Isnin, 6 September 2010

Muka Guan Eng Berbadan Nizar : Baling Batu Sorok Tangan

Gambar: inilah gambar yang super impose meletakkan kepala Guan Eng dibadan Nizar.

Lumrah dunia, apabila sesuatu kejahatan itu dikesan, mudah sahaja segala tuduhan dibuat dan tanpa usul periksa selalunya seteru paling paling hampir bakal dijadikan sasaran.
Begitulah nasib bagaimana berlakunya kepada UMNO selepas dituduh pula konspirasi mereka selepas tersebarnya gambar LGE sedang menyembelih lembu bersama-sama orang Islam.
Biarpun ia hanyalah super impose, namun, kesan paling mendalam di dalam sanubari rakyat terutamanya Melayu Islam, gambar ini betul-betul menghina ajaran suci Islam di dalam bab berkorban dan akikah.
Namun, bukan itu isu yang hendak diperkatakan tetapi ada kemungkinan gambar ini dibuat oleh orang-orang PAS juga.
Majlis ini adalah majlis anjuran PAS dan pastinya orang PAS juga yang menyimpan gambar ini.

Jadi, selidiklah dulu sebelum membuat tuduhan sambarono mengenai isu ini.
Wallahhualam.
Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif