Khamis, 30 September 2010

Kenaikan Harga Minyak dengan Kenaikan Harga Air: Mana Lebih Zalim?

Laporan Buletin Utama Tv3 malam tadi begitu memeranjatkan apabila dua negeri dibawah Pakatan Rakyat telah mengishtiharkan kenaikan tarif air.

Semasa janji pilihanraya 2008, semuanya dijanjikan turun, tapi bila dah jadi pemerintah, baru semua nak dinaikan. Alasan kos overhead lah, kos ini, kos itulah, alasan tidak mampu menampung subsidi juga menjadi perisai utama kepada keputusan kenaikan tarif air ini.

Kesemua alasan ini baru diperakui oleh Pakatan Rakyat yang kini berpeluh ketiak melayan kerenah rakyat dan mempertahankan kesejahteraan rakyat.

Bagaimana sukarnya kerajaan BN dahulu mahu membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak bagi mengelak kerajaan menampung kos subsidi minyak yang terlalu tinggi, pihak pembangkang hanya tahu mencari helah dengan teori ekonomi palsu dan menipu rakyat serta mencanang bahawa kerajaan BN zalim.

Semasa Menjadi Pembangkang, Asyik Membangkang, Semasa Jadi Pemerintah, Baru Terkangkang-Kangkang. Inilah istilah yang sesuai ditujukan kepada puak Pakatan Rakyat.

Antara air dengan Minyak mana lebih kejam dinaikkan?

Kalau secara lojiknya, bukankah Malaysia ini kaya dengan sumber air? antara sumber air dengan sumber minyak, Malaysia lebih kaya dengan air.

Jadi, jawapan ekonomi dan perniagaanlah bakal menjawab kepada kenaikan ini. Kos-kos overheadlah menjadi punca dan penyebabnya. 

Mengapa alasan ekonomi kerajaan BN semasa kenaikan harga minyak dahulu bagi menangkis tomahan pembangkang dijawab dengan alasan lojik? 

Rakyat pasti akan marah kepada kerajaan Kedah dan Pulau Pinang atas kenaikan tarif ini? Apa jawapan lojik yang akan diberikan?

Jadi, Taming Sari sangat yakin, PAS, PKR dan DAP semakin nampak, bahawa menjadi pemerintah bukan sesuatu yang mudah. 

Kita sama-sama tunggu apa jawapan Pakatan Rakyat atas tindakan drastik menaikan tarif air ini sedangkan di negeri-negeri Barisan Nasional tarif air masih mampu lagi menampung kos overhead pengurusan air. Tambahan pula, Lembaga Air Perak mampu memberi bonus tiga setengah bulan gaji kepada stafnya seperti yang dilaporkan oleh Taiping Mali. Bagaimana LAP boleh mengawal overheadnya sehingga mampu seyakin ini meraikan stafnya.

Jadi jawapan itu ada pada dua syarikat air dibawah seliaan kerajaan negeri ini. 

Wallahhualam.

Penulis,

4 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Dulu membangkang dan mengutuk mana ada susahnya cuma gunakan air liur sahaja...tetapi sekarang bila dah naik kat atas tak reti nak menjana ekonomi negeri...sebab tu lah duit zakat pun nak disapu...apa nak buat daripada ekonomi terus menjunam...kena lah rakyat sesama membantu...kan ini dikata berat sama dipikul ringan sama dijenjeng...melayu pas dan pkr akan mengngguk je macam burung belatuk...tapi ini lah hakikat nya bila memilih pemerintah dijadikan sebagai satu percubaan so sekarang ni pengindi sendiri yang menaggung akibatnya...memang la senang dahulu puak pak lobai ni kata bagi dulu peluang mereka memerintah kalau tak suka next pilihanraya tukar la balik...tetapi akibat daripadanya satu penggal oooo...pak lobai2 yang menang tu semua pelahab..so dalam satu penggal yang diberi tu ..selagi tak kenyang dan ada peluang mereka kikis habis-habisan...so jadikan ini sebagai satu pengalaman dan jangan diulangi perkara sebegini next time.

Cencaluk berkata...

Salam,

Aku sokong dengan pendapat Anak Lenggong tu, masa jadi pembangkang taunya nak membangkang dah tu dah jadi kerajaan pun masih lagi lagak pembangkang tu dibawanya.

Kat melaka pun kerajaan Negeri semakin memakmurkan rakyat negeri Melaka dengan bermacam-macam projek yang banyak membantu rakyat.

Di Melaka kami ada PEMBELA yang akan membela nasib warga yang susah yang mana ianya tak mengenal bangsa atau darjat yang penting mereka berada dalam kesusahan.

Kedaha dan Selangor jangan kata nak membantu rakyat malah menyusahkan lagi ada le.

joecharlie berkata...

kasi chanlah Air azizan naik selama ni asyik turun aja.....

Tanpa Nama berkata...

Nak kalut pasai apa...Buat orang Kedah Dan Penang...hang pakat2 la tadah air hujan..sebab air hujan aje yang selalu TURUN.. tak penah nak naik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif