Selasa, 28 September 2010

Nasihat Pak Lah Umpama Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus

Semangnya Taming Sari tidak nafikan nasihat Tun Abdullah Badawi dibawah amat berguna:

Kerajaan perlu membentuk minda masyarakat pelbagai kaum di negara ini supaya ia bebas daripada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan proses perpaduan.

Jika tidak, bukan sahaja perpaduan malah apa jua perubahan sukar untuk dilakukan kerana rakyat tidak dapat memahaminya secara menyeluruh.

"Sudah 50 tahun saya mendengar kita bercakap soal perpaduan. Tetapi sehingga kini perubahan ke arah itu masih gagal dilaksanakan.

"Ini kerana, pemikiran rakyat pelbagai kaum negara ini masih belum bebas dan dibelenggu oleh perkara-perkara negatif yang boleh menggagalkan proses tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Cita-Cita dan Harapan Negara pada Forum Perpaduan Kebangsaan 2010 anjuran Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) di Hotel The Corus di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon V. Navaratnam.

Abdullah berkata, kerajaan juga akan mampu melahirkan modal insan berkualiti di negara ini sekiranya pemikiran rakyat dapat dibebaskan daripada unsur-unsur negatif.

"Rakyat perlu sentiasa diberi kesedaran bahawa mereka hidup di dalam sebuah negara iaitu Malaysia, mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama dan perlu hidup bersatu padu.

"Sekiranya pemikiran rakyat boleh dicorakkan ke arah itu, insya-Allah perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini akan dapat dicapai," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perpaduan akan dapat dilakukan sekiranya rakyat memahami dan mengamalkan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

"Perlembagaan dan Rukun Negara perlu dihormati dan dipatuhi oleh semua kaum. Ini kerana, ia merupakan panduan dan pegangan yang akan menguatkan kita (semua kaum) secara bersama," katanya.


Bagi Taming Sari, segala apa yang berlaku pada hari ini adalah kerana kelemahan Pak Lah sendiri semasa era pemerintahannya.

Kronisme dan ketidaksungguhannya dalam membawa agenda perpaduan sehingga wujud rasa curiga antara kaum menyebabkan Barisan Nasional tidak diterima oleh kaum Cina dan India.

Kekalahan teruk MIC, MCA dan gerakan menjadi jawapan kepada hasil kerja tangan Pak Lah.

Adalah lebih baik, Pak Lah duduk diam tanpa perlu menganggu usaha PM kini untuk memperbaiki segala kerosakan yang ditinggalkan.

Kenapa baru hari ini Pak Lah cuba nak mengajar kerajaan sedangkan ketika dia memegang tampuk pemerintahan, sejauhmana usahanya memakmurkan perpaduan dan meningkatkan kepercayaan sesama kaum?

Berikanlah sokongan sepadunya buat Najib Tun Razak dalam menempuh segala onak dan cabaran mendatang bagi menatang bangsa dan agama dikala banyak tangan menyepak dan kaki menendang.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak muntah aku dengan dollah ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif