Ahad, 17 Oktober 2010

Angkasawan Negara Ke-2 ? Harap "Lintah Darat" Tidak Terpilih Lagi.

Paling kurang 5 tahun. Kali terakhir Malaysia menghantar seorang angkasawan adalah pada tahun 2007. Itulah saranan Taming Sari kepada kerajaan apabila melihat, Program Angkasawan Negara ini tidak lain sekadar sampingan untuk menaikkan nama Malaysia sebaris negara-negara yang sudah menjelajah ke ruang angkasa lepas. 

Baca berita di sini menjelaskan hasrat kerajaan mahu menghantar angkasawan ke-2.

Selain itu, Taming Sari berharap, kerajaan melalui MOSTI perlu memilih orang yang selayaknya untuk dipilih sebagai Angkasawan ke-2. Apa yang berlaku selepas Sheikh Muzaffar Shukor (SMS) berjaya dinobatkan sebagai Angkasawan Negara 1, ia merintip satu kisah ngeri buat mahasiswa UUM ketika menjemput si SMS ini ke UUM.

Begini Kisahnya:
Kisah ini berlaku ketika mahasiswa UUM menjemput SMS ke UUM untuk berkongsi pengalamannya di ISS kepada mereka. Kejadian yang berlaku sekitar tahun 2008 itu betul-betul mengajar mahasiwa UUM ketika itu, siapa sebenarnya si SMS ini. SMS  pada asalnya meminta mahasiswa dari JPPK Treadwinds, UUM membayarnya RM10K namun dia telah menunjukkan pelbagai lagi karenah lain yang meloyakan dalam proses menjemputnya datang sehinggalah ke hari kehadirannya. 
Dengan sponsor yang digerakkan secara total oleh kumpulan mahasiswa tersebut, akhirnya RM5K sahaja yang mampu dikumpul. Selebihnya RM5K lagi mereka kumpul melalui wang tabung/derma dan yuran tiket untuk masuk ke dewan. Paling mengecewakan, SMS semasa ceramahnya pula tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh malah sesi berfotopun dikenakan syarat yang bukan-bukan. 
SMS berucap khabarnya tidak sampai 1 jam dan bergegas mahu pulang awal dengan alasan ada kerja penting. Akhirnya mereka menyerahkan wang terkumpul RM5K di dalam beg plastik kepada SMS membuktikan rasa marah mereka kepada SMS atas layanan dan kerenah SMS yang sungguh mengecewakan itu. Mereka juga mahu mengajar SMS bahawa rakyat Malaysia ini amat kecewa dengan tindakan manusia egois ini yang tidak tahu bersyukur selepas kerajaan menghabiskan bebilion ringgit untuk menghantarnya ke ISS. 
Difahamkan pihak MOSTI telah memberi royalti setiap ceramah yang disampaikannya dan melarang dia meminta bayaran lain dari penganjur ceramah, namun, disebaliknya dia sengaja mengutip wang sembunyi-sembunyi dengan alasan mahu menampung kos lain. 
Selepas beberapa bulan, barulah pihak MOSTI sedar mengenai kes ini dan membuka kepada umum untuk membuat laporan mengenai salahlaku SMS. Taming Sari ketika itu turut mendesak mahasiswa UUM yang teraniaya itu membuat laporan. Akhirnya mereka bertindak menghalalkan apa sahaja yang sudah diberikan kepada SMS dan tidak mahu dengan laporan itu nanti, nama SMS bakal buruk. Cuma, rasa terkilan dan marah kepada SMS tidak akan padam. SMS pula bermati-matian menafikan yang dia menerima wang selain dari royalti MOSTI.

Inilah sebabnya, Taming Sari berharap kerajaan dapat menilai dahulu calon angkaswan yang mahu dinobatkan angkasawan ke-2 supaya angkasawan ini tidak mengikut jejak SMS yang mengambil kesempatan dari pelaburan kerajaan dengan mengaut keuntungan peribadi. Rakyat Malaysia ini masih sayangkan program ini kerana Malaysia tidak pernah mengimpikan mampu untuk membawa seorang anak jatinya ke angkasa.

Taming Sari yang mendengar dari mulut mahasiswa UUM yang teraniaya tersebut bertambah meluat apabila media begitu taksub membawakan lintas langsung perkahwinan angkaswan pertama ini serta mengagongkannya sedewa wira yang amat berjasa kepada negara. 

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

udanggalah berkata...

Bro..Kita bangga dengan kejayaan negara,tetapi ada pihak selalu mengambil kesempatan.Itu pasal selalu orang salahkan kerajaan,padahal kerana sesetengah individu .... memburukkan nama kerajaan..

Tamingsari berkata...

Benar....

SMS-lah antara orang yang mencacatkan imej kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif