Jumaat, 15 Oktober 2010

Bajet 2011 : RM111 Juta Buat Permata Negara Disalahtafsir Pembangkang


Ketika pembentangan Bajet 2011, apabila DS Najib selaku Menteri Kewangan mengumumkan pekara ini :
"...........Peruntukan RM111 Juta untuk program PERMATA. Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja......"

Secara tiba-tiba seekor Mahfuz menjerit2 seperti dirasuk sambil menyebut nama isteri DS Najib. Baca sini

Inilah realiti sikap sebenar pembangkang yang Taming Sari rasa begitu rigit. Bagi mereka dengan penghapusan cukai barangan pelancongan dan rakyat tempatan juga ada kaitan dengan desakan isteri PM. 

Alasan kerajaan menghapuskan cukai tersebut adalah kerana kerajaan melihat bahawa sumbangan sektor perlancongan amat penting. Penghapuskan cukai membolehkan harga barangan tersebut menjadi lebih kompetatif. Ini bakal menjadikan Malaysia negara tumpuan tempat untuk membeli-belah oleh pelancong asing. 

Suntikan dalam perbelanjaan penguna ini bakal menyumbang kepada kenaikan di dalam KDNK negara pada tahun 2011.

Pembangkang hanya tahu menabur fitnah dan cercaan serta memberi komen seperti orang yang tidak berilmu. Terlalu banyak intipati bajet 2011, dua tiga pekara yang kecil sahaja diulas mereka seolah mereka hadir ke Parlimen untuk mencari salah kerajaan sahaja. Bacalah di blog-blog pembangkang terlalu banyak cercaan mereka kepada bajet 2011 yang baru diumumkan tadi.

Jika semua pekara hendak dibangkang, sukarlah kerajaan untuk membangunkan negara.

Wallahhualam.

Penulis,

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mereka tak membina broo....

mereka cuma tau meruntuhkan saja....

mereka hari2 main persepsi.... dah tak dak isu, rosmah mereka attack. wujudkan prsepsi....

mana belanjawan pas, cuba tanya....

belanjawan nak rembat balak ada laaa....

hahahaha......

Tanpa Nama berkata...

antiUMNO - siapa sebenarnya First Lady? Berapa bajet untuk SAR? Berpa projek utk PERMATA? dan rakyat x perlu beg tangan, minyak wangi, pakaian malam tapi yg rakyat perlu kemudahan asas...UMNO bakal dikapankan PRU13 nanti.

Tamingsari berkata...

Buat Anon 10.57

Jangan terlalu cetek fikiran anda...

Fikirkanlah dari sudut yg +ve....

Gunakan formula KDNK negara....

Tanpa Nama berkata...

Anon..x payahlah mempertahankan..mereka dah taksub pada BN..semua BN buat betul..tak tutup aurat pun BETUL..xpelah hanya ALLAH yang mengetahui sesuatu..Jelas dan Nyata kita x boleh melantik n menyokong pemimipim yang tidak akur perintah ALLAH..bukankah dalam islam rambut tu aurat..so pikir2 lah sendiri..bolehkah ianya di jdikan pemimpim contoh...isu-isu kecil macam ni x pernah dikisahkah..pelik kan

Tamingsari berkata...

Aku tak pelik apa-apapun.... soal aurat adalah hak dia yang taknak ikut islam...

Kalo pas betul2 hebat... suruh le rakyat kelantan semuanya tutup aurat...

sure tak boleh...

Yang aku pelik.... kenapa PAS boleh menolak perpaduan islam dikalangan semua org melayu...

ini isu besar...

anon 10:29 hanya bermimpi, BN sudah banyak membawa perubahan kepada Islam di Malaysia sehinggakan ulama luar amat kagum dengan pembangunan serta pengamalan Islam oleh kerajaan.

UpengIpeng berkata...

Jangan cetekkan pemikiran...aurat tu hak individu untuk berubah, kalau dia rasa teruja untuk menutup aurat, tutuplah dia..peranan kjaan dalam negara yg berbilang kaum ni adalah lebih besar merangkumi hala tuju rakyat yg berbilang bangsa agar tak terjerumus ke jlan yg merosakkan agama, bangsa dan negara...jangan la berfikiran untuk kepentingan diri sahaja...jangan berfikiran macam budak2 skolah yg berpandukan buku teks sahaja...fikir fikirkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif