Isnin, 6 September 2010

Guan Eng Perjuangkan Melayu. Apa Nasib Melayu di Batu Maung?

Kg. Permatang Tepi Laut, Batu Maung bakal lenyap.



Tinggal lima hari sahaja untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketika ini, ramai yang sibuk membuat persiapan akhir seperti membeli pakaian baru, membuat biskut raya, menghias rumah dan pelbagai lagi bagi memeriahkan suasana.

Namun, bagi 52 keluarga yang menetap di Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini, ketibaan 1 Syawal tidak membawa sebarang erti.

Ini kerana mereka sudah menerima notis daripada pemaju supaya mengosongkan rumah masing-masing pada 31 Oktober ini.

Bagi seorang ibu tunggal, Rahmah Basri, 61, hanya perasaan sedih yang dapat diluahkan apabila ditanya mengenai kedatangan hari lebaran tersebut.

"Sudah tentu saya sedih, kita dihambat (dihalau) dari rumah sendir.

"Dulu setiap kali tiba hari raya, kami anak-beranak sambut penuh meriah, tapi sekarang nak ganti cat baru pun segan (malas)," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebanyak 52 keluarga dari kampung berkenaan menerima notis daripada peguam pemaju mengarahkan mereka berpindah selewat-lewatnya 31 Oktober ini.

Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu itu mempunyai kira-kira 100 buah rumah dan wujud sejak 70 tahun lalu.

Menurut Rahmah, dia menetap di situ sejak 40 tahun lalu dan membayar sewa sebanyak RM36 setahun kepada pemilik tanah yang dikenalinya sebagai Pak Haji.

Rahmah menambah, dia tidak tahu ke mana hendak tinggal selepas ini kerana tidak mampu untuk membeli rumah di tempat lain.

"Saya tidak bekerja, harapkan anak-anak saja untuk membantu," katanya sebak.

Seorang lagi penduduk, Muhamad Sharif Abdul Rasid, 65, memberitahu, sebagai nelayan, kampung tersebut bukan sahaja tempat kediaman tetapi juga menjadi tempat mencari rezeki kerana terletak di tepi laut.

"Kalau kami berpindah ke tempat yang jauh dari laut, hilanglah mata pencarian kami,'' katanya.


Sumber: Utusan Malaysia


Penulis,

2 ulasan:

Gerakan Timur berkata...

Salam Perjuangan,

GT terbaca di satu blog bahawa blog tamingsari sahabat telah "dimansuhkan" oleh penyangak fuckatan. GT juga penah mengalaminya sebulan yang lalu apabila blog Kalam Timur telah di "flagged" oleh kambing2 itu.

GT telah link dan follow blog ini. Ayuh, kuatkan semangat. Bersama-sama kita lanyak kambing mangkuk ayun fuckatan itu...

Tamingsari berkata...

Terima kasih sahabat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif