Khamis, 23 September 2010

Pemotongan Gaji Untuk Pembayaran PTPTN Dijangka Dilaksana Pada 2013 - Khalid

Kerajaan telah menangguhkan penepatan pemotongan gaji melalui LHDN untuk bayaran pinjaman PTPTN adalah satu langkah bijak bagi mengelak peminjam mengalami masalah kewangan dikal ekonomi kini baru sahaja pulih dari kemelesetan.

Menurut Utusan Malaysia, Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.

"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.

"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Malah kata Mohamed Khaled, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke atas peminjam baru, manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.

Sumber: Utusan Malaysia

Kata Taming Sari

Pembayaran Pinjaman PTPTN memang wajib dan kaedah pembayaran melalui potongan gaji adalah jalan terbaik memastikan peminjam membayar semula pinjaman mereka.

Kaedah ini dapat menyelesaikan tunggakkan hutang peminjam yang degil untuk melunaskan pinjaman mereka.

Namun, ada segelintir pembayar setia, PTPTN harus mengambil kira perasaan mereka.

Cadangan Menteri berkaitan mengenakan syarat ini hanya pada peminjam baru adalah satu idea yang bernas.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif