Rabu, 31 Disember 2014

Pengakhiran Tahun Musibah Dengan Duka Lara


Tahun 2014......

Masuk ke dalam tarikh 1 Januari 2014 sehingga berakhir hari ini 31 Disember 2014 bagaikan satu mimpi ngeri buat rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang ditimpa musibah secara langsung. Kesan langsung musibah yang berlaku juga turut berlaku kepada negara-negara berkaitan.  

Antara peristiwa tragis berlaku bagi tahun 2014 adalah :

8 Mac 2014 : Kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat milik Malaysia Airline penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sehingga ke hari ini pesawat boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan krew masih belum ditemui. Pelbagai teori konspirasi dibuat dan paling terkini, PM Malaysia mengumumkan bahawa pesawat ini telah berakhir di lautan hindi.

8 Julai 2014 : Konflik Israel Hamas telah mencetuskan peperangan maha hebat dan menyaksikan 2,143 orang warga Palestin temasuk pejuangnya syahid dan hampir 11,000 orang cedera. Pihak Hamas dan tentera AlQasamnya menemui kemenangan apabila berjaya menghalau tentera zionis laknattulah dari bumi Gaza dengan catatan 66 orang askar Israel berjaya dibunuh. 6 orang awam Israel temasuk seorang warga Thailand dilaporkan turut terbunuh di Isreal. 460 orang Askar Israel dilaporkan cedera. Peristiwa ini sebenarnya telah menimbulkan mimpi ngeri kepada tentera Israel kerana ada diantara mereka sanggup menembak kaki sendiri bagi mengisi senarai cedera untuk dinyah dalam senarai tentera untuk mengempur Gaza melalui jalan darat. Ini kerana mereka gentar dengan kekuatan mental pejuang-pejuang AlQasam.

17 Julai 2014 : Selang beberapa bulan dari tarikh kehilangan pesawat MAS MH370 dan usaha mencari masih berlangsung, masyarakat dunia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian ngeri pesawat boeng 777 milik MAS dengan nombor penerbangan MH17 telah ditembak jatuh di sempadan Ukrain-Rusia mengakibatkan semua 298 penumpang dan krewnya terkorban. Perjalanan dari Belanda ke Kuala Lumpur telah menjadi mimpi ngeri buat para waris penumpang dan anak kapal kerana semuanya mati dalam keadaan amat tragis. Majoriti mangsa adalah warga Belanda.

24 Disember 2014 : Amat malang, dugaan besar buat rakyat Malaysia di negeri pantai timur, Perak dan lembah klang apabila mereka ditimpa dengan musibah banjir yang maha dahsyat. Keadaan di pantai timur adalah lebih menyedihkan kerana kerosakan yang dialami adalah besar dengan kuantiti mangsa yang terlibat juga amat ramai. Sehingga kehari ini jumlah mangsa banjir melebihi angka 200,000 orang. Hakikat yang terpaksa ditelan adalah mereka akan menyambut tahun baru dengan kehilangan harta benda secara total. 

28 Disember 2014 : Masyarakat dunia sekali lagi gempar selepas dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Air Asia nombor penerbangan QZ8501 perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura. Keadaan ini dikaitkan dengan faktor cuaca dan teknikal pesawat. Pesawat ini membawa 155 penumpang dan anak kapal yang majorinya warga Indonesia. 

Dan hari ini, kita redha apabila semalam pihak berkuasa Indonesia telah mengumumkan bahawa, pesawat ini telah ditemui di dasar laut berhampiran Belitung Timur 15 Km dari koordinat terakhir pesawat. Pihak berkuasa Indonesia juga melaporkan bahawa signal handphone penumpang juga turut membantu mengesan lokasi pesawat terhempas dan menimbulkan spekulasi, adakah faktor kegagalan penumpang mematuhi prosedur keselamatan di dalam pesawat iaitu dengan meletakkan phone dalam mode flight atau off menyebabkan ianya telah menganggu sistem pesawat dikala ketika itu mereka berada di dalam zon cuaca buruk. Kesemua 155 penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban walaupun sehingga kehari ini usaha mengumpulkan mayat mangsa sedang dijalankan. 

Ironinya, tahun 2014 bukanlah tahun sial atau tahun musibah tetapi sebagai umat Islam kita harus mempercayai bahawa setiap yang berlaku itu adalah takdir qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sama-samalah kita berdoa agar dipengakhiran tahun 2014 diberkati umur kita yang sudah berlalu dan moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan kita tahun 2015.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)