Selasa, 19 Oktober 2010

Anwar Cuba Main Isu "Bonus" Untuk Tarik Sokongan Kakitangan Awam


Bagi Taming Sari, Anwar memang bijak. Dia bekas Timbalan Perdana Menteri bukannya pada zaman pak lah, tapi zaman era pemerintahan seorang bernama besar, Tun Mahadhir Mohamad. Berada di sisi Tun M membukti Anwar bukan calang-calang manusia.

Apa sahaja dia katakan, soal bajet, soal pembangunan dan lain-lain hal berkaitan kerajaan mampu diolah dengan yakinnya oleh Anwar kerana status sebagai "bekas" itu menjadikan rakyat mempercayainya 100%.

Tetapi ada satu perkara yang rakyat tidak sedar, mengapa orang yang bernama Anwar ini tidak berjaya dan tidak dijulang seperti bekas-bekas timbalan yang lain? Biarpun Arwah Tun Ghafar Baba dan Tun Musa Hitam juga tidak berjaya menjadi perdana menteri, namun mereka masih dijulang dan disanjungi pelbagai pihak. Persoalannya mengapa Anwar sebaliknya. Pasti ada kekhilafannya sepanjang perjalanan hidupnya menuju ke kerusi Timbalan Perdana Menteri yang tidak diberkati sehingga Allah menghukumnya sedemikian.

Jawapan ini boleh kita dapati jika kita meniliti sejarah hidup Anwar. Perangai, sikapnya dan pencapaiannya boleh dinilai seteliti mungkin.  Sebagai seorang graduan UM dalam jurusan pengajian Melayu dan  ber'tesis'kan mengenai "wayang kulit" mampukah Anwar untuk bercakap mengenai ekonomi dengan berpandangan sebagai seorang yang berilmu atau bercakap sekadar seperti tong kosong sahaja?

Hari ini Anwar di dalam Sidang Dewan Rakyat ketika usul "Ulasan mengenai Bajet 2011" mengatakan bahawa, jika Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU13, pakatan tetap komited membayar bonus kepada kakitangan awam. 

Penyataan Anwar ini memang sekadar kenyataan populis bagi mendapatkan sokongan kakitangan awam kepada pakatan rakyat ketika PRU13. Hakikatnya apa yang dinyatakan Anwar mengenai "perbelanjaan membazir kerajaan" adalah satu finah dan angka yang disebutkan senantiasa berubah mengikut kata mulutnya di ceramah yang berbeza. Perbelanjaan PM diluar negara, program kementerian di luar negara sudah dimasukkan di dalam bajet sebelum ini manakala kemalangan stadium runtuh adalah kejadian luar jangka yang tidak mampu kita bentangkan di dalam bajet. Anwar hanyalah bermimpi selain tiada fakta yang kukuh menguatkan hujahnya.

Hakikatnya, rakyat memang sedar mengenai ekonomi sekarang yang tidak mengizinkan terutamanya kakitangan awam kerana mereka yang menguruskan wang awam. Kakitangan awam jangan mudah percaya kepada penyataan Anwar kerana kerajaan tidak loket memberikan bonus apabila kerajaan tetap memberi wang poket RM1000 pada semua kakitangan awam pada tahun 2010 ini. 

Anwar adalah orang yang gila kuasa dan beriya-iya mahu menjadi perdana menteri. Seperti kata DS Najib sendiri, orang yang beriya-iya dan berhajat ini amat bahaya kerana dia boleh melakukan apa sahaja demi mencapai hajatnya. Kalau tidak, dia tidak akan memburukkan Malaysia di Indonesia walaupun dia tahu tindakan itu hanya menambahkan lagi kekeruhan hubungan antara dua negara.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif