Khamis, 23 September 2010

ANCAM HALAU DUTA MALAYSIA DI INDONESIA

Kira-kira 500 rakyat Indonesia melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta hari ini untuk mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah dari negara ini oleh majikan di Malaysia.

Berang dengan kes terbaru membabitkan rogol dan dera terhadap seorang pembantu rumah Indonesia, mereka mengepung kediaman Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan mendesak beliau meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari.

Mereka juga mengancam untuk merayau-rayau di sebuah gedung membeli-belah berdekatan dan mengarahkan mana-mana rakyat Malaysia yang dijumpai supaya pulang ke Malaysia.

“Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Jika tidak, kami akan mengeluarkan semua barang di rumahnya.

“Malaysia sudah melampau. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pembantu rumah kami. Kami sudah hilang sabar. Mereka menghina Indonesia dan rakyatnya,” kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura.

Penunjuk perasaan melaungkan ‘rakyat Malaysia kurang ajar’, menyanyikan lagu kebangsaan dan membawa sepanduk dengan mesej ‘Ganyang Malaysia’.

Tambah Mustar, anggota Bendera akan menghalang rakyat Malaysia yang berbelanja di pusat beli-belah Senayan City agar tidak berada di Indonesia dan keluar dengan segera.

Sumber: Utusan Malaysia

Kata Taming Sari:

Mengapalah rakyat Indonesia ini mengenepikan perasaan sesama Islam dan rumpun Melayu sehingga sanggup memperbesarkan isu sosial dan terpencil itu dengan menjadikannya isu nasional yang mengugat hubungan baik kedua-dua negara.

Tindakan cuba menganggu Duta Malaysia adalah satu kerja bodoh yang hanya akan mengeruhkan hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia. Pihak kerajaan Indonesia perlu bertindak tegas.

Bendera bernasib baik kerana rakyat Malaysia sudah matang dan tidak sesekali mengikut rentak bodoh mereka berdemonstrasi malah mereka yakin kepimpinan negara mampu menyelesaikan kemelut ini.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif