Rabu, 22 September 2010

Minta Derma Untuk Ke Mekah Bermunajat Atau Ambil Kesempatan?


Ini adalah satu kisah yang amat menyedihkan dilakukan oleh pemimpin PAS Kelantan. Menurut Malaysiakini, portal berita yang mengampu kuat Pakatan Rakyat ini, Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Dengan modus operandi meminta derma dan meyebarkan fitnah mengenai fakta di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, rakyat Kelantan diminta menderma bagi memudahkan 40 ulama Kelantan bermunajat untuk mengembalikan royalti minyak kononnya sebanyak RM 4.8 billion.  


merupakan gerbang memohon derma bagi tujuan itu.

Paling menyedihkan, rakyat Kelantan dipergunakan oleh pemimpin PAS ini semata mahu menuntun kehendak nafsu mereka mahukan keduniaan dan menyelimutinya dengan kealiman dan alasan mahu bermunajat di Makkah. 

Akhirnya sekali, rakyat Kelantan tidak juga merasai apa-apa kebaikan andaikata Petronas membayar royalti tersebut kerana wang tersebut hanya akan disimpan bagi meraih undi PRU 13 nanti ataupun diagih-agihkan kepada kronoi-kroninya dengan melaksanakan projek-projek gajah putih.

Sudah 20 tahun lebih Kelantan dibawah pemerintahan PAS, lihatlah negeri ini masih mundur dengan ibu negerinya sama taraf dengan bandar ke-3 negeri-negeri lain.

Jurang ekonomi rakyat kelantan amat ketara kerana kalau ada yang kaya terlalu kaya manakala yang miskin terlalu miskin. Nantikanlah musibahnya sekiranya pemimpin yang diberi amanah oleh Allah memulihkan keadaan ini masih gagal melaksanakan tangungjawabnya menyelesaikan masalah ini. 

Jadi, kepada seluruh rakyat Kelantan, tidak perlulah menderma kepada agenda PAS ini sebaliknya sekiranya anda ada kesempatan ke Mekah, bermunajatlah kepada Allah, supaya Allah memberikan Kelantan kepada pemimpin yang berkaliber dan bertangungjawab.

Semoga anda rakyat kelantan tidak diperkudakan.

Walllahhualam.
Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif