polis ketika dalam salah satu himpunan Bersih manakala gambar kanan perusuh merosakkan kenderaan awam ketika rakyat merusuh menolak kepimpinan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi. 

PERHIMPUNAN yang dijangka berlangsung pada malam 31 Disember ini dijaja sebagai satu perhimpunan bagi menyatakan protes kepada kerajaan tentang peningkatan kos sara hidup. Protes ini juga dikatakan bertujuan mengingatkan kerajaan kepada janji dan manifesto pilihan raya lalu. Ia juga dikaitkan dengan ketirisan dan penyelewengan dalam hal urus tadbir negara. Hakikatnya, perkara berkaitan kos sara hidup serta ketirisan dan penyelewengan sudah tentu menjadi perhatian dan keprihatinan pelbagai pihak. Namun begitu, protes seperti ini atau lebih tepat lagi dalam bahasa undang-undang, 'protes jalanan' adalah perbuatan melanggar undang-undang. 

Menurut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012, 'protes jalanan' ditafsirkan sebagai "Suatu perhimpunan terbuka yang bermula dengan suatu perjumpaan di tempat yang ditentukan yang melibatkan perarakan atau perhimpunan beramai-ramai bagi maksud membantah atau memajukan sesuatu tujuan atau tujuan-tujuan tertentu". Protes jalanan diharamkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan peruntukan seksyen 4(2), yang menyatakan, "Seseorang melakukan suatu kesalahan jika…(c) dia menganjurkan atau menyertai satu protes jalanan". Seseorang yang didapati bersalah atas pertuduhan menganjurkan atau menyertai protes jalanan ini boleh dihukum denda sehingga RM10,000. 

Hukuman ini disebut dalam Seksyen 4(3) Akta Perhimpunan Aman tersebut. Perhimpunan aman yang dibenarkan oleh Akta Perhimpunan Aman hendaklah mempunyai penganjur. Kehendak undang-undang ini mempunyai logik dan kepentingan tertentu. Seperti dinyatakan oleh akta ini, penganjur hendaklah bertanggungjawab dalam banyak perkara yang dijelaskan oleh seksyen-seksyen 9, 10, 11, 12, dan 13 Akta Perhimpunan Aman. Antara lain, tanggungjawabnya membuat pemberitahuan tentang perhimpunan kepada pihak polis dan mendapatkan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi tujuan perhimpunan itu. 

Logiknya, segala urusan berkaitan perhimpunan dan peserta mudah diurus dan ada pihak yang mengambil tanggungjawab sekiranya berlaku kesulitan. Sekiranya tiada pihak yang mahu mengambil tanggungjawab penganjuran, kita boleh lihat ketidakmatangan pihak yang berkempen mengajak rakyat membuat protes. Sekiranya tiada pihak yang mengaku atau mengambil tanggungjawab sebagai penganjur kepada perhimpunan yang tiada pemberitahuan di bawah seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman, pihak berkuasa, seperti polis, boleh membuat anggapan bahawa mereka yang memulakan, mengetuai, menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan adalah penganjur kepada perhimpunan. 

Setakat ini Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dikait rapat dengan protes 31 Disember ini. Maka TURUN boleh dianggap sebagai penganjur kepada protes ini. Dalam suatu perhimpunan aman, penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan polis atau pihak berkuasa tempatan serta pemilik premis di mana perhimpunan itu dilakukan. Peserta dan mereka yang bertanggungjawab menyebar kempen protes ini tidak boleh menuntut kerjasama polis atau pihak berkuasa tempatan sahaja. Dalam undang-undang, mereka juga dituntut untuk bekerjasama. 

 Mengajak 

 Sekiranya pihak yang mengajak orang ramai turun menyertai protes jalanan ini bersikap bertanggungjawab maka mereka hendaklah mengambil tanggungjawab berkenaan penganjurannya juga. Inilah yang kita namakan kematangan dalam melaksanakan hak berhimpun. Mereka tidak boleh meletakkan tanggungjawab berkenaan perhimpunan ini ke atas pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya atau peserta semata-mata. Inspirasi Akta Perhimpunan Aman adalah untuk meletakkan tanggungjawab kepada penganjur dan peserta perhimpunan, bukan kepada pasukan polis. Pihak polis hanya menjadi pemudah cara dalam perjalanan perhimpunan tersebut. Sekiranya mereka yang berkempen mengajak orang ramai turun dan menyertai protes jalanan ini enggan mengambil tanggungjawab sebagai penganjur, maka kredibiliti dan sikap bertanggungjawab mereka juga boleh dipersoal. 

Seperkara lain yang menjadi persoalan adalah keikhlasan protes ini. Adakah ia benar-benar untuk rakyat atau ada dalang atau tujuan lain di sebalik penganjurannya? Persoalan ini timbul kerana ramai juga yang melihat bahawa protes jalanan ini mempunyai agenda menentang kerajaan dengan cara bercanggah dengan demokrasi atau bercanggah dengan perhimpunan aman yang dibenarkan oleh undang-undang dan sistem demokrasi kita. Keengganan TURUN, yang dikaitkan dengan penganjuran protes ini untuk mengambil tanggungjawab penganjuran dan meletakkannya kepada peserta menjadi tanda tanya; adakah ada dalang lain di sebalik penganjurannya? Sekiranya TURUN menghormati sistem demokrasi dan mendaulatkan undang-undang, maka peruntukan akta dan undang-undang berkaitan perhimpunan hendaklah dipatuhi. Ambillah tanggungjawab sebagai penganjur. 

Kita perlu tahu, sekiranya protes ini boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti yang boleh meletakkan sistem demokrasi dalam bahaya, maka pihak penganjur dan peserta perlu mengambil perhatian tentang kedudukan undang-undang jenayah mengenai kesalahan terhadap negara. Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan, "Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun". Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen juga satu kesalahan. Ini disebut dalam Seksyen 124C Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. 

Oleh itu, sekiranya protes jalanan 31 Disember ini dikaitkan dengan Himpunan Guling Kerajaan yang pernah disebarkan dahulu, perhatian serius hendaklah diberikan oleh peserta dan juga TURUN kepada peruntukan Kanun Keseksaan ini kerana ia perbuatan atau aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Secara umumnya perhimpunan aman yang dikelaskan sebagai 'kebebasan asasi' dan menjadi milik atau hak rakyat dan seterusnya diterima sebagai perhimpunan dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang adalah perhimpunan yang menepati kehendak undang-undang. 

Jika perhimpunan itu bercanggah dengan undang-undang maka ia bukan lagi menjadi suatu hak yang boleh dituntut. Protes jalanan bukan jalan terbaik menangani masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat. Pendekatan protes jalanan seperti ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sekiranya rakyat mahukan keprihatinan kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup, salurkan penyelesaian kepada masalah itu, bukan membuat masalah lain yang bukan sahaja tidak boleh menjamin penyelesaian, bahkan menambahkan lagi masalah sedia ada.


PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,
Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif