Ahad, 3 Oktober 2010

Anwar Pula "Sound" Zaid : Apalah Nasib Si Zaid Ni.


Inilah akibatnya suka menjadikan medan politik itu ibarat menukar baju. Perkembangan Zaid Ibrahim sepanjang karier politiknya penuh dengan cabaran yang dicipta olehnya sendiri.

Semasa dengan UMNO, tidak siapapun yang menganggunya sebaliknya, dia yang membuat punca dan sengaja menimbulkan masalah dalam parti. Zaid semasa di dalam UMNO, kerap memberi kenyataan bercanggah dengan pendirian parti menyebabkan UMNO terpaksa membuangnya dari menjadi ahli UMNO dan semua jawatannya dilucutkan.

Setelah itu dia dikutip oleh PKR dan menjadi orang penting dalam PKR sehinggakan timbul rasa cemburu sesetengah pemimpin PKR kerana Zaid yang baru setahun jagung dalam PKR diangkat dengan memberinya jawatan-jawatan penting. Contohnya dipilih menjadi calon PKR di PRK Hulu Selangor. Akhirnya dia membawa sial kepada PKR kerana kalah dengan majoriti yang banyak. 

Kesetian Zaid pada PKR hanya sebentar dan nampak makin tergugat semasa pemilihan PKR 2010 kini. Zaid dilihat tidak kukuh dibayangi anak emas Anwar, iaitu Azmin. Zaid juga seperti hilang tempat mengadu malah seperti menjadi kambing hitam berkudis apabila dipermainkan oleh permainan politik Anwar. 

Kerana ini, Zaid telah mengunakan media arus perdana bagi menyatakan perasaannya walaupun dia jelas banyak bersandiwara dalam memberi jawapan-jawapan kepada pertanyaan wartawan Mingguan Malaysia. 

Tindakan Zaid ini, jelas mendatangkan kemarahan Anwar walaupun Zaid banyak menyimpan jawapan sebenar tentang Anwar semasa ditanya oleh wartawan. Lihat berita kemarahan Anwar itu di sini.

Inilah Zaid Ibrahim yang kadang-kadang Taming Sari rasa sudah timbul sesalan bersama PKR. Ini kerana Zaid sudah kenal siapa Anwar Ibrahim ini yang bukan sahaja boleh meliwat jantan jambu, malah mampu meliwat maruah bangsa, kesetian sahabat, kepercayaan Azizah dan paling penting meliwat kepercayaan rakyat.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif