Khamis, 30 September 2010

Semuanya Kerana Nik Aziz

Taming Sari ada sesekali bersembang dengan orang-orang kampung di Kelantan. Rata-rata jawapan yang Taming Sari dengar sama sahaja. 

Mereka mengatakan bahawa PAS di Kelantan ini hanya akan bertahan jika Nik Aziz menjadi ketuanya.

Walaupun pelbagai cemuhan dan kritikan berapi dari kem pembangkang negeri Kelantan, sesungguhnya ke semua saf pimpinan PAS Kelantan begitu taksub dan hormat kepada Nik Aziz dan tidak ada seorang pun berani melawan kata-kata Nik Aziz. 

Dengan status "orang tua" malahan digelar sebagai Tok Guru, Nik Aziz tidak pernah dianggap salah malah segala tindakan dianggap betul dan menjadi ikutan mereka. Kata-katanya pula dibukukan seakan menyamakan Nik Aziz seperti wali Allah yang agong.

Dek kerana itu, rakyat Kelantan juga terikutkan rentak ini dan kerana terlalu sayangkan Nik Aziz, orang Kelantan tidak termakan dengan pujuk rayu BN walaupun disogokkan dengan janji pembangunan. 

Bukti paling jelas dan nyata adalah, ketika PRU-12, BN telah berjanji untuk menyediakan peruntukan bagi memperbaiki sistem Air di Kelantan. Namun, dek kerana sayangnya mereka kepada Nik Aziz, rakyat Kelantan sanggup mengorek telaga dan bersabar menghadapi masalah air walaupun kini masalah itu sudah berlarutan selama 20 tahun lebih.

Orang-orang Kelantan juga tidak yakin samaada selepas Nik Aziz tiada nanti ada atau tidak sesiapa bakal mengantikan tempatnya dan mereka yakin, apabila Nik Aziz tidak bertanding lagi, PAS sudah hilang bisa dan mungkin akan hanya duduk di kerusi pembangkang.

Jelas, Kelantan berada dibawah pengaruh PAS hanya kerana Nik Aziz. 


Pada PRK Galas, Pas pasti akan banyak mempermainkan isu agama serta mencampur adukkan isu royalti demi mengekalkan kerusi DUN Galas. Gambar Nik Aziz sedang berdoa dengan pakaian lusuh akan menjadi modal paling biasa buat PAS untuk memberitahu kepada rakyat Kelantan, Nik Azizlah pemimpin paling zuhud yang mereka ada.

Wallahhualam.

Penulis,



27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eleh...masa nak amik gambaq berdoa pakai lusuh. masa nak pi majlis naik kereta mewah pulak. Podah...semua orang dah tau. yang tak tau bukan kerana tak tau tapi otak dah tersumbat...anak menantu kaya raya balun duit projek negeri. Kata dulang paku serpih, kata BN depa yang libih...

Tanpa Nama berkata...

Tulisan-Tulisan saudara semua akan menjadi saksi di akhirat kelak...Ingatlah setiap tulisan yang berbaur fitnah seumpama memakan daging saudara sendiri..ingatlah sebelum berkarya atau sebelum menulis niat hati kena jaga..tulisan kita akan membuatkan ramai tersinggung dan terfitnah..ingatlah saudara tujuan apa kita menulis...

Tamingsari berkata...

Kepada Anon

Aku tulis pasal Nik Ajis ini sebab aku mahu semua rakyat Malaysia tahu siapa manusia bernama Nik Ajis ini.

Jgn terpedaya dengan helah politiknya semata-mata mempergunakan Islam demi mempertahankan kuasanya.

Tidak ada yang berbentuk fitnah melainkan ko adalah orang PAS yang sudah buta hati.

Terima Kasih le atas nasihat itu.

Tanpa Nama berkata...

Mana saudara tau nik aziz mcm tu..saudara tengok dengan mata sendiri or dengar dengan telinga sendiri ke

Mana saudara tau dia memperggunakan islam...sauadara ada bukti ke..saudara siasat dengan saksi ke?

kata saudara tak fitnah..buta tuli tu bukan fitnah ke?..Saudara ALLAH meyuruh umat dia bersatu ..dan jangan menilai manusia..belum tentu orang yang pada PENDAPAT kita tu buruk..jahat..lebih JAHAT daripada kita..fikir2 kan saudara
jadilah penulis blog yang disegani

Tamingsari berkata...

Tidak ada fitnahnya jika tuan sendiri yang menganggap ia fitnah.

Tidak ada yang membuta tuli jika tuan sendiri yang menganggap ia membuta tuli.

Tuan datanglah ke Kelantan, saksi dan bertanyalah sendiri dengan orang-orang lama di sini.

Ikutilah pendedahan seterusnya di blog ini. Semoga tuan akan sedar siapa Nik Ajis sebenarnya.

Semoga berubah pendirian tuan melainkan tuan sudah bertaklik.

T.kasih.

Tanpa Nama berkata...

Allhamdullillah saya anak jati kelantan..dah hampir 38 tahun saya tinggal di kelantan..so kelantan tetap mcm dulu...mcm BN memrintah dulu juga...

saudar mungkin orang luar dan tak payah megutuk nik aziz..saya org kelantan tau keadaan negeri saya

saya nak tanya saudara..kalau nik aziz jahat sangatlah...memperggunakan islam sebagaimaan tuduhan saudara..so saya nak tanya mcm maan keadaan islam dinegara kita..saya nak tanya secara jujur

yang penting sauadar...kita pulihkan dulu negara kita yang banyak rosak..dari segi moral...cuba kita bertindak dengan mengamalkan Al-Quran..insyaALLAH ALLAH jaga kita sebagaimana kalau kita menjagaNYA

saya tak rasa kerajaan sekarang pun lebih baik...klu baik asas dalam islam telah DIPATUHI..sekian

Tamingsari berkata...

Khas buat anon.

Ternyata tepat sangkaan saya yang tuan adalah penyumbang kepada kekuatan pengaruh Nik Ajis di kelantan.

Saya adalah pengerak utama ekonomi orang kampung di kelantan walaupun sy org luar.

rintihan orang kelantan kepada ketidaktelusan nik ajis memerintah sering sy dengar.

Mungkin tuan yang bertaklik tertipu dengan nik ajis yang menjanji syurga pada org kelantan demi mengekal kuasanya di kelantan.

Bukankah itu cara mempergunakan agama demi politiknya.

Walaupun tuan org kelantan, sy rasa sy lebih kenal nik ajis lebih tuan.

Sy memang yakin, pendedahan di dalam blog ini perlu segera dibuat bagi mengelak kelantan terus ditipu nik ajis termasuk tuan.

Tidak kira apa pun halangan, termasuk sesiapa pun, inilah cabaran untuk menegakkan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Tak Payahlah saudara nak buat baik di negeri orang jaga negeri sendiri dulu..dari dulu sampai sekarang kelantan masih tetap sama..ekonomi masih baik walaupun dipulau oleh pemimpin yang disayangi oleh saudara..ingat lah saudara yang penting agama dulu..tengok asas dalam islam seseorang pemimpim yang ingin memimpin perlu takutkan ALLAH baru boleh jadi contoh...barulah seterusnya saudara hal ehwal duniawi

Saudara tak tengok ke pemimpin kesayangan saudara mendedahkan aurat..bukankah dalam islam benda tu HARAM..kenapa perkra asas dan mudah ini tidak diketengahkan..

sedih kan... saudara sibuk dengan kepincangan orang lain..konon2 nya kelantan ni ditindas..Saudara cuba buka fikiran x semua tindakan kerajaan yang disayangi saudara tu BETUL...timbang2 kan lah..x semua pendapat pembangkang tu SALAH..sekarang sapa yang membuta tuli.

Biasalah kita manusia saudara..saya pun sama ...tetapi kita kena timbanglah sama rata..jangankan tindakan oleh org yang kita skong tu BETUL semuanya..ingat saudara kita seakan bersubahat jika kita tau benda tu salah tapi kita kata betul kerana ketaksuban kita..saya x kta pembangkang betul..dan saya tak kata kerajaan sekarang salah...saya cuma timbang yang salah tetap salah yang betul tetap betul tak kira atas tiket apa sekalipun pemimpin itu duduk/sandang..wallah hualam

Tamingsari berkata...

Isu aurat ini isu peribadi.... Dia taknak ikut Islam... itu hak dia... tuan kena nasihat anak tuan dulu... jgn ikut macam dia...

memang kelantan smpai skrng tak berubah sbb PAS memang tak buat apa2.. guna apa yang BN buat dulu...

Contoh pasal air... tak de projek baru pun... 2 sbb air bermasalah. kot2 rumah tuan pun air selalu takde.. mcmane nak ambil air wuduk? ke tuan pakai air tanah? Nak ke kita hidup mcmnie smpai 2020? isle ajar macamnie ke?

Kalau pemimpin kesayangan tuan tu ikut isle... dengan cara apa? dengan cara menutup aurat je ke? mulut diorang.? tak payah tutup? sibuk hina dan cerca orang?

Minta le pemimpin kesyangan tuan tu bawa usul hudud ke parlimen, jgn asyik meyalak masa ceramah saje. Kita tengok, silap2 DAP yang bangkang....

Kawe bukan ape... kawe tengok PAS nie jauh doh dengan Isle... nak bangunkan orang Isle lagi jauh...

Kebahgian Dunia dan Akhirat itukan doa kita semua....

Tuan kena banyak lagi belajar mengenai politik.. Teruskan membaca blog ini... tuan pasti akan faham... tapi baca dengan hati terbuka...

Tkasih kerana terus setia...

Tanpa Nama berkata...

ooo mcm tu ye..baca dengan hati terbuka ye..mmg saya terbuka hati nak baca blog ni...sadis

ooo klu bab aurat masing2 punya hal..peribadi la kan...bagus pendapat saudara..sauadara pernah dengar tak jika seorang pemimpin lupa atau terlupa dalam mentdbirkn negara baik dalam hukum islam dan duniawi pun kita kena tegur..kenapa saudara TAKUT sangat nak ketengahkan dlam blog ni

tapi kalu isu duniawi tambah2 lagi PAS mmg saudara berani sebab saudara rasa dilindungi kan..Ingat ALLAH saja yang boleh melindungi hambaNYA.

klu bab isu agama pandang ringan..terserah kepada masing2..so masing2 tu siapa saudar? bukan kawan sebangsa dan seagama kita ke..klau saudara2 betul2 perjuangkan hak rakyat jangan lupa pengisisan agama dalam perjuangan saudara ok..

Tanpa Nama berkata...

InsyaALLAh rumah kami tak pernah kering air...kerana RAHMAT ALLAH S.W.T bukannya sb BN x perintah sungai jadi kering

Tamingsari berkata...

Adakah kerajaan PAS kelantan sudah berjaya menyuruh rakyatnya menutup aurat?

Cuba tuan bagi cadangan bagaimana cara kerajaan hendak memastikan rakyatnya menutup aurat? sebab sy tengok dari awal tuan tuan komen, tuan nie asyik nak cari salah org... ni sikap ala terminator je.. cuba bagi cadangan...

emailkan kpd sy blog.tamingsari@gmail.com

Soal air... syukur... rumah tuan ada air... tapi rumah org lain? jgn pentingkan diri tuan... BN bukan untuk disyukuri tapi sekurang2nya dihargai... Isle tak ajar pentingkan diri tuan.... ke memang tuan tak tahu, kelantan ada masalah air? pergilah ke syarikat air kelantan... cuba tnye... berapa aduan dalam sehari...

sy dilindungi? sape yg lindungi? Sbb sy takut pada Allah, sy dedahkan semua ini...

buka hati itu sikit tuan.

Terima kasih kerana setia membaca blog ini... sebarkan pada kawan2 ye...

Tanpa Nama berkata...

Tamingsari jangan patah semangat dan teruskan perjuangan. Hujah-hujah Tamingsari bukti keunggulan minda yang Tamingsari miliki. Betulkan dahlu perangai-perangai Pasukan bola negeri Kelantan. Merusuh bukan sahaja dinegeri sendiri, bahkan biadap dinegara orang pula tu.Dahlah cari makan dinegeri-negerei orang, kuasa pun nak ambil juga. apahal?
Kata sultan sulu kepada orang Amerika, kalau kau dah maju dan kaya, apahal datang ke Sulu nak merompak? Karpal singh pun payah nak jawab!

Tanpa Nama berkata...

kesimpulannya senang je. pas pandang islam hanya pd luaran. asal bertudung..berkatup kepala dgn kopiah..itu sudah islam. bila sudah islam..mulut boleh kata apa2 pun..perangai boleh buat apa2 pun. bg aku, lebih baik bertelanjang drp dok guna penampilan islam. bg malu islam saja.

baru2 ni pas heboh psl isu rosmah menghadiri festival pakaian islam yg x mcm islam. depa marah sbb festival guna nama islam tp pakaian pertunjukan x mcm islam. depa tahu marah bila nama islam diperlekehkan mcm tu. tp depa lupa..ada satu parti kt malaysia ni yg dr dulu lg guna nama islam tp x nmpk pun apa yg islamnya.

pas hampas...bg depa nik aziz tu la yg maksum. kalo dh maksum sgt..kenapa x jadi pergi haji dgn duit sponsor? x kan dh kena tegur baru nk batal? 'tok guru' tu...dh taraf wali...mana bleh tegur bang..masuk neraka nnt...

-damansara

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz ni kalau kita kenal rapat dan selalu bertegur sapa dengan dia, kita akan tahu akal budi dia ni rendah, bercakap bongkak dan egonya tinggi.

Pantang dikritik, ditegur... pantang berselisih pendapat dgn dia, ha... silap besarlah kalau ada yg berani kritik atau tak sependapat dgn dia.

Paling penting, kalau nak sentiasa kekal rapat dgn Nik Aziz, sentiasalah angguk dan tunjuk kagum pada dia.

Tanpa Nama berkata...

aku nak sokong tadi satu bab..aku anak jati kelantan dan pernah tengok bhw..penduduk kelantan nih rasa dan perasan yg islam nya lebih dari org lain...pasal parti PAS nya,,,pada hal...mak ai..nak cerita pun malu..



apapun,,aku sokong tamingsari...

Tanpa Nama berkata...

taminsari---tak payah lah tuan hamba tertengang leher dengan Anon sebab
1-apa yang di bahas nya rasa macam di tadika. dan cara yang dikata kan seperti dia saya yang betul islam. tapi apa dia seorang mukmin ?

Tanpa Nama berkata...

Nik aziz ne masa nak pilihanraya baru nak islam kan orang asli,
aku nak tengok lepas pilihanraya berapa ramai lagi dia nak
islamkan orang asli, lepas bagi duit pulak..hee...
Cuba tengok tun walau pun tak pakai jubah kalau tuan hamba
pergi ke bosnia, negara arab , palestin meraka lebih kenal TUN sebab ia pendegak
islam yang sebenar nya. hingga kan israel benci dengan dia. tu lah seorang yang
tak pakai jubah tapi penegak islam yang sebenarnya. takat nak islam orang asli,,
heee.. ne akau ada cerita yang boleh jadi podomaan..

aku bukan benci dengan aziz tapi cakap dia melalut, kata allah gengster
la. dia pilak penentu orang masuk surga la.bila cakap dia kita pertikat
dia pusing kata maksud lain.pening kalau repoter nak interview dia.


Ada seorang ustad telah mengislamkan seorang iban kat serawak. Bila dah masuk
islam ustad tu bagi tau yang orang islam tak boleh bela babi bawa rumah.
sebab orang iban suka bela babi kat bawah rumah.maklum lah rumah panjang.
Orang iban tu diam tak kata apa cuma menganguk kepala. menggu sererusnya
dia pergi untuk melihat keadaan mereka didapti babi dan tak ada
di bawah rumah rasa lega hati ustad tu kerana apa yang di cakap mereka ikut.
nauk aje kedalam rumah ustad u tanya mana babi-babi tu. maka jawab orang
asli dia dia pindah babi tu ke tempat lain sebab orang islam tak boleh
bela babi bawah rumah. geling kepala ustad tu. maka ustad tu kata kat
orang iban tu bahawa orang islam tak boleh makan babi tu sebab haram.
orang iban tu angguk kepala tanda faham. minggu seterus ustad tu datang
semula kerumah panjang tersebut dia dia tengok ada babi di bawah rumah
terperanjat berok ustd tersebut. lalu dia tanya kenapa ada babi kat bawah rumah,
pantas jawab orang iban tersebut. babi babi yang dia bela ne dah masuk
islam dan babi babi baru. sebab babi ni dia bela selapas dia masuk islam...


moral of story.. kalau nak islam orang asli kena buat cara yang betul
dan tindakan susulan kena buat. kalau tidak beratur orang asli nak masuk ilam nak duit lepas tu jadi agama asal....


bravo

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Kali pertama masuk kesini hari nie...
Renungan utk Anon (saya), Anon(Pas), taming sari dan semua rakan2...

Semua org berbicara pasal Islam, tp apa yg kita dah buat utk ISlam?Kita selalu tgk org buat salah dan jarang-jarang nampak kesalahan sendiri.

saya tertarik dgn anon yg cerita pasal ustaz yg islamkan org Asli di sarawak...
skg susah nk cari Ulama/ustaz yg istiqamah masuk jmp org asli terngkan pasal Islam...lepas islamkan org asli,kene selalu follow up, jgn harapkn mereka yg dtg cr Islam...ustaz sekarang lebih suka beri ceramah dimasjid sbb boleh dpt duit, lebih glamor...berapa kali dlm sebulan ustaz nik aziz masuk kmpg org asli?atau nie bukan kerja nik aziz?atau org asli tak perlu pd islam?atau kita nk tggu pendakwah agama lain yg jmp deorang?...sebenarnya semua tu salah saya, sbb saya tak mau korban diri, wang dan masa saya utk Islam...bkn salah nik aziz atau Pas, bkn salah ustaz, tp salah SAYA.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan semua umat Islam. Jadikanlah kami asbab hidayat utk org lain mendapat Islam dan iman yg sempurna.

Tanpa Nama berkata...

sambil makan popcorn,sambil baca tak payah tengok movie pun ok memang best betul

Tanpa Nama berkata...

Tak payah buang masa la Taming Sari dengan ANO PRO PAS tu... kalau Nik Azis dan kuncunya tu boleh rampas tanah orang asli dan janji macam-macam sebelum pilihanraya dulu tapi sekarang boleh bagi pada Cina Singapore... Apakah maknanya itu?

Antara sifat-sifat orang munafik itu adalah apabila berjanji dia mungkir..

Penduga Arus berkata...

Assalamuaklaikum yaa akhi.

Muhasabah diri sendiri dahulu, sebelum mempertikaikan orang lain.

Wallahu'alam.

sceboblog berkata...

tamingsari menulis gna kepala lutut agaknye..

Tanpa Nama berkata...

Kepada juak2 & taksub Pas diaorang nee akai ada tapi tapi tak leh nak berfikir secara broad minded yg mana satu betul kalu N.Ajis cakap apa saja percaya abih walau kentut N.Ajis depa kata wangi itulah hakikat sebenar hardcore ahli Pas yg setengah tu cium tongkat N.Ajis pun ada.
1.Kepada semua penganut setia (taksub & hardcore) tolong baca sikit dalam pertubohan PAS mana kata nak tuboh negara Islam (tak mention pun). Tapi dalam article pertubohan UMNO negara islam disebut panjang lebar.
2.Kalau berkawan dgn kapir harbi DAPig boleh cakap pula Islam boleh tolak ansor. Tapi kalu dengan Islam UMNO tak leh.
3.Kalau Kedah banjir Pas kata ujian tuhan tapi kalu Johor banjir Pas kata bala.
4.Taksub & Hardcore Pas hanya tahu baca Harapak yg penuh kata maki hamun serta pembohongan, benda2 begini yg disukai orang Pas orang lain buat semuanya salah tapi apa depa buat untuk menegakkan/mengajak orang masuk islam seperti kata MB Kedah itu saya tak tau.
5.Taksub & Hardcore Pas ingat depa saja Islam dan sebok kata atau nasihat itu/ini tentang islam tapi diri mereka tu belum tentu Islam sejati yang konon tuan guru (N.Ajis) katakan megajar ugama bab itu ini tapi berbahasa Arab tak reti dok main hafal saja. Tengok saja Ustaz2 muda skrg ramai yg boleh berbahasa Arab termasuk Hj Harussani Zakaria.

Dari: Ambo Kelantan Jawo

Al Amin berkata...

20 tahun lalu, Pas kata, jika kita perintah, semua yang kita nak boleh buat. Sesudah 20 tahun perintah, air sempurna pun kena tunggu 2027. Kita duk atas dunia lagikah atau dalam tanah.
Cakap Islam mesti disertai politik pembangunan. Lim Guan Eng sekarang sedang menghambat Melayu Islam keluar dari Pulau Pinang. Sedarkah atau tidak. Bagaimana Pas mengatasinya atau pak turut kafir saja. Kalau nak berhujah, memang tak habis sampai kiamat pun. Masalah yang ada didepan kita sekarang ialah kenapa tawaran persahabatan dengan UMNO ditolak, dalam masa yang sama bersekonkol dengan DAP. Apa dah jadi ni?. Baca betul-betul Al Quran dan faham maknanya, jangan taksub sangat. Ke mana hasil jualan balak yang dibahagi kepada kroni Pas?. Jualan RM3000.00 seekar berapa dapat kiranya terima anugerah 2000 ekar. Selidik baik-baik, tengok biar jelas, Insya Allah, Allah memberi petunjuk kepada umat Melayu Islam di Malaysia ini. Sekian.

Bentaraguru berkata...

Orang Pas dan UMNO sudah membaca segala peristiwa yang dicadang dan akan dibuat oleh Pas dan BN. Pas berharap pembangunan Islam di Kelantan dengan bantuan kerajaan Pusat, tetapi pembangunan pusat di Kelantan dengan wang yang dicarinya daripada hasil mahsul negara.
Mula-mula Pas perintah Kelantan membangun bersama Islam setelah bersekongkul dengan Pakatan Rakyat Anwar, Lim Kit Siang, Nik Aziz dan lain-lain, nampaknya Nik Aziz condong kepada apa kata Anwar, diikutnya.
Kasavan DAP Perak, terjemah Quran lintang-pukang pun dihalalkannya, malah seluruh ulamak mengharamkannya. Allah menyuruh umatnya membaca dengan beradab, beradabkah terjemahan kafir laknatullah itu ?. Bermuhasabahlah diri, beristikharahlah semoga umat Melayu Islam dapat kembali ke jalan Allah. Amin.

Tanpa Nama berkata...

AKU ANAK JATI KELANTAN, AKU KECEWA DGN PAS BUKAN KRN PEMBANGUNAN MATERIAL, TETAPI KRN PEMBANGUNAN AKIDAH DAN AKHLAK SOSIAL.
ISLAM MELETAKKAN AKIDAH DARI SEGI PERKARA POKOK, DAHAN, RANTING DAN DAUN.
1.PAS MENSLOGANKAN HUDUD UNTUK PARTINYA -betullah tu, itu memang perkara pokok, TETAPI KERJA BUAT MEREKA TIDAK BERAMALKAN HUDUD, ADA MASALAH CEPAT MENYALAHKAN ORANG-sifat org Islamkah itu?.
2.PASAL TUDUNG DIJADIKAN ISU BESAR, sedangkan itu perkara ranting daun shj.
3.NIKAJIS MEMBENARKAN FAHAMAN SYIAH-itu perkara pokok
4.DEMI UNDI SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA, NIAT MENGHALALKAN CARA TERMASUK BERSENGKONGKOL DGN PELIWAT TEGAR DAN KOMUNIS-itu perkara pokok.

yg lain2 mohon pembaca sekalian dan tamingsari catatkan sendirilah,INNALILLAH HIWAINNAILAIHIROJIUNNN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif