Isnin, 20 September 2010

"Mereka bukan Ahli DAP" : Ronnie Liu


"Mereka bukan ahli DAP. Mereka mungkin sub-kontraktor yang tidak dapat tender".

Mudah sahaja jawapan ADUN ini selepas diminta untuk komen mengenai, kira-kira 30 penduduk Pandamaran berhimpun di pejabat ADUN Pandamaran yang juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Berdasarkan laporan TV3 semalam, jelas sekali Panglima DAP Selangor ini berlidah biawak dan jawapannya ditemplak semula oleh TV3 apabila wartawannya berjumpa semula dengan penduduk tersebut dan bertanya:

"Adakah anda ahli DAP?" . Jawapan mereka : YA... Ini kad nya.... (Sambil menunjuk kad ahli seumur hidup DAP)

"Adakah anda semua kontraktor? " Jawapan mereka: TIDAK.... kami dari pelbagai latarbelakang pekerjaan.


Mereka tidak tidak puas hati kerana mendakwa Ronnie kurang menyediakan perkhidmatan kepada pengundi di situ.

Seorang penduduk yang menyertai protes tersebut, Tew Leong Yew memberitahu bahawa Ronnie tidak pernah melawat kawasan untuk menyelesaikan masalah mereka, dan sebaliknya menuduhnya hanya sibuk menguatkan kedudukan politiknya.
"Bahkan prestasi (bekas ADUN MCA) Teh Kim Poo lebih baik. Kami menyesal mengundi Ronnie," tegas Tew.

Penduduk juga merasakan bahawa DAP secara tidak adil telah memecat Tee Boon Hock, yang didakwa mereka orang yang benar-benar bekerja di kawasan tersebut.

"Tee berkhidmat untuk kita, tapi dia dipecat oleh parti."



Inilah DAP, seperti semua pemimpinnya, tiada seorang pun yang boleh dipercayai malah semakin lama semakin jelas belang mereka.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif