Rabu, 6 Oktober 2010

200 Polis Bermasalah Di Johor : Angka Yang Tidak Serius?

Seramai 200 anggota dan pegawai polis negeri ini telah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun ini selepas didapati bersalah kerana melakukan pelbagai kesalahan disiplin.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, tindakan tatatertib itu diambil selari dengan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mahu semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) memiliki tahap disiplin dan integriti tinggi.

Beliau berkata, selain digantung tugas dan diturunkan pangkat, ada juga di kalangan anggota serta pegawai polis yang bermasalah telah dilucutkan jawatan mereka serta merta.

"Polis negeri tidak mahu orang-orang macam ini, dan kami tidak bertolak ansur terhadap mana-mana anggota polis yang bermasalah.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan sekiranya didapati mereka benar-benar bersalah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, jumlah mereka yang bermasalah itu bagaimanapun dianggap masih kecil berbanding lebih 8,000 anggota polis berkhidmat di kontinjen tersebut.


Kata Taming Sari: Datuk Mokhtar mengatakan bahawa 200/8000 orang anggota polis adalah nisbah yang sedikit?

Jumlah 200 orang Polis Bermasalah ini dikesan sepanjang tahun ini di Johor meliputi pelbagai kesalahan disiplin. 

Angka 200 orang ini ramai dan sepatutnya anggota Polis perlu lebih berintegriti dan menjadi contoh kepada masyarakat. 

Walaupun anggota 200 tersebut sudah dikenakan tindakan dispilin namun ia seharusnya menjadi satu pengajaran buat semua anggota polis supaya sentiasa berimej dan bertindak sebagai seorarang angota polis bukan sebagai penjenayah, pengugut, kaki ampu dan perasuah.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif