Jumaat, 15 Oktober 2010

Batu Sapi dan Galas Bakal Ber"pilihanraya" Serentak


Bagi Taming Sari, keputusan SPR ini adalah baik dan menarik. Menurut Utusan Malaysia :
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 26 Oktober ini, manakala hari pengundian pada 4 November.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di sini hari ini.
Penetapan tarikh-tarikh itu serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan.
Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana terlibat dalam nahas jalan raya Sabtu lalu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu mendiang yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen P.185 itu setelah menewaskan calon Bebas, Chung Kung Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Beliau memperoleh 9,479 undi, manakala Kung Wing mendapat 5,771 undi.

Kepada jentera BN, selamat berjuang bagi memenangi kedua-dua buah kerusi tersebut. 

Kami barisan blogger pro-arus perdana senantiasa menyokong dan terus menjelaskan kepada rakyat inspirasi kerajaan semoga hak dan nasib rakyat terutama bumiputera terus terbela.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif