Rabu, 29 September 2010

Si Sepek dan Si Kaki Botol : Timbalan Pengarah BTN Dikecam

Jika benarlah dakwaan ini, perlu satu tindakan drastik di ambil. Al-maklumlah, dikala kita sedang memperjuangkan soal perpaduan dan satu Malaysia, kenyataan menghina kaum lain tidak pernah di ajar dan diterapkan di dalam modul Biro Tatanegara.

Kepada semua pegawai BTN, Taming Sari nasihatkan satu sahaja, perjuangan sebenar bukan hanya ketika berkursus selama 2 atau 3 hari di Kem BTN, tetapi perjuangan sebenar adalah menjadi idola dan contoh kepada masyarakat kerana anda semua yang sering bercakap mengenai perpaduan melayu dan perpaduan semua kaum, serta semangat cintakan negara harus melakukannya dahulu. Tunjuk dan buktikan kepada masyarakat, anda memang pengamal kepada apa yang anda perkatakan.

Carilah kaedah yang lain yang boleh digunakan bagi menyampaikan agenda Melayu bukan seperti program-program umum seperti ini yang hanya mengundang fitnah. 

"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar." 

Menurut laporan Malaysiakini:

Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa telah menghamburkan kata-kata perkauman ke atas masyarakat Cina dan India di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Dr Subramaniam berkata jemaah menteri secara umumnya kesal mendengar kata-kata yang didakwa dihamburkan oleh timbalan pengarah BTN, Hamim Husin pada sebuah majlis membabitkan Puteri Umno pada Isnin lalu.

Hamim didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh portal berita the Malaysian Insider sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif