Khamis, 7 Oktober 2010

Apabila Besar Melanggar yang Kecil Di Gelora Samudera

Yang kecil dan lemah tetap tidak berdaya malah apabila sudah dilanggar, yang besar boleh bersahaja berlalu kerana tidak nampak dan sedar mereka sudah melanggar yang kecil sehingga mendatangkan malapetaka kepada si kecil ini.

Menurut Bernama:

Enam orang nelayan dilaporkan hilang manakala 11 yang lain terselamat apabila bot mereka dipercayai dilanggar sebuah kapal dagang di perairan Selat Melaka, kira-kira 10 batu nautika dari Sabak Bernam, Selangor awal pagi ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Marin (PGM) di Lumut berkata dua daripada nelayan yang terselamat itu cedera dan dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang berjalan," katanya sambil menambah satu sidang akhbar berhubung insiden itu akan diadakan di PGM Kampung Acheh di Lumut petang ini.

Kata Taming Sari : Takziah Taming Sari ucapkan kepada keluarga mangsa dan inilah risikonya bermain di samudera. Jasa para nelayan yang bersabung nyawa mahu mencari sesuap nasi buat keluarga dan memberi makan (Ikan) kepada seluruh rakyat Malaysia amat-amat dihargai dan dikenang.

Kejadian ini menyebabkan Taming Sari berfikir kepada fitrah manusia yang berpangkat besar. Apabila bersama orang bawahan dalam perjalanan pekerjaan atau perniagaan kadang-kadang mereka tidak sedar, mereka telah menindas orang bawahan.

Namun, bagi pegawai yang berpangkat besar ini jika faham, pasti dia akan senantiasa mengadakan sesi muhasabah bersama orang bawahannya.

Walaubagaimanpun, berapa kerat sahaja yang cuba untuk faham dan memahami selainnya lebih suka membuat tidak faham.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif