Selasa, 5 Oktober 2010

Apabila Baginda Sultan Ibrahim Sudah Bersuara

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mempersoalkan kuasa raja dan mempertikaikan hak serta keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu ucapan yang begitu tegas baginda bertitah, ini kerana akhir-akhir ini ada pihak yang begitu ghairah memperjuangkan kaumnya dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah diperuntukkan sekian lama dalam perlembagaan.

"Mereka ini adalah golongan yang cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan ini akan hanya merosakkan keharmonian hubungan kaum dan kesejahteraan hidup masyarakat negara ini," titahnya ketika bertitah merasmikan seminar khas Perlembagaan Persekutuan Peringkat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Seminar yang dihadiri oleh lebih 500 penjawat awam, wakil rakyat dan exco-exco kerajaan negeri itu, turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Sultan Ibrahim bertitah, perlu diingat bahawa keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu tidak menghalang hak kaum lain malah kaum lain juga diberi hak dan jaminan dalam perlembagaan itu.


Kata Taming Sari: Tak salah bertegas demi membuktikan kepada si kitol, bahawa Raja berdaulat tidak boleh diganggu gugat serta perlu merafak setia. Ia bukan untuk didewa-dewa tetapi lebih  kepada menjaga keharmonian negara dan kedaulatan bangsa.

Simbol Sultan dan Raja payung negara menjadi pegangan di dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan lagi. 


Taming Sari amat berbangga sekiranya, Sultan kita bersuara bukan untuk menunjuk kuasa tetapi inilah salah satu cara menutup mulut-mulut berbisa yang sengaja mencabar kewibaan dan kesabaran orang-orang Melayu Islam.


Kepada Pakatan Rakyat, jangan amalkan penderhakaan seperti yang pernah dilakukan Nizar kepada Sultan Perak.


Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

udanggalah berkata...

Ada puak yang langsung tak menghormati Raja. Mereka tu buta perlembagaan dan sejarah.Eloklah Raja lebih bertegas.

rahmat berkata...

assalamm...
bro...ini web kami yg baru..harap dapat di hebahkan kpd kawan2 blogger yg lain..

http://www.biaqpi.com
t.kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif