Ahad, 24 Oktober 2010

Anwar Tidak Mengaku Terkencing Dalam Seluar


Anwar menikus. Aura yang pernah dirasainya semasa Perhimpunan Agong UMNO 1998 bagai datang semula. Dia yang pernah duduk di kerusi Timb. Presiden pastinya amat gentar apabila rakan-rakan dan pasukan yang dikhianatinya baru sahaja disimbah dengan api semangat yang bakal menguburkan Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung dibinanya. Dia jelas pengkianat bukan sahaja kepada UMNO, malah kepada agama, bangsa dan negara.

Namun Anwar tetap Anwar. Walaupun jelas seluarnya basah terkencing selepas gertakan DS Najib pada ucapan pengulungan, ketiaknya juga berpeluh dan hangit selepas memandang muka tegas DS Najib beriya-iya mempertahankan Putrajaya, Anwar tetap mahu menafikannya serta mahu ahli DAP terus memilihnya sebagai PM pada PRU13.

Kata-kata Anwar dipetik dari HaprakDaily ketika berucap di Majlis Makan Malam Tabung DAP Raja Uda semalam :
".......biarlah Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
"Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan," ujarnya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi.
Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, mereka perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah.
Katanya, kemegahan seorang Perdana Menteri harus dikikis seandainya mahu menjiwai rakyat jelata...... "

Anwar pasti tersentak apabila beberapa kali  DS Najib memerlinya sambil sesekali kamera lensa TV3 menunjuk tepat ke muka Tun M yang tersenyum sinis mengiyakannya. 


Taming Sari amat berpuas hati dengan ucapan DS Najib ini. Anwar dan Pakatan Rapuh memang sudah semakin gentar kerana usaha mereka dan impian mereka bakal berkubur kerana keyakinan kepada BN sudah kembali terpaut dihati rakyat.

Jangan terkejut, silap-silap ada dikalangan orang kuat Pakatan Rakyat juga bakal "give up".

Kita sama-sama lah saksikan.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif