Isnin, 27 September 2010

Pengetua Rasis Kerana Slogan "Ketuanan Melayu" UMNO @ BTN : Er Teck Hwa

Menurut Harakah Daily :

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berpendapat insiden pengetua sekolah yang bersikap rasis adalah kesan daripada doktrin politik 'Ketuanan Melayu' ciptaan Umno.

Doktrin politik itu seringkali menjadi teras kepada kursus anjuran Biro Tatanegara (BTN) yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan dan golongan pelajar.

Justeru, belum pun reda isu pengetua rasis yang menghina pelajar Cina dan India di Johor baru-bari ini, kini timbul pula dua lagi kes serupa, juga di Johor dan satu lagi di Melaka.

Ianya didakwa membabitkan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di Muar yang telah memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga lima, menadah tangan serta membaca doa bersama-sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu April lalu.

Satu lagi kes yang berlaku Julai lalu di mana seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan Methodist di Tengkera, Melaka yang mengatakan pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu menjual tubuh mereka.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan guru tersebut ekoran memarahi sekumpulan remaja Melayu yang berpakaian tidak menutup aurat ketika memperagakan fesyen dalam satu aktiviti di sekolah itu.

Guru terbabit kemudiannya telah memarahi pelajar di sebuah kelas yang terdiri daripada berbilang kaum dengan menyalahkan pelajar Cina di atas perbuatan pelajar Melayu tidak menutup aurat tersebut.

Kedua-dua insiden itu didedahkan Teck Hwa serta Ahli Dewan Undangan Bachang, Lim Jak Wong.

Teck Hwa seperti lapor Suara Keadilan, telah membuat aduan kepada Jabatan Pendidikan Johor dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong sementara pengetua tersebut hanya diberi amaran sahaja.

Manakala, guru agama tersebut pula telah ditukar ke sekolah lain.

Kata Taming Sari: Teck Hwa jangan nampak ke'rasis'an ini pada orang-orang Melayu sahaja, malah mereka bersikap begitu kerana mereka sudah nampak orang Cina terutama dari parti DAP, paling lantang tidak menghormati perlembangaan dan menafikan hak orang Melayu.

BTN dan UMNO memang dipertangungjawabkan bagi menjaga kepentingan Melayu dan segala ancaman kepada Melayu harus diketengahkan segera.

Tidak salah rasanya Melayu untuk mengingatkan sesama Melayu mengenai nasib masa depan mereka dan setahu Taming Sari, kenyataan pengetua itu bukan dari hasutan orang lain tetapi lahir dari kesedarannya sendiri.

Sehingga kini kerajaan juga masih bersikap tolerasi kerana kebiadaban dan ke'rasis'an pemimpin DAP dan Namawee masih lagi disiasat secara adil dan kurang tekanan bagi mengimbangi sesetengah ekstrimis Melayu mempertahankan haknya.

Teck Hwa perlu mengenali siapa Melayu dan peranan BTN serta UMNO sebelum mengkondem agensi itu.

Wallahhualam. 

Penulis,
  



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak usah la pedulikan apa kaum cina nak cakap kerana diaorang lebih rasis dari bangsa melayu, tengok ja la...diaorang wujudkan sekolah beraliran cina..tidak ka itu menunjukkan mereka lebih rasis, sedangkan sekolah kebangsaan lebih kepelbagaian kaum. kalau diaorang kata tidak rasis pada kaum lain...apa kata mansuhkan semua sekolah aliran cina...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif