Khamis, 30 September 2010

1'000'000 Bakat Profesional Negara "Lari" : Tengku Datuk Zafrul Aziz

Penghijrahan hampir satu juta bakat termasuk separuh daripadanya adalah profesional tempatan ke luar negara perlu dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh 18 bulan sejak Januari 2008 berbanding 140,000 pada tahun sebelumnya.

Difahamkan kebanyakan mereka berhijrah ke Amerika Syarikat, Eropah terutamanya United Kingdom dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz (Gambar) berkata, penghijrahan itu menyebabkan sektor-sektor ekonomi negara terutama dalam industri kewangan sukar mendapat bakat-bakat yang diperlukan.

Menurutnya, meskipun banyak alasan yang diberikan sebagai penyebab penghijrahan itu tetapi satu faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tawaran gaji yang lebih lumayan.

Beliau berkata, profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan.

''Jika perkara ini tidak diatasi segera, bagaimana kita boleh bersaing dengan negara-negara serantau ini?'' katanya pada sesi perbincangan di Forum CEO 2010 di sini hari ini.

Beliau turut membangkitkan kemerosotan prestasi universiti tempatan di kalangan universiti dunia.

''Universiti Malaya kini di tempat ke-42 berbanding 39 sebelum ini, begitu juga dengan Universiti Kebangsaan Malaysia di kedudukan ke-55 daripada 51.

''Sedangkan Singapura di tempat ketiga dan Amerika Syarikat di kalangan tempat lima terbaik. Jika begini bagaimana graduan kita mahu bersaing, setidak-tidaknya dengan Singapura, Indonesia dan Thailand,'' tambahnya.

Tengku Zafrul berkata, negara juga perlu mengkaji dan melihat semula mengapa negara ini semakin hilang daya saing dan ketelusan.

Buktinya, kata beliau, pada tahun 2008/09, Malaysia berada pada kedudukan ke-21 dalam aspek tersebut dan prestasi terus merosot di tangga ke-24 pada 2009/10, sedangkan negara pesaing terdekat, Singapura terus selesa di tempat keenam.

Selain itu, beberapa masalah lain perlu diberi perhatian termasuk masalah birokrasi dan fokus menangani perlakuan terlebih peranan serta tidak menggunakan sepenuhnya sistem berdasarkan merit.


Kata Taming Sari: Mungkin berita ini jarang diolah oleh blogger kita namum Taming Sari rasa ini juga adalah isu besar yang boleh mengancam masa depan negara kerana ia melibatkan banyak aspek.

Dalam konteks ekonomi, banyak sektor utama yang memerlukan profesional dan dambakan muka-muka tempatan. Malaysia sudah merdeka selama 53 tahun, pastinya sistem akademik negara sudah banyak melahirkan profesional tempatan yang berkebolehan dari segala aspek.

Inilah akibatnya apabila semangat patriotisme tidak diletakkan sebagai aras utama dalam memilih  kerjaya dan meletakkan kehendak peribadi melebihi segalanya.

Paling malang, kerajaan juga kehilangan profesional yang ditajanya melalui pelbagai skim pembiayaan pelajaran kerajaan.

Kepada pakar-pakar dan profesional yang dulunya meratah duit kerajaan kerana mahu mengenggam segulung ijazah, kembalilah ke pangkuan negara dan berkhidmatlah di sini dengan keihklasan.

Ingatlah pada negara yang sudah banyak berkorban demi menaikkan martabatmu.


Namun, seperti yang dinyatakan oleh Tengku Zafrul, birokrasi dan ketidaktelusan di dalam pemilihan pekerja oleh jabatan perkhidmatan awam boleh juga dijadikan punca mengapa mereka lari ke luar negara.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Ush berkata...

Sebenarnya, ini bukan perkara baru. Perkara lama. sebenarnya bukan atas faktor wang ringgit yang menjadi ukuran kepada perginya profesional profesional kita keluar negara. Akan tetapi akibat persekitaran Malaysia ini sendiri. Bakat dan idea baru dibuang serta ditolak ketepi yang menjadi sandaran hanyalah wang ringgit dari keuntungan yang boleh diberikan oleh sesetengah pihak serta pihak yang lain. Seperti mana idea najib. untuk mengeuasai teknologi hijau. satu idea yang akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara bukan pengeluar mahupun pesaing. tetapi sekadar negara pengguna yang mana menguntungkan bukan Melayu tetapi Cina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif