Isnin, 4 Oktober 2010

Adun Malim Nawar, Perak (DAP) Masuk BN

Keputusan Keshvinder Singh yang keluar DAP dan menjadi ADUN bebas kemudian mengisytiharkan dirinya akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) adalah satu keputusan yang tepat dan mengukuhkan lagi penguasaan BN di negeri Perak. 

Keshvinder membuat keputusan tersebut kerana tertarik dengan Parti PPP yang disertai oleh pelbagai kaum dan dikatakan sesuai dengan jiwanya. 

Keshvinder yang hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan DAP Perak yang kini sudah bercakaran lalu keluar parti itu pada 15 Jun lepas. 

Menteri Besar Perak, DS Dr. Zambry amat gembira dengan keputusan itu sambil menyifatkan BN sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja menyertainya asalkan mahu menerima prinsip perjuangan BN. 

Kehadiran Kesvinder dalam BN bakal merubah sedikit senario politik Perak dan memberi tamparan yang lebih hebat buat Nizar, Ngeh dan rakan-rakan pembangkang Perak. 

Wallahhualam. 

Penulis,

1 ulasan:

udanggalah berkata...

Boleh belah dengan DAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif