Sabtu, 23 Oktober 2010

Agenda DAP Makin Terlaksana : Usir Melayu di Pulau Pinang

Mungkin keterlaluan jika mengunakan perkataan "usir". Walaubagaimanapun itulah hakikatnya yang berlaku kepada P.Pinang bumi yang membiaknya puak Cina yang semakin hari semakin ramai.

Bukan selepas DAP memerintah, semasa Gerakan memerintah dahulupun Melayu kerap terpinggir dan kediaman Melayu di Pulau semakin berkurangan digantikan dengan projek perumahan mewah khusus untuk businessmen Cina. Walaupun kuota untuk bumiputra disediakan namun mana mampu orang Melayu untuk membeli rumah mewah yang dulu tanah tersebut pernah berdirinya rumah kayu mereka. 

Sejak DAP memerintah, nasib Melayu makin buruk apabila sifat kafir harbi yang ada dalam hati DAP meneruskan lagi usaha Cina gerakan mengusir orang Melayu di P.Pinang. Sentimen "bumi dipijak milik orang" kini betul-betul menghantui orang Melayu P.Pinang kerana mereka amat takut, kuasa kerajaan negeri membolehkan mereka mengambil tanah persendirian untuk tujuan pembangunan disalahgunakan DAP bagi mengambil semua tanah milik orang Melayu.

Bezanya DAP dan Gerakan, Gerakan di bawah BN yang dipimpin oleh orang Melayu. Sekurang-kurangnya Gerakan masih tertakluk kepada keputusan orang Melayu. Mungkin kerana itu momentum mengusir orang Melayu di P.Pinang agak perlahan semasa Gerakan memerintah.

Perkara ini dicetuskan kebimbangannya oleh wakil UMNO P.Pinang,  Muhammad Faris Saat yang membahas isu ini ketika Perhimpunan Agong UMNO di PWTC yang sedang berlangsung ketika kini. Antara pendedahan yang beliau lakukan adalah :
".............kerajaan negeri sekarang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong memberi contoh satu lot tanah yang dikhaskan untuk penanaman padi sejak dahulu lagi di Sungai Burung telah dikeluarkan daripada kawasan yang digazetkan untuk tujuan itu.
“Satu kes lagi ialah sebahagian daripada kawasan di Taman Negeri juga telah dikeluarkan daripada senarai gazet berkenaan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Ia akan membuka laluan untuk pembukaan kawasan lain dalam kategori yang sama.
“Tidak hairan jika satu hari nanti tidak akan ada lagi sawah dan kehijauan hutan di Pulau Pinang. Saya berpendapat kes ini adalah contoh penyalahgunaan kuasa dan ia mesti dihentikan,” katanya........"



Tambahnya lagi :
"........kajian Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berdasarkan maklum balas daripada kesemua 13 ketua bahagian, 60 kelompok perkampungan orang Melayu meliputi 7,000 penduduk akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di atas tanah milik orang lain.
Menurutnya, Kerajaan Pusat perlu memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan ‘membuka’ kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.
“Jika tidak lebih cepat masyarakat Melayu di Pulau Pinang akan diusir keluar. Ini adalah contoh kes pengusiran melalui polisi dan dasar selain daripada pengusiran secara fizikal, peminggiran secara psikologi dan pengusiran secara terang dan nyata.
“Umumnya, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Menjaga keberadaan bangsa Melayu di Pulau Pinang bermakna mengekalkan keberadaan dan kewujudan Islam di sana. Ketiadaan Melayu bermakna tiadalah suara azan dan sunyilah masjid.
“Berkurangnya bangsa Melayu bermakna sepi masjid dan tenggelam suara azan. Tiada tanah bermakna tiada tempat tinggal. Justeru, sebagai generasi pewaris, saya ingin berpesan, jangan jadi seperti yang berlaku di Pulau Pinang,” tegasnya.
Beliau seterusnya melontarkan persoalan bahawa menjelang 2020 apakah kerajaan sanggup melihat orang Melayu di Pulau Pinang akan hanya tinggal di rumah pangsa kos rendah di kala Malaysia diisytiharkan sebagai negara maju.
“Malah, lebih teruk lagi mereka ini tidur dalam beca seperti 10 orang pengusaha beca Melayu Pulau Pinang. Mereka ini tidak mempunyai rumah dan tidur dalam beca. Kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang selamat kerana tanah milik mereka berada di luar bandar dan zon pertanian...... "


Fenomena ini perlu segera diperdebatkan dan didedahkan. Kita tidak mahu Melayu terus diperanjingkan kerajaan Lim Guan Eng.

Pembangkang DUN P.Pinang (BN) harus aggresif menentang sebarang perubahan dasar oleh DAP yang mengancam ketuanan Melayu. Perjuangan ini adalah jihad yang sangat dituntut bagi terus menegakkan panji Islam dan Melayu di bumi P.Pinang.

Harapan sudah tidak boleh disandarkan lagi kepada Melayu yang ada di dalam PAS dan PKR P.Pinang kerana mereka lebih sayangkan kuasa yang ada daripada memperjudikannya semata mahu menegur tindakan LGE yang bersifat diktator, dan rasis ini.

Perjuangan belum selesai. PRU 13, kembalikanlah tampuk pemerintahan P.Pinang kepada BN.

Wallahhualam.

Penulis,


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN PULAU PINANG MELALUI MPPP AKAN MENAIKKAN SEWA TANAH ORANG KAMPONG BAGAN JERMAL, JALAN TANJONG TOKONG BERGANDA2.

MESYUARAT PADA 25 OKTOBER.... MAKA ORANG MELAYU SEKALI LAGI AKAN DIUSIR CARA HALUS DAN BERPELEMBAGAAN.

INILAH KERANA KEBODOHAN ORANG MELAYU PULAU PINANG SOKONG PEMBANGKANG.

MELAYU PAS DAN PKR TENGOK SAJA... MULUT DIKUNCI... MACAM LEMBU!

kay berkata...

ape la nasib melayu..
lupa ke kata hang tuah dahulu kala
"tak akan melayu hilang di dunia."
jgn dipersiakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif