Isnin, 22 Disember 2014

Fahmi Zainol Budak Mentah Yang Biadab Dan Bodoh Sombong


Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol hari ini berkata, muhasabah penguasa adalah satu kewajipan di dalam Islam dan tanggungjawab itu terletak di bahu setiap umat Islam, tanpa mengira lelaki atau wanita, serta di mana sekalipun mereka berada. Katanya, Allah S.W.T telah mewajibkan kepada pemerintah untuk memerintah berdasarkan al-Quran dan Sunnah, umat Islam pula diwajibkan mentaati ulil amri (pemerintah) selama mana mereka masih berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah.

Fahmi bagaimanapun berkata, kerajaan sekarang telah menyimpang daripada kedua-duanya, maka sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam (perkara) memaksiati Allah [HR Ahmad]”.

Mahasiswa yang sedang digantung pengajian di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu berkata demikian, berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengingatkan mahasiswa bahawa al-Quran tidak mengajar umatnya berdemonstrasi, sebaliknya pelajar universiti harus memenuhi amanah mereka untuk menuntut ilmu. 

Fahmi yang turut berkongsi kenyataan Dr Mahathir itu di laman Facebooknya berkata, wajib muhasabah kepada pemerintah dilakukan dalam pelbagai bentuk yang dibenarkan syarak dan tidak terbatas hanya kepada satu bentuk tertentu. “Ia boleh dilakukan secara individu mahupun berkumpulan, secara lisan atau penulisan, baik di media cetak ataupun elektronik. “Demonstrasi adalah salah satu daripada bentuk muhasabah yang dibenarkan, dengan syarat tidak melakukan kerosakan di dalamnya. Dalil-dalil secara amnya, membolehkan anggota masyarakat berkumpul dan menyuarakan pendapat selama mana pendapat tersebut dibolehkan dalam Islam,” tulisnya di laman Facebooknya. 

Menurutnya, mahasiswa sudah menggunakan pelbagai cara untuk menegur pemerintah, sama ada melalui surat, memberi cadangan penambahbaikan, serta pelbagai lagi bentuk teguran yang diberikan, namun ia tidak dilayan. Sehubungan itu, jelasnya, berdemonstrasi adalah langkah terakhir supaya pemerintah dengar suara dan teguran mahasiswa. “UMNO/BN tidak usahlah berbicara soal berdemonstrasi, sedangkan UMNO sendiri melakukan demonstrasi sejak 1946 untuk membantah Malayan Union.

“Persoalan yang ingin lontarkan pada Mahathir ,di mana petikan al-Quran serta dalil-dalil yang menghalalkan aktiviti pemerintah (UMNO/BN) yang selama ini sentiasa bergelumang dengan aktiviti rasuah, riba, penyelewengan kuasa dan harta, penindasan terhadap masyarakat dan sebagainya?” soalnya. Fahmi turut berpendapat, kenyataan Dr Mahathir semakin berbeza dari hari ke hari dan tidak secerdik dahulu, mungkin kerana usianya yang semakin meningkat.

Tamingsari :
Lancang sungguh budak ni berkata-kata. Padahal dia sendiri membesar dibawah pemerintahan   Mahathir. Atau pun rasanya tidak sempatpun berada dalam era Mahathir. Otak dunggu budak ini sebenarnya yang rosak dek kerana didikan yang gagal dari ibubapanya. 

Tak usahlah kau brcakap bahasa Anwar dan orang2 Pas sebab daripada kau sibuk nak betulkan kerajaan baik kau betulkan diri kau dulu. Lihat masa depan kau yang makin hari makin gelap. 

Tamingsari amat benci dengan budak2 biadab dan tidak tahu menilai jasa orang. Siapa Fahmi Zainol berbanding Tun M ? Fahmi Zainol hanya budak biasa yang tiada masa hadapan. 

Sebagai seorang budak universiti seharusnya kita mendokong aspirasi pemerintah dengan cara hikmah. Tambahan bukan tugas mahasiswa sibuk mencampuri urusan politik kerana tugas utama kamu adalah belajar, dapatkan segulung ijazah. Bina kerjaya, majukan keluarga, bantu ibu dan ayah. Urusan politik tunggu pilihanraya.

Kalau akulah yang menjadi senat UM, memang aku dah buang budak ni dari universiti. Kerana tiada gunanya mempunyai perosak seperti ini.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)